Friday, June 17, 2011

Prebiu Maharaja Lawak Minggu 12

Assalamualaikum.. haaaa.. meneruskan adat resam minggu ke minggu.. cewahhh.. macam hebat sangat bunyinya.. haha.. gelakkan diri sendiri.. tahniah lar kepada korang yang telah meyakinkan diri untuk membaca entri ini.. dimaklumkan isi entri ini bukan kisah seram.. hoho.. sudah2 lar mengarut tu A Guy From Mars ooii.. okey.. sekarang aku nak membuat prebiu sebelum kita semua para peminat Maharaja Lawak akan menyaksikan persembahan peserta secara langsung dari Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru, Johor bermula pukul 10 malam ini.. kalau tak ada Astro Warna, kita tengok berjemaah di youtube yer.. heheh..

Selalunya aku membebel panjang lagi.. tapi sekarang nak buat secara ringkas.. nie meniru budaya penulisan Sifu Ben lar nie.. ringkas tetapi padat.. kelas gitu~

JOZAN
Apabila mengambil kira Jozan tidak ada konsistensi, kita boleh meragui kelayakan mereka untuk menjadi juara.. tetapi persembahan lima bintang mereka minggu lepas sangat menghiburkan.. dalam kedua-dua segmen, Jozan begitu kreatif dan menggunakan segala pengalaman yang mereka ada.. jadi aku jangkakan minggu ini mereka akan memberikan persembahan yang mantap sekali lagi.. sekurangnya tiga bintang..

SEPAH
Sepah akan beraksi di tempat mereka minggu ini.. penyokong Sepah pasti mengharapkan Sepah meneruskan konsistensi.. kalau diperhatikan persembahan Sepah minggu lepas, masih menghiburkan walaupun segmen pertama agak kurang menjadi.. tetapi kreativiti dalam segmen kedua sangat menarik.. aku ramalkan Sepah tidak ada masalah untuk terus menggelakkan para penonton dengan keserasian mereka..

JAMBU
Persembahan Jambu minggu lepas agak sederhana.. kalau diteliti, Jambu juga tidak konsisten seperti Jozan.. tetapi Jambu ada kelebihan yang jelas berbanding para pesaing mereka.. mimik muka Yus dan Tauke yang melucukan membuatkan situasi tanpa dialog mampu menggelikan perut penonton.. agak kreatif minggu lepas.. kalau kena pada harinya, Jambu adalah yang terbaik.. aku rasa Jambu akan meneruskan identiti lawak separa senyap mereka yang mungkin menarik..

NABIL
Minggu lepas, Nabil akhirnya berjaya kembali memberikan persembahan bermutu selepas beberapa minggu tercari-cari bisa lawak Mak Jahnya yang menjadikan dia Raja Lawak 2.. kreativiti dalam segmen kedua minggu lepas juga harus dipuji.. tetapi masalah Nabil juga seperti peserta lain, tidak konsisten.. mungkin sedikit meragukan, tetapi jika Nabil berusaha, tidak mustahil lawaknya minggu ini akan cemerlang..

R2
Peserta yang begitu lemah sekali.. persembahan mereka minggu lalu di tahap kritikal.. lawak pada segmen pertama boleh diterima tetapi lawak pada segmen kedua berada di paras minima.. jika tidak diperbaiki, aku jangkakan R2 akan terus beraksi hambar dan mengecewakan para penonton serta para peminat mereka sendiri.. aku doakan yang terbaik buat R2..


Jika tidak salah pengamatan aku, R2 yang diundi masuk akan tersingkir buat kali kedua.. huhu.. kecuali ada 'keajaiban' yang membantu mereka.. Nabil atau Jambu mungkin terpaksa menjadi kambing hitam.. atau mungkin pihak Astro ingin meneruskan situasi tiada penyingkiran buat minggu ketika berturut-turut dan membawa semua peserta ke final.. jika tidak ada kejutan, selamat jalan akan diucapkan kepada R2..














p/s : Hanya Tuhan yang tahu...

17 comments:

Mawar Berduri said...

rasanya R2 kuar malam nie.. hurmm...nabil macam takde mood da nak bertanding.. dia macam da penat..

M Fizan said...

@Mawar Berduri huhu..sepatutnya R2..ermm..nabil mungkin dah hilang keinginan..hehe

[sutera kasih] said...

tetap sokong JOZAN !!! :)

yaya_flanella said...

saya mahu sepah juara! hee

Red said...

tak nak pre-view.. nak review ^^

munirah said...

nabil.. dah naik performance dia minggu ni. jozan pulak..aku lg suka lawak yg minggu lps dr mlm ni..

suha said...

nabil sorang2,sian dia..idea pon kureng (^_^)

Nadia Mashuri said...

saya tetap sokong jambu dan sepah..
=)

emieysandra said...

xdpt tgk episod kali ni =.='

kisah gadis stay up late said...

jozan jozan jozan pasti akan menang final nnti..haha :D

Ini Kisah Tia said...

tapi dari banyak2 tu , clap sikitlah dekat nabil sebab dia sorang peserta yang bersendirian . susah tu nak buat lawak2 sorang2 :)

Simpan Kecantikkan Hanya Untuk Suami

M Fizan said...

@[sutera kasih] heee..jozan no 1 lagi :)

@yaya_flanella heee..saya pun sama :)

@Red haha..rebiu pun ada..jangan risau :D

M Fizan said...

@munirah haha..jozan susah nak kekalkan..dan nabil memang berjaya meningkatkan prestasi..:)

@suha hehe..tapi at least dia ada effort kan akak kan? dia mencuba berhempas pulas :D

@Nadia Mashuri hehe..saya suka jambu jer ^_^

M Fizan said...

@emieysandra youtube kan ada..kikiki..jap lagi saya upload..nak tengok kat blog saya pun cun saja :)

@kisah gadis stay up late hahaha..kemungkinan besar..tapi sepah juga calon yang mencabar :)

@Ini Kisah Tia huhu..nabil wajar dapat pujian..dia ada effort..dia mencuba..dan tak lar teruk sangat berbanding peserta lain..:D

misz athiqah said...

xoenah tgk maharaja lawak..=p..sbb kadang kala lawak yg dibuat myakitkan hati dan mata yg mlihat..hehe..tapi slalu baca komen2 org di paper...huhu...kalo psembahan jambu penah gak r tgk kat youtube..huhu..sepah??...penah tgk rncgan tv diorg...ok lah..huhu...

M Fizan said...

@misz athiqah hehe..yeke? tak pernah lagi lar ada lawak yg menyakitkan hati saya..huhu..jambu tak berapa best..sepah lar macam bujang lapok moden..hehe..awak kena tengok dulu baru tahu best atau tak....:)

Mr AA said...

really love sepah..btw,sume hebat :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif