Sunday, June 5, 2011

Maharaja Lawak Minggu 10

Assalamualaikum... uwaaaa... lambat update pasal Maharaja Lawak.. huhu.. aku baru balik dari KL.. sampai rumah malam semalam.. penat sangat.. campur tolak darab bahagi 16 jam aku dalam bas untuk perjalanan pergi balik.. tu yg tak sempat blogwalking dan follow balik kepada yg baik hati datang follow aku.. sorry morry merry-go-round yer.. sekarang aku dah ada masa.. tak kira.. walaupun orang dah tengok sampai muak ML minggu ke-10 nie, aku tetap nak bagi pandangan.. haha.. pandangan peribadi seorang aku..

Sedar tak sedar dah 10 minggu kan ML.. huu.. minggu ke minggu aku follow perkembangan ML nie.. dah lebih dua bulan.. tak perasan pun.. pejam celik pejam celik jer.. haha.. Jumaat lepas, ML diadakan di tempat lebih besar iaitu Penang International Sports Arena (PISA) kat Pulau Pinang.. minggu depan kat Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang lak.. jom kita tengok persembahan diorang kali nie..

Jozan buat persembahan mak nyah @ pondan.. first time aku tengok persembahan sebegini dengan kajian teliti.. 4 bintang..


Nabil pulak dengan kisah2 penculikan.. okey lar.. not that bad walaupun ramai yg kutuk di youtube.. 3 bintang..


Jambu dengan lawak orang buta dan pekak.. okey jugak tapi suka ulang banyak kali masalah buta dan pekak tu.. kalau ulang2, aku rasa terganggu.. 3 bintang..


R2 kurang lawak rasanya.. tapi lagi baik daripada Amir.. haha.. sepatutnya tersingkir.. 1 bintang..


Sepah menutup tirai dengan persembahan yg tetap konsisten macam biasa.. lawak beridentiti Melayu.. kali nie pasal bidan pulak.. 5 bintang..



Okay.. that's it.. akhirnya penyudah klise berlaku dengan tiada sesiapa yg tersingkir dan akan membawa mereka semua ke minggu 11 pulak.. secara keseluruhan, Sepah, Jambu dan Jozan memang live to the expectation.. Nabil nampak jelas struggle dan mencuba sedaya upaya.. tapi mengambil kira dia peserta solo, kita boleh cakap dia buat nice effort.. R2 memang layak tersingkir tapi terselamat dengan politik dalaman..

Segala kekurangan minggu nie boleh lar dimaafkan kerana 7 minit yg diberikan bukanlah masa yg singkat.. tapi yg aku tengok tak ada masalah ialah Sepah.. diorang ada drama sendiri (Bujang Sepah Lalalitamplom) dan lawak diorang sentiasa padat dan mantap.. selayaknya menjadi juara.. itulah pandangan aku dan para penonton di youtube.. sekian dulu untuk minggu nie.. wassalam :)














p/s : Malas nak komen panjang2...

8 comments:

Bella Bell said...

yesss... sepah memang patot di bagi 5 bintang! serius nice gila.. sepah tak pernah mengecewakan setiap peminatnya. like sepah damn much!

semoga sepah dapat jadi maharaja lawak.. aminnn :)

Anyyss Shuhaimi said...

lawak sepah lawak berjiwa melayu.. :)

nawal addina said...

jozan n sepah best !! ^^

M Fizan said...

@Bella Bell yess..nak bg 10 bintang ptutnya!! haha..mmg konsisten n x pernah mengecewakan..every week so nice.. moga2 sepah juara..amin ya rabbal alaminnn~ :)

@Anyyss Shuhaimi ya, sepah membawa identiti dan budaya melayu dalam lawak kering diorang :D

@nawal addina haha..ya..jambu x konsisten..klw pn sedap, i dont count them as contender for the champion..jozan vs sepah :D

suha said...

nak amir gak menang..xkire!!!
haha adkh ini berbaur penghinaan(^_^)

M Fizan said...

@suhapnghinaan yg sgt teruk..hehe

WaNi^^ said...

jozan , sepah bestt !! hhe :D , spe lah aganye juara ek ? hhu

M Fizan said...

@WaNi^^huhu..klw dri segi populariti, mst lar jozan..tp dri segi kualiti n konsistensi, sepah paling layak!!

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif