Assalamualaikum.. mari kita renung seketika..
Percayalah... kadangkala kita tidak perlu bersuara untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Cukup sekadar membuktikan dengan tindakan kerana pepatah Inggeris ada menyebut “actions speak louder than words”. Namun bukan pepatah itu yang ingin dihuraikan secara panjang lebar sebaliknya apa yang ingin disampaikan ialah kuasa berdiam diri dalam melepaskan perasaan yang terpendam. Ada masanya kita hanya perlu senyap apabila kata-kata tidak lagi memberi kesan.
Terlalu banyak senario yang menunjukkan mengapa kata-kata tidak perlu selalu mengalir. Tetapi fokus entri ini sekadar tiga keadaan yang begitu dekat dengan kita. Tentu kita pernah melakukan kesalahan. Itu situasi pertama di mana senyap lebih baik daripada berbicara. Kemudian kita meluahkan cinta hanya untuk dipermainkan. Pedihnya hati tidak terkira. Tidak perlu kita menagih simpati daripada orang yang tak sudi. Situasi terakhir apabila kita mahukan sesuatu, kita tidak mampu memilikinya. Pujuk rayu tidak diterima. Senyap perlu menjadi raja.
Kita kerap membuat kesilapan. Itu fitrah alam kerana “nobody perfect”. Skrip seterusnya ialah memberi alasan atau punca kekhilafan itu berlaku. Amat mendukacitakan apabila kita dipersendakan dan menjadi bahan ketawa akibat kesilapan itu sama ada kecil atau besar. Lebih menyakitkan apabila diejek dan dicaci lebih daripada seorang “monyet” yang memang menanti orang lain melakukan kesilapan.
Tidak perlu marah, tidak perlu melatah. Hubungan erat akan musnah, yang buruk kian parah. Jika kata-kata kita dipersendakan, diam! Segera berusaha untuk memperbaiki diri agar kesilapan itu dapat diperbetulkan. Apabila kita telah berjaya, mulut-mulut yang becok tadi akan disenyapkan serta-merta. Memang sudah menjadi adat manusia. Apabila kita berjaya, kita dipuja dan dipuji. Tetapi apabila tersilap, kita dihina dan dikeji. Itulah resam anak-anak Adam dibadai arus modenisasi.
Seterusnya, cinta. Tentu ada di antara kita yang pernah meluahkan perasaan berkali-kali. Ada yang ditolak secara baik, namun yang menyakitkan apabila cinta suci bukan saja dipermainkan malah dipersendakan. Itu sudah melampaui batasan yang boleh dimaafkan. Kita mesti tenang, tidak perlu meradang. Biar cacian itu hilang, biar benci menjadi sayang. Caranya? Berdiam diri. Bukan menanti bulan jatuh ke riba. Sebaliknya berhenti memujuk rayu, berhenti mengemis kasih. Orang yang tak sudi tak mungkin sudi.
Tetapi kasih yang dalam tidak perlu mengalah. Mungkin diamnya di mulut saja, di hati kekal cinta. Pengorbanan biasanya menjadi jalan senyap terbaik. Tidak mesti berkorban wang ringgit. Mengorbankan sesuatu yang sangat bernilai untuk orang yang dicintai adalah bukti cinta tulus suci. Malah jika anda menyelamatkan orang yang anda cintai yang pernah melukakan hati anda, tidak mustahil cinta di hatinya akan berputik. Sekeras-keras hati wanita pasti bisa dilembutkan dengan usaha yang berterusan kerana sekeras-keras batu dapat dilekukkan dengan aliran air..
Kemudian, apabila permintaan kita ditolak berkali-kali, mungkin kita perlu diam dan menanti isyarat SENYAP difahami. Mungkin kita inginkan sesuatu, tetapi kemahuan itu tidak dipenuhi. Sudah berbuih mulut memujuk, sudah letih hati merajuk. Biar tubuh pula menunjuk, hati keras akan terpujuk. Cukuplah memujuk rayu. Tiba masa untuk membisu. Mungkin mogok sehari dua untuk tunjuk perasaan. Sudah habis kata-kata untuk bersuara.
Sudah terang lagi bersuluh, dalam banyak keadaan, bibir tak perlu menutur kata, lidah tak perlu petah bicara, mulut bisa menyimpan suara. Biar senyap mengisi ruang, agar yang gelap menjadi terang. Benarlah kadangkala kata-kata hanya sia-sia. Lebih baik berdiam diri dan membiarkan tubuh berbicara. Itulah jalan terbaik untuk meluahkan perasaan terpendam sama ada sayang, marah atau benci secara berhemah. If your mouth gets boring, let silence tells everything.
p/s : Senyap... sssshhhhhhhhh...
24 comments:
syhh.. nOthing tO say.. silent can tell everyting.. :)
@Cik Diana lol..here silence is not needed :D
senyap itu ada berjuta satu maksud tersirat yang sukar diungkapkan.. tapi gerak geri itu ada sejuta satu maksud yang tersurat boleh ditafsirkan..
@Mawar Berduri setuju2..maksud saya bila gerak geri tak membawa erti, biar senyap menjadi pengganti :)
erm, nice entri.. sy sukakn seseorg tu tpi sy diam je =.='
senyap adalah jalan termudah...daripada berkata2 lidah itu berbisa...
takjub bila lelaki berbicara.
terima kasih kerana saling mengingatkan
betul...ada org susah nak terima kenyataan walau dah terangkan.. bila kita diam baru dia faham.
entri ni dh jadik pilihan saye, tak caye? sila ke sini =.='
http://www.my-shopping2u.com/2011/06/jeng-jeng-jeng-entri-yang-best-untuk.html
senyap tak bermaksud kalah...
SILENCE is PEACE....^__^
kadang kadang
senyap dan mendiamkan diri itu
lebih indah.
bila doc-to-be mula bermadah (^_^)
yessss...tutup mulut ye..ermm..=)
singgah sini ye kalau de maseee
http://thelazy-ism.blogspot.com/
diam itu kadangkala lebih baik dari mengeluarkan kata-kata..mana la tau kata-kata bakal menyebabkan sesuatu tak diingini terjadi..*skema gila ayat..haha
senyap kawan2...
psssstttt...
oit saper kentut?hahaha
kadang2 tak suka juga orang yg beria mengungkapkan perasaan dgn sejuta perkataan.. bukan semua perlu diungkapkan dengan kata2..
ceeewah
ni nak diam lah ni..hehe
@shopping2u dari apa yang saya tahu..kalau kita suka seseorang dan diamkan saja, matinya dikira syahid..huhu..wallahualam..:)
@Puan tia hehe..betul2..daripada berkata menambah dosa..lagi baik diam membisu seribu bahasa :D
@not irene takjub? er..thanks a lot..i take that as a compliment..huhu
sama2..kita haruslah berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran :)
@Adzriel @ Liza AB yer, tepat sekali~ kadang2 kita hidup nie dia tak hargai..bila dah 'senyap', baru reti nak nangis..huhu..
@farah adila hehe..setuju dengan farah..senyap itu indah..SILENCE is PEACE ^_^
@intan.maisarah setuju yang teramat sangat dengan intan.. kadang2 kita tak perlu berbahasa.. diam membawa seribu makna..
@suha haha..tak sehebat madah akak katak ^_^
@safwanmahzin hehe..sshhhh
@Anyyss Shuhaimi haha..tak skema pun lar... kata2 kadang2 terlalu berbisa.. senyap nie bahasa yang lebih damai.. orang nak marah pun tak jadi marah..hehe
@apik pehe hahaha..apik kentut tak nak ngaku :P
@Ain Nadiah hehe..haaaa..kalau dah gurl cakap macam nie, betul lar apa yang say tulis..hehe.. kadang2 sejuta perkataan tak membawa apa2 hasil..senyap tiba2 tu kadang2 berguna juga..setuju..tak semua perlu diungkapkan dengan kata2 :D
@Arpiiz hehe..jangan diam kat sini...:D
senyap tanpa kata lebih baik dari mengeluarkan kata2 yang berbisa ..
diam adalah jalan yg terbaik, ;)
@Ini Kisah Tia tepat sekali tia.....kata2 berbisa mengundang kemarahan, tapi senyap tidak :D
@siti kektus diam adalah jalan penyelesaian yang sesuai kepada kegagalan kata2 :D
Post a Comment