Welcome To My Life...

Sunday, June 19, 2011

Maharaja Lawak Minggu 12

Salam 1Blogger.. weee.. meh ramai2 kita tengok lagi video Maharaja Lawak minggu ke-12 secara berjemaah.. tertunda daripada Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru, Johor.. haha.. yang dah tengok tu tengok lar lagi bagi puas.. yang dah senak berkali-kali tengok, kita tengok lagi dan lagi bagi hafal.. haha.. entri kali nie ringkas jer..

BAHAGIAN 1

SEPAH.. lawak Melayu pasal khatan.. rating 8/10..


NABIL.. lawak penjual VCD cetak rompak.. rating 7/10..


R2
.. lawak ketika memancing.. rating 6/10..


JOZAN
.. lawak deejay radio diburu ah long.. rating 9/10..


JAMBU
.. lawak gameshow.. rating 5/10..


BAHAGIAN 2


SEPAH.. lawak tentang Hari Bapa bersama Yassin.. rating 9/10..


NABIL.. lawak tentang orang berbadan besar bersama Bob Kuman.. rating 5/10..


R2.. lawak tentang debat bersama Ali Mamak.. rating 7/10..


JOZAN.. lawak tentang rancangan kanak2 bersama Linda Onn.. rating 8/10..


JAMBU.. lawak tentang saka bersama Acong Sweetchild.. rating 6/10..



Semasa bahagian pertama, Sepah begitu menghiburkan.. diikuti Nabil menggamatkan lagi suasana.. R2 mencuba dengan lawak asli mereka tetapi kurang sengatnya.. Jozan dengan persembahan terbaik.. Jambu mengakhiri bahagian 1 dengan lawak yang kurang menjadi..

Bahagian dua pula dimulakan dengan lawak yang terbaik daripada Sepah dan Yassin.. gandingan Nabil dan Bob Kuman pula gagal mencapai piawaian lawak solonya pada bahagian pertama.. R2 dan Ali Mamak kembali menaikkan mood penonton.. Jozan bergandingan bersama Linda Onn berjaya menggelikan perut dan usus penonton.. penyudah daripada Jambu dan Acong Sweetchild dengan idea yang bagus tetapi kurang bisanya..

Seperti dijangka, R2 tersingkir buat kali kedua.. haha.. Jambu pula sepatutnya gagal ke minggu akhir tetapi diselamatkan oleh imuniti atau kekebalan daripada pihak juri.. jadi empat peserta akan berentap di final yang akan dilangsungkan di Stadium Malawati, Shah Alam.. nantikan persembahan mantap daripada Jozan, Sepah, Nabil dan Jambu minggu ini.. peace yaww!! wassalam...














p/s : Apa pun tak boleh....

No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif