Welcome To My Life...

Sunday, March 15, 2020

COVID-19

Assalamualaikum.

Hari ini 15 Mac 2020. Pengumuman daripada Menteri Kesihatan Malaysia yang baru, Dr Adham Baba, petang ini: pertambahan 190 kes Coronavirus Disease 2019 (COVID-19). Keseluruhan kes di Malaysia sudah melebihi 400. 

Beberapa negara di dunia sudah mengambil pendekatan 'lockdown'. Pergerakan keluar masuk negara disekat. World Health Organization (WHO) akhirnya terpaksa mengumumkan COVID-19 sebagai 'pandemik' bermaksud wabak ini telah menjadi musuh kepada seantero dunia, dan bukan lagi terhad di satu kawasan saja (epidemik) seperti penyakit denggi. 

Bagi peminat sukan amnya dan bola sepak khasnya seperti penulis, ancaman COVID-19 telah menyebabkan acara-acara sukan terpaksa ditangguhkan dan dibatalkan. Beberapa pemain bola sepak terkenal juga disahkan positif COVID-19. Perlawanan bola sepak yang pada awalnya cuba dilangsungkan dalam stadium tertutup (tanpa penonton).

Tetapi masalah COVID-19 yang tidak menunjukkan tanda akan reda memaksa liga-liga utama dunia termasuk Ligue 1, EPL dan Serie A menangguhkan jadual mereka. EPL ditangguhkan tiga minggu dan dijangka bersambung pada 4 April. Itu pun jika situasi wabak ini menunjukkan perkembangan positif. 

Temasya berprestij bola sepak Eropah iaitu EURO mungkin terpaksa ditunda ke tahun depan. Malah ada ura-ura, temasya Sukan Olimpik Tokyo mungkin perlu ditunda.

Satu hal yang menjengkelkan penulis adalah sikap pembelian cemas (panic buy) rakyat Malaysia yang bertindak memborong besar-besaran pencuci tangan (hand sanitizer) dan topeng muka (face mask). Pada masa kini, sukar mencari stok.

Increased demand dan less supply ini tidak bagus. Harga akan melambung tinggi kerana permintaan yang melampau. Topeng muka akan menjadi barang yang bernilai seperti permata.

Dalam keadaan genting seperti ini, elakkan berada di tempat-tempat perhimpunan ramai. Dan sentiasa amalkan basuh tangan dengan lebih kerap. Remember hand hygiene!

Stay safe everyone! 

Salam kemenangan,
Dr. Nazif


Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif