Welcome To My Life...

Thursday, March 23, 2017

Diari Selektif #1 - Selamat Datang

Assalamualaikum.

Tersebut al kisah seketul pelajar perubatan dengan berat badan 90kg akan memulakan selective posting di sebuah hospital besar nun di hujung utara tanah Semenanjung Malaysia.

Dup dap dup dap rasa di jantung. Kali pertama memulakan misi terasing dari rakan-rakan batch ME213 yang lain. Selalunya ada jugak geng kat Seremban. Kali ni memang tempat yang asing, tak pernah dijejaki sebelum ni. Tak kenal siapa-siapa kat sana. Bergerak solo tanpa sokongan. Mampukah?

"The day we fear the most will always come."

Tak kira bagaimana kita cuba lari dan kita mahu lari, hari yang menggerunkan dan menakutkan pasti akan tiba. Surat arahan lapor diri dari pihak hospital dibelek berulang kali. Tempat lapor diri dan pangkat orang yang akan menerima laporan diri ini diratib supaya tidak lupa. Di'google' pulak nama orang tersebut supaya dapat membayangkan bagaimana rupa orangnya. Meleiskah, cainiskah, atau indiyakah.

20 Mac 2017. Dan.. hari lapor diri itu tiba jua.

"Susahnya nak parkir kereta ni."

Semua tempat parkir penuh. Dah terlewat untuk lapor diri. Aduh, kes naya macam ni. Lepas parkir di luar pagar hospital, bergegas aku mencari jabatan untuk lapor diri. Naik ke wad blok A. Tanya staf di mana ketua jabatan. Alamak, kena turun ke klinik pesakit luar pulak. Zupp, sampai kaunter. 

"Kat mana ketua jabatan ya?"

"Oh, adik pergi klinik kardio. Dia ada kat sana."

Akhirnya, selepas mendaftar dengan Sister Wiy, dapat juga lapor diri pada ketua jabatan. Sangat baik dan santun orangnya.

"Selamat datang ke jabatan kami." 

Tangan dihulur seperti menyantuni rakan sejawatannya. Sedangkan beza pengalaman antara kami saja berpuluh tahun. Dan beza pangkat jawatan pula bagaikan langit dan bumi. Seorang pelajar perubatan tahun keempat dan seorang pakar perubatan dengan dua disiplin sub-kepakaran. Keramahannya mengagumkan.

"Nanti sebelum tinggalkan jabatan ni, bagi saya tandatangan laporan." Lalala~

-tamat episod satu-





Monday, March 20, 2017

Terbuka Switzerland 2017: Milik China

Assalamualaikum.

Tiga daripada lima acara final adalah pertemuan sesama pemain China. Dan armada China mengutip empat kejuaraan.

MS: Lin Dan (China) v Shi Yuqi (China) 21-12 21-11
MD: Chai Biao/Hong Wei (China) v Liu Cheng/Zhang Nan (China) 13-21 21-16 21-15
WS: Chen Xiaoxin (China) v Chen Yufei (China) 21-19 21-14
WD: Chen Qingchen/Jia Yifan (China) v Gabriela Stoeva/Stefani Stoeva (Bulgaria) 21-16 21-15
XD: Dechapol Puavaranukroh/Sapsiree Taerattanachai (Thailand) v Praveen Jordan/Debby Susanto (Indonesia) 21-18 21-15

Shi Yuqi mengalami kekalahan kedua berturut-turut di pentas final selepas kecundang merebut kejuaraan All England. Lin Dan menjadi legenda kedua menewaskan pemain muda ini selepas Lee Chong Wei. Tiada apa yang harus dimalukan kerana Shi Yuqi mempunyai banyak masa untuk mengejar pencapaian hebat Lin Dan. Kini Lin Dan di ranking ketujuh dunia, satu di atas Shi Yuqi di ranking kelapan.

Pertarungan Chai/Biao (ke-6 dunia) dan Liu/Zhang (ranking ke-35) berakhir dengan kemenangan kepada pasangan China dengan ranking dunia lebih baik dalam pertarungan sengit tiga set. Satu lagi pertarungan sesama pemain muda China akhirnya dimenangi oleh Chen Xiaoxin (ranking ke-64 dunia) menewaskan Chen Yufei (ranking ke-14) yang tua setahun daripadanya.

Satu lagi wakil China di final turut menjuarai acara beregu wanita. Beregu nombor lima dunia, Chen dan Jia nyata terlalu kuat untuk diatasi pasangan Bulgaria di ranking ke-13. Chen Qingchen, ratu baru beregu China, dan pasangannnya menang mudah.

Satu-satunya wakil Indonesia (ranking ke-8) di pentas final diharapkan dapat membawa pulang kejuaraan beregu campuran. Malangnya, harapan tunggal mereka itu kecundang di tangan pasangan Thailand (ranking ke-11). Kejayaan beregu Thailand ini menguatkan keyakinan mereka untuk memenangi pingat emas Sukan SEA di Kuala Lumpur tahun ini.



Sunday, March 19, 2017

Terbuka Switzerland 2017: Separuh Akhir

Assalamualaikum.

Memasuki pusingan separuh akhir, armada China begitu ganas menguasai kejuaraan badminton BWF berstatus GP Emas (grand prix gold) Terbuka Switzerland 2017. Wakil China beraksi dalam setiap satu untuk sepuluh perlawanan yang akan menentukan sepuluh finalis yang akan berentap dalam aksi final.

Ini bermakna terdapat kemungkinan wakil China akan berdepan wakil China dalam semua acara yang dipertandingkan. Demi semangat global badminton, perkara ini tidak berlaku. Berikut adalah keputusan lengkap peringkat separuh akhir:

Perseorangan Lelaki
Lin Dan (China) v Anthony Ginting (Indonesia) 21-17 21-17
Shi Yuqi (China) v Wang Tzu Wei (Taiwan) 18-21 21-17 21-15

Beregu Lelaki
Chai Biao/Hong Wei (China) v Chen Hung Ling/Wang Chi Lin (Taiwan) 17-21 21-15 21-18
Liu Cheng/Zhang Nan (China) v Marcus Ellis/Chris Langridge (England) 21-9 21-19

Perseorangan Wanita
Chen Xiaoxin (China) v Fitriani (Indonesia) 21-17 21-19
Chen Yufei (China) v Chisato Hoshi (Jepun) 21-13 21-17

Beregu Wanita
Chen Qingchen/Jia Yifan (China) v Maiken Fruergaard/Sara Thygesen (Denmark) 21-12 21-14
Gabriela Stoeva/Stefani Stoeva (Bulgaria) v Bao Yixin/Yu Xiaohan (China) 22-20 21-19

Beregu Campuran
Dechapol Puavaranukroh/Sapsiree Taerattanachai (Thailand) v Zheng Siwei/Chen Qingchen (China) 21-19 13-21 21-19
Praveen Jordan/Debby Susanto (Indonesia) v Zhang Nan/Li Yinhui (China) 17-21 21-19 21-16

Seperti dijangka, armada China mara satu demi satu ke aksi akhir. Namun tiga slot berjaya dirampas dan dua daripadanya melibatkan pemain China yang beraksi dalam dua acara. Kejutan terbesar adalah dalam acara beregu campuran apabila pasangan Thailand mengejutkan beregu muda dan jgua pilihan utama dari China, Zheng Siwei/Chen Qingchen. 

Kedua-dua wakil China tewas dalam separuh akhir beregu campuran. Zhang Nan dan Chen Qingchen telah mara ke final, masing-masing dalam acara beregu lelaki dan beregu wanita. 

-------------------------------------------------

Berikut adalah aksi final:
MS: Lin Dan (China) v Shi Yuqi (China)
WS: Chen Yufei (China) v Chen Xiaoxin (China)
MD: Chai Biao/Hong Wei (China) v Liu Cheng/Zhang Nan (China)
WD: Chen Qingchen/Jia Yifan (China) v Gabriela Stoeva/Stefani Stoeva (Bulgaria)
XD: Dechapol Puavaranukroh/Sapsiree Taerattanachai (Thailand) v Praveen Jordan/Debby Susanto (Indonesia)

Dijangka semua pilihan utama dari China (di sebelah kiri) akan memenangi acara masing-masing. Bagi perlawanan akhir beregu campuran pula, pasangan Thailand ini perlu menampilkan persembahan magik sekali lagi untuk menafikan gandingan hebat Indonesia yang masih segar dengan kegagalan di kejuaraan All England baru-baru ini.





Saturday, March 18, 2017

Undian Mudah

Assalamualaikum.

Piala Sudirman 2017 iaitu edisi ke-15 pertandingan berpasukan campuran ini akan berlangsung di Gold Coast, Australia, pada 21 Mei-28 Mei nanti. Dua belas pasukan kebangsaan elit diletakkan dalam Kumpulan 1 dan dibahagikan pula kepada empat kumpulan untuk merebut kejuaraan. 

Kedudukan pilihan ditentukan dengan melihat ranking dunia pemain negara tersebut dalam lima kategori badminton: perseorangan dan beregu lelaki, perseorangan dan beregu wanita, serta beregu campuran. China sudah tentu menjadi pilihan utama diikuti Denmark, Korea Selatan, dan Jepun selaku empat pilihan teratas yang mengetuai setiap kumpulan.

Berikut adalah pasukan dalam setiap kumpulan dan senarai pemain terbaik mereka dalam setiap acara mengikut ranking dunia pada 16 Mac 2017.

*negara (ranking pilihan) -- pemain (acara-ranking dunia pada 16/3/17)

Kumpulan 1A

China (1) -- Chen Long (MS-3); Sun Yu (WS-6); Li Junhui/Liu Yuchen (MD-4); Chen Qingchen/Jia Yifan (WD-5); Zheng Siwei/Chen Qingchen (XD-1)

Thailand (7) -- Tanongsak Saensomboonsuk (MS-11); Ratchanok Intanon (WS-7); Bodin Isara/Nipitphon Phuangphuapet (MD-15); Jongkolphan Kititharakul/Rawinda Prajongjai (WD-9); Dechapol Puavaranukroh/Sapsiree Taerattanachai (XD-11)

Hong Kong (11) -- Angus Ng (MS-10); Cheung Ngan Yi (WS-16); Or Chin Chung/Tang Chun Man (MD-31); Ng Tsz Yau/Yeung Nga Ting (WD-47); Reginald Lee/Chau Hoi Wah (XD-13)

-------------------------

Kumpulan 1B

Korea Selatan (3) -- Son Wan Ho (MS-5); Sung Ji Hyun (WS-2); Chung Eui Seok/Kim Duk Young (MD-75); Jung Kyung Eun/Shin Seung Chan (WD-3); Ko Sung Hyun/Kim Ha Na (XD-2)

Taiwan (8) -- Chou Tien Chen (MS-9); Tai Tzu Ying (WS-1); Lee Jhe Huei/Lee Yang (MD-10); Chiang Kai Hsin/Hung Shih Han (WD-26); Liao Min Chun/Chen Hsiao Huan (XD-33)

Rusia (12) -- Vladimir Malkov (MS-68); Ksenia Polikarpova (WS-46); Vladimir Ivanov/Ivan Sozonov (MD-12); Anastasia Chervyakova/Olga Morozova (WD-24); Evgenij Dremin/Evgenia Dimova (XD-27)

--------------------------

Kumpulan 1C

Jepun (4) -- Takuma Ueda (MS-41); Akane Yamaguchi (WS-3); Takeshi Kamura/Keigo Sonoda (MD-3); Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi (WD-1); Kenta Kazuno/Ayane Kurihara (XD-12)

Malaysia (5) -- Lee Chong Wei (MS-1); Goh Jin Wei (WS-31); Goh V Shem/Tan Wee Kiong (MD-2); Vivian Hoo/Woon Khe Wei (WD-11); Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (XD-6)

England (10) -- Rajiv Ouseph (MS-14); Fontaine Mica Chapman (WS-75); Marcus Ellis/Chris Langridge (MD-17); Heather Olver/Lauren Smith (WD-30); Chris Adcock/Gabrielle Adcock (XD-7)

-----------------------------

Kumpulan 1D

Denmark (2) -- Jan O Jorgensen (MS-2); Line Kjaersfeldt (WS-28); Mathias Boe/Carsten Mogensen (MD-5); Kamilla Rytter Juhl/Christinna Pedersen (WD-2); Joachim Fischer Nielsen/Christinna Pedersen (XD-5)

Indonesia (6) -- Tommy Sugiarto (MS-16); Fitriani (WS-30); Marcus Gideon/Kevin Sanjaya (MD-1); Nitya Maheswari/Greysia Polii (WD-8); Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir (XD-3)

India (9) -- Ajay Jayaram (MS-19); PV Sindhu (WS-5); Manu Attri/Reddy Sumeeth (MD-23); Jwala Gutta/Ashwini Ponnappa (WD-32); Pranaav Chopra/Reddy Sikki (XD-14)

----------------------------

China sudah tentu barisan paling stabil dan paling ampuh dengan pemain terbaik mereka berada dalam top ten ranking dunia bagi semua acara. Tiga lagi pilihan utama - Denmark, Korea Selatan, dan Jepun - mempunyai kekuatan dalam empat acara.

Malaysia boleh mengharapkan mata daripada Lee Chong Wei, Goh V Shem/Tan Wee Kiong dan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying. Namun bila berdepan dengan pencabar yang mempunyai kekuatan dalam acara beregu lelaki dan beregu campuran seperti Denmark, Indonesia, dan China, Malaysia akan berdepan kesukaran kerana perseorangan wanita dan beregu wanita terlalu lemah.

Separuh akhir adalah sasaran yang realistik. Final adalah bonus dan kejuaraan adalah mimpi yang indah dalam kisah pari-pari teragung.




Friday, March 17, 2017

Final Awal

Assalamualaikum.

Berakhir sudah majlis undian untuk peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa musim 2016/2017.

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Atletico Madrid (Sepanyol) vs Leicester City (England)
Borussia Dortmund (Jerman) vs AS Monaco (Perancis)
Bayern Munich (Jerman) vs Real Madrid (Sepanyol)
Juventus (Itali) vs Barcelona (Sepanyol)

Anti-klimaks. Begitulah yang boleh dikatakan apabila undian mempertemukan dua 'gergasi' Bayern Munich dan Real Madrid seawal pusingan suku akhir. Kedua-dua pasukan ini selayaknya bertembung di final. Dua pasukan dengan reputasi gah dalam beberapa musim kebelakangan ini. Nampaknya salah satu perlu tersingkir di tangan yang satu lagi. Sama ada Cristiano Ronaldo atau Robert Lewandowski perlu mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Juara-Juara.

Jaguh Itali, Juventus, akan berdepan pasukan yang sangat bernasib baik, Barcelona. Barca mempunyai kelebihan kerana akan beraksi dalam perlawanan kedua di tempat sendiri. Borussia Dortmund pula mempunyai kelebihan untuk mengatasi Monaco dan melangkah lebih jauh. Finalis yang konsisten dalam beberapa musim kebelakangan ini iaitu Atletico akan menentang pendatang baru, Leicester. Jalan Atletico tampak mudah.

-------------------------

LIGA EUROPA

Anderlecht (Belgium) vs Manchester United (England)
Celta Vigo (Sepanyol) vs Genk (Belgium)
Ajax Amsterdam (Belanda) vs Schalke (Jerman)
Lyon (Perancis) vs Besiktas (Turki)

Kelab ternama Manchester United akan menentang kelab Belgium dengan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri pada perlawanan kedua. Peluang Celta dan Genk seimbang. Ajax yang penuh tradisi akan menghadapi kelab Jerman yang sukar diramal. Lyon sebagai wakil tunggal Perancis pula akan melayan kelab kental dari Turki.

-----------------------

Segala ramalan hanya menjadi panduan di atas kertas. Aksi di padang pada hari perlawanan akan menentukan. Tiada alasan bagi pasukan yang kalah kerana setiap pasukan mempunyai dua perlawanan untuk menentukan nasib mereka. Siapa yang akan beraksi di separuh akhir akan diketahui selepas berakhir 180 minit permainan (atau lebih).




Lapan Terbaik

Assalamualaikum.

Malam ini akan berlangsung majlis undian peringkat suku akhir kejohanan bola sepak tertinggi di benua Eropah untuk musim 2016/2017. Lapan pasukan terbaik untuk Liga Juara-Juara Eropah telah layak dan akan mengetahui nasib mereka malam ini.

---------------------------------

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Real Madrid (Sepanyol)
Borussia Dortmund (Jerman)
Juventus (Itali)
Atletico Madrid (Sepanyol)
Barcelona (Sepanyol)
Bayern Munich (Jerman)
Leicester City (England)
AS Monaco (Perancis)

3 kelab La Liga Sepanyol, 2 kelab Bundesliga Jerman, 1 kelab Serie A Itali, 1 kelab Liga Perdana Inggeris, dan 1 kelab Ligue 1 Perancis.

Leicester City adalah satu-satunya pasukan yang tidak dijangka akan melangkah sejauh ini, lebih-lebih lagi menjadi wakil tunggal England dengan tersingkirnya Chelsea, Arsenal, dan Manchester City. Selain Leicester dan Monaco, kelab-kelab lain sudah menjadi penghuni biasa peringkat kalah mati ini. Malah Real Madrid, Atletico Madrid, Barcelona dan Bayern Munich sudah beberapa musim mara ke peringkat separuh akhir. 

Sudah tiada lagi peraturan kelab dalam liga domestik yang sama tidak boleh bertemu. Maka kemungkinan Barcelona bertemu Real Madrid itu ada tetapi tipis. Barcelona yang tewas 4-0 kepada Paris Saint-Germain di tempat lawan bagaikan 99.99% menuju kekalahan sebelum keajaiban turun dari langit pada detik terakhir permainan menjadi kisah dongeng pari-pari yang akan dikenang zaman-berzaman.

Pasukan terkuat buat masa ini adalah Bayern Munich. Bayern menjaringkan gol seperti permainan tenis secara konsisten. Gaya serangan Bayern yang sukar dihentikan ini akan menjadi masalah kepada setiap lawan mereka. Menarik untuk dilihat kelab mana yang mampu mengekang gempuran Bayern Munich.

------------------------------------

LIGA EUROPA

Ajax Amsterdam (Belanda)
Anderlecht (Belgium)
Besiktas (Turki)
Celta Vigo (Sepanyol)
Genk (Belgium)
Lyon (Perancis)
Manchester United (England)
Schalke 04 (Jerman)

Kelab dari tujuh negara akan merebut slot ke separuh akhir. Dua wakil Belgium dan masing-masing satu wakil dari Belanda, Turki, Sepanyol, Perancis, England, dan Jerman. 

Manchester United adalah kelab gergasi tetapi saingan dari Ajax Amsterdam, Lyon dan Schalke khususnya tidak boleh dipandang mudah. Bola itu bulat, dan kejutan sentiasa berlaku.

---------------------------------

Para peminat akan berharap kelab kesayangan mereka tidak diundi bertemu pasukan gergasi. Manakala peminat neutral pula ingin melihat pertembungan hebat dua kelab besar. Sama-sama kita nantikan keputusan majlis undian malam nanti waktu Malaysia. 



Monday, March 13, 2017

All England 2017 - Juara Lima Negara

Assalamualaikum.

Terlalu hampir tapi terlalu jauh (so close yet so far).

Itulah gambaran untuk aksi final beregu campuran kejohanan Yonex All England 2017 di Birmingham, England. Beregu campuran kebanggaan negara, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying, yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 menjadi wakil pertama negara yang melangkah ke perlawanan akhir dalam acara itu dalam sejarah penyertaan All England. 

Keputusan kontroversi dari service judge ketika kedudukan 10-9 dalam set pertama. Servis Liu Ying dikatakan 'pendek' tetapi dicabar. Teknologi hawk eye memberikan mata kepada pasangan negara. Aksi cemerlang Peng Soon yang tajam membawa kemenangan akhirnya membawa kemenangan set pertama. Beregu China mendahului semasa rehat di kedudukan 8-11. Namun pasangan Malaysia bangkit gagah untuk mendahului 16-13. Ketika kedudukan 17-15, satu mata penting di'hadiah''kan kepada Lu/Huang apabila umpire memutuskan smash Peng Soon di jaring sebagai foul sedangkan ulang tayang menunjukkan ia jelas pukulan yang bersih. 

Tekanan itu gagal dibendung dan Chan/Goh kehilangan set kedua. Keadaan bertambah buruk memulakan set ketiga, Peng Soon/Liu Ying ketinggalan 0-6. Bukan saja hilang rentak, malah moral mereka sangat terjejas. Sekali lagi ketinggalan semasa bertukar gelanggang, secara tiba-tiba kad kuning diberikan kepada Peng Soon kerana dituduh cuba melambatkan permainan. Umpire sangat berat sebelah.

Menuju penghujung permainan, sangat jelas kelihatan Peng Soon/Liu Ying amat kepenatan dari mata ke mata. Akhirnya kemenangan menjadi milik beregu China yang boleh dikatakan 'hadiah' dari umpire yang tidak profesional. Peng Soon/Liu Ying tidak memiliki kekuatan mental seperti pasangan China yang kukuh di bawah tekanan.

Perlawanan berikutnya antara wakil Malaysia dan wakil China sekali lagi, kali ini dalam acara perseorangan lelaki. Pertembungan dua generasi. Lee Chong Wei berusia 34 tahun dengan tiga kejuaraan All England sebelumnya dan Shi Yuqi berusia 21 tahun. Pemain legenda dan pemain muda yang masih mentah. Misi balas dendam Dato' Lee untuk menebus kekecewaan Peng Soon/Liu Ying. 

Kemenangan mudah dalam kedua-dua set, straight game 21-12 dan 21-10. Pertahanannya ampuh dan variasi pukulan Dato' Lee sangat memukau. Mungkin Lin Dan adalah badi  bagi beliau tapi bukan Shi Yuqi. Baru saja pulih dari kecederaan, Lee Chong Wei membuktikan statusnya sebagai legenda badminton Malaysia dengan satu lagi kejayaan manis.

Kini misi bersambung di Glasgow.

--------------------

Lima acara, lima juara, dari lima negara berbeza. Sepatutnya dua milik wakil Malaysia jika umpire lebih profesional. Keputusan akhir yang lengkap:

MS: Lee Chong Wei (Malaysia) v Shi Yuqi (China) 21-12 21-10
MD: Marcus Gideon/Kevin Sanjaya (Indonesia) v Li Junhui/Liu Yuchen (China) 21-19 21-14
WS: Tai Tzu Ying (Taiwan) v Ratchanok Intanon (Thailand) 21-16 22-20
WD: Chang Ye Na/Lee So Hee (Korea Selatan) v Kamilla Rytter/Christinna Pedersen (Denmark) 21-18 21-13
XD: Lu Kai/Huang Yaqiong (China) v Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (Malaysia) 18-21 21-19 21-16

--------------------

Kini kejuaraan besar seterusnya menanti dalam acara berpasukan Piala Sudirman di Australia pada bulan Mei. Sementara Kejuaraan Dunia di Scotland pula pada akhir bulan Ogos. Sinar juara dunia dari Malaysia kelihatan cerah. 

Dato' Lee Chong Wei yang baru merangkul kejuaraan All England keempat dalam karier akan memburu gelaran juara dunia pertamanya. Hanya Kejuaraan Dunia, pingat emas Sukan Olimpik, dan pingat emas Sukan Asia yang masih belum dimenangi. Lee Chong Wei tiada cabaran dari wakil negara lain tapi perlu memberi perhatian kepada tiga pemain armada China - Chen Long, Tian Houwei, dan Shi Yuqi - selain Viktor Axelsen yang mungkin menjadi penghalang.

Dua lagi harapan besar negara dalam acara beregu lelaki dan beregu campuran. Pasangan ranking nombor satu dunia, Goh V Shem/Tan Wee Kiong kini setanding beregu-beregu handalan di hari terbaik mereka. Prestasi perlu dipertingkatkan kerana beregu-beregu lain dari China, Indonesia, dan Denmark sama kuat.

Harapan dalam beregu campuran pula digalas Chan Peng Soon/Goh Liu Ying. Selepas mencipta kejutan memenangi pingat perak Olimpik Rio, ditambah dengan naib juara All England, tiada beregu campuran di lima terbaik ranking dunia akan memandang rendah pasangan Malaysia ini. Chan/Goh diharap dapat mengatasi lagi beregu China, Indonesia, dan Denmark.

Semoga pasukan badminton Malaysia terus maju jaya.



Sunday, March 12, 2017

YAE17: Mimpi Bersambung

Assalamualaikum.

Hari yang sangat indah di Birmingham, England. Dua wakil negara di pusingan separuh akhir menang untuk meneruskan impian menjuarai kejohanan berprestij All England. Ketika Lee Chong Wei memburu kejuaraan keempatnya di penghujung karier, pasangan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying mengidam kejayaan pertama. Sayangnya beregu lelaki nombor satu dunia Goh V Shem/Tan Wee Kiong tidak dapat sama meneruskan cabaran.

Perseorangan Lelaki
Lee Chong Wei (Malaysia) v Chou Tien Chen (Taiwan) 10-21 21-14 21-9
Shi Yuqi (China) v Lin Dan (China) 24-22 21-11

Harapan peminat badminton dunia untuk melihat pertarungan terakhir dua legenda Lee/Lin di pentas final tidak kesampaian. Lee Chong Wei menang selepas pertarungan tiga set tetapi Super Dan tewas kepada pewarisnya. Shi Yuqi, bintang muda harapan China, berjaya mengatasi legenda negaranya untuk berdepan 'gergasi' Malaysia yang juga bintang nombor satu dunia.

----------------------

Beregu Lelaki
Li Junhui/Liu Yuchen (China) v Liu Cheng/Zhang Nan (China) 21-18 21-14
Marcus Gideon/Kevin Sanjaya (Indonesia) v Mads Conrad/Mads Pieler (Denmark) 19-21 21-13 21-17

Pertembungan sesama beregu China menyaksikan kemenangan untuk pasangan Li/Liu yang turut mengalahkan beregu nombor satu dunia dalam pusingan suku akhir. Lawan mereka di final adalah pasangan Indonesia, Marcus/Kevin, yang menundukkan pasangan Denmark selepas berhempas pulas dalam aksi rubber game.

-------------------

Perseorangan Wanita
Ratchanok Intanon (Thailand) v Akane Yamaguchi (Jepun) 22-20 21-16
Tai Tzu Ying (Taiwan) v Sung Ji Hyun (Korea Selatan) 11-21 21-14 21-14

Perlawanan akhir yang diimpikan antara dua bintang handalan. Pemain muda Thailand yang telah menggegar dunia sejak usia remaja menentang pemain nombor satu dunia dari Taiwan. Tai sedikit kepenatan kerana berhempas pulas menewaskan lawan dari Korea Selatan.

------------------

Beregu Wanita
Chang Ye Na/Lee So Hee (Korea Selatan) v Bao Yixin/Yu Xiaohan (China) 21-18 21-18
Kamilla Rytter/Christinna Pedersen (Denmark) v Jung Kyung Eun/Shin Seung Chan (Korea Selatan) 21-16 21-13

Perlawanan akhir sesama pasangan Korea Selatan tidak kesampaian. Chang/Lee berjaya menyingkirkan lawan dari China. Namun rakan senegara mereka tewas kepada pasangan Denmark. Chang/Lee akan menghadapi beregu nombor dua dunia jika mahu membawa pulang kejuaraan.

----------------------

Beregu Campuran
Lu Kai/Huang Yaqiong (China) v Chris Adcock/Gabrielle Adcock (England) 19-21 21-12 22-20
Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (Malaysia) v Yuta Watanabe/Arisa Higashino (Jepun) 21-17 21-15

Lu/Huang adalah satu-satunya beregu dalam lima terbaik ranking dunia yang berjaya ke perlawanan akhir dengan menumbangkan pasangan suami isteri Adcock. Beregu hebat Malaysia, Peng Soon/Liu Ying terus cemerlang menewaskan beregu muda Jepun.

----------------------------------

Dua wakil Malaysia akan beraksi dalam perlawanan akhir untuk merebut dua kejuaraan. Kedua-dua perlawanan mereka adalah dua perlawanan awal. Berikut adalah jadual lengkap aksi final mengikut urutan.

XD: Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (Malaysia) v Lu Kai/Huang Yaqiong (China)
MS: Lee Chong Wei (Malaysia) v Shi Yuqi (China)
WD: Chang Ye Na/Lee So Hee (Korea Selatan) v Kamilla Rytter/Christinna Pedersen (Denmark)
MD: Li Junhui/Liu Yuchen (China) v Marcus Gideon/Kevin Sanjaya (Indonesia)
WS: Tai Tzu Ying (Taiwan) v Ratchanok Intanon (Thailand)

Kedua-dua wakil negara akan berdepan lawan dari China. Di atas kertas, kedua-duanya juga merupakan pilihan. Datuk Lee Chong Wei tidak boleh memandang mudah Shi Yuqi yang telah menewaskan musuh tradisi Lee Chong Wei sendiri iaitu Lin Dan. Selamat berjuang untuk wira dan wirawati negara.




Saturday, March 11, 2017

YAE17: Tinggal Dua

Assalamualaikum.

Keputusan penuh dan ulasan peringkat suku akhir kejohanan berprestij Yonex All England 2017 di Brimingham, England.

Perseorangan Lelaki
Lin Dan (China) v Viktor Axelsen (Denmark) 8-21 21-14 21-15
Lee Chong Wei (Malaysia) v Tian Houwei (China) 21-12 21-15
Shi Yuqi (China) v Kazumasa Sakai (Jepun) 21-13 21-4
Chou Tien Chen (Taiwan) v Tanongsak (Thailand) 21-19 16-21 21-8

Super Dan mengecewakan Axelsen dalam perlawanan ulangan separuh akhir Sukan Olimpik Rio 2016 dengan kemenangan rubber game. Lee Chong Wei menang mudah ke atas lawan dari China. Bintang masa depan China (Yuqi) juga mara untuk berdepan pemain sensasi Taiwan. Tien Chen mengatasi giant killer dari Thailand.

-----------

Beregu Lelaki
Li Junhui/Liu Yuchen (China) v Goh V Shem/Tan Wee Kiong (Malaysia) 21-19 17-21 21-19
Liu Cheng/Zhang Nan (China) v Takeshi Kamura/Keigo Sonoda (Jepun) 21-23 21-15 21-19
Marcus Gideon/Kevin Sanjaya (Indonesia) v Chai Biao/Hong Wei (China) 21-16 21-18
Mads Conrad/Mads Pieler (Denmark) v Lu Kai/Zheng Siwei (China) 21-12 11-21 21-16

China mempunyai empat beregu dalam setiap perlawanan tetapi hanya dua melangkah ke separuh akhir. Beregu muda Li Junhui/Li Yuchen menundukkan beregu nombor satu dunia dari Malaysia. Rakan senegara mereka Zhang Nan/Liu Cheng pula mengejutkan beregu sensasi Jepun. Dua lagi beregu sensasi Gideon/Sanjaya serta Mads/Mads berjaya menewaskan lawan masing-masing dari China. Malang buat dua beregu handalan Malaysia dan Jepun yang tewas mengejut.

-------------

Perseorangan Wanita
Tai Tzu Ying (Taiwan) v VS Pusarla (India) 21-14 21-10
Ratchanok Intanon (Thailand) v Carolina Marin (Sepanyol) 22-20 13-21 21-18
Sung Ji Hyun (Korea Selatan) v Saina Nehwal (India) 22-20 22-20
Akane Yamaguchi (Jepun) v Sun Yu (China) 21-23 21-14 22-20

Jarang sekali kita lihat tiada wakil China dalam peringkat separuh akhir kejohanan utama. Namun wakil tunggal negara tembok besar tumbang kepada pemain muda Jepun. Pemain nombor satu dunia Tai Tzu Ying tiada masalah membenam lawan dari India. Perseorangan utama Korea Selatan menyingkirkan seorang lagi pemain India. Dalam pertarungan epik antara dua gergasi, bintang sensasi Thailand berjaya mengatasi lawannya dari Sepanyol. 

-------------

Beregu Wanita
Kamilla Rytter/Christinna Pedersen (Denmark) v Naoko Fukuman/Kurumi Yonao (Jepun) 21-12 21-11
Jung Kyung Eun/Shin Seung Chan (Korea Selatan) v Shiho Tanaka/Koharu Yonemoto (Jepun) 21-19 21-17
Bao Yixin/Yu Xiaohan (China) v Yuki Fukushima/Sayaka Hirota (Jepun) 21-11 21-14
Chang Ye Na/Lee So Hee (Korea Selatan) v Luo Ying/Luo Yu (China) 21-17 21-8

Tiga wakil Jepun berada dalam tiga perlawanan suku akhir acara ini namun malang sekali, tiada satu pun meneruskan kemaraan. Dua beregu Korea Selatan bergaya melangkah. Kesemua perlawanan berakhir dengan kemenangan straight set dan hanya satu yang berlangsung sengit.

-----------

Beregu Campuran
Chris Adcock/Gabrielle Adcock (England) v Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir (Indonesia) 16-21 21-19 21-12
Lu Kai/Huang Yaqiong (China) v Joachim Fischer/Christinna Pedersen (Denmark) 21-14 18-21 21-11
Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (Malaysia) v Wang Yilyu/Huang Dongping (China) 23-21 21-14
Yuta Watanabe/Arisa Higashino (Jepun) v Yoo Yeon Seong/Kim Ha Na (Korea Selatan) 21-17 18-21 22-20 

Pasangan suami isteri Adcock menyingkirkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio dalam pertarungan sengit. Pasangan Lu Kai/Huang Yaqiong juga menundukkan pasangan Denmark yang memiliki ranking dunia lebih baik. Peng Soon/Liu Ying menceriakan kem negara dengan kemenangan mudah menewaskan lawan dari China yang menyingkirkan beregu nombor satu dunia sebelum ini. Pasangan muda Yuta/Arisa dari Jepun mengejutkan pasangan Korea Selatan untuk berdepan Peng Soon dan Liu Ying. 

-------------------------------------------------------

Dua wakil negara akan meneruskan cabaran di pusingan separuh akhir. Lee Chong Wei akan menghadapi pemain utama Taiwan, Chou Tien Chen. Manakala Peng Soon/Liu Ying akan berdepan beregu muda Jepun. China sudah pasti memiliki wakil dalam aksi final dua acara, perseorangan lelaki dan beregu lelaki kerana para pemain China bertemu sesama sendiri.

MS
Lee Chong Wei (Malaysia) v Chou Tien Chen (Taiwan)
Lin Dan (China) v Shi Yuqi (China)

MD
Marcus Gideon/Kevin Sanjaya (Indonesia) v Mads Conrad/Mads Pieler (Denmark)
Li Junhui/Liu Yuchen (China) v Liu Cheng/Zhang Nan (China)

WS 
Akane Yamaguchi (Jepun) v Ratchanok Intanon (Thailand)
Tai Tzu Ying (Taiwan) v Sung Ji Hyun (Korea Selatan)

WD 
Jung Kyung Eun/Shin Seung Chan (Korea Selatan) v Kamilla Rytter/Christinna Pedersen (Denmark)
Bao Yixin/Yu Xiaohan (China) v Chang Ye Na/Lee So Hee (Korea Selatan)

XD
Lu Kai/Huang Yaqiong (China) v Chris Adcock/Gabrielle Adcock (England)
Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (Malaysia) v Yuta Watanabe/Arisa Higashino (Jepun)

Selamat berjuang wira dan wirawati negara!



Friday, March 10, 2017

Terus Berjuang

Assalamualaikum.

Tahniah buat wakil negara yang memenangi perlawanan pusingan kedua masing-masing untuk melangkah ke peringkat suku akhir kejohanan badminton berprestij dunia, Yonex All England 2017. Dari tahun ke tahun, kejuaraan All England menjadi kemegahan para pemain badminton. 

Dari lima wakil negara di pusingan kedua, dua tersungkur dan hanya tinggal tiga lagi wakil meneruskan cabaran. Lee Chong Wei menang straight set menundukkan lawannya dari Taiwan, Wang Tzu Wei. Chan Peng Soon/Goh Liu Ying pula menewaskan musuh utama dan wakil China, Zhang Nan/Li Yinhui dalam pertarungan tiga set. Pilihan utama beregu lelaki, Goh V Shem/Tan Wee Kiong pula menang straight set kali kedua berturut-turut, kali ini mengatasi Liu Xialong/Xu Chen dari China. 

Dua wakil yang tewas pula adalah beregu wanita Woon Khe Wei/Vivian Hoo yang tunduk kepada pasangan handalan Korea Selatan, Jung Kyung Eun/Shin Seung Chan dalam tiga set. Beregu campuran, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing pula terpaksa akur juga kepada beregu hebat Korea Selatan, Yoo Yeon Seong/Kim Ha Na. Berikut adalah keputusan penuh pusingan kedua:

Perseorangan Lelaki
Lee Chong Wei (Malaysia) v Wang Tzu Wei (Taiwan) 21-18 21-18
Tian Houwei (China) v HS Prannoy (India) 21-13 21-5
Tanongsak Saensomboonsuk (Thailand) v Chen Long (China) 21-16 21-19
Lin Dan (China) v Huang Yuxiang (China) 21-16 21-11
Chou Tien Chen (Taiwan) v Song Dwi Kuncoro (Indonesia) 21-13 21-11
Kazumasa Sakai (Jepun) v Jan O Jorgensen (Denmark) 21-16 21-13
Viktor Axelsen (Denmark) v Zhao Junpeng (China) 21-10 21-11
Shi Yuqi (China) v Angus Ng Ka Long (Hong Kong) 21-16 21-14 

Beregu Lelaki
Takeshi Kamura/Keigo Sonoda (Jepun) v Kim Astrup/Anders Rasmussen (Denmark) 21-18 21-15
Chai Biao/Hong Wei (China) v Huang Kaixiang/Wang Yilyu (China) 18-21 21-17 21-13
Liu Cheng/Zhang Nan (China) v Angga Pratama/Ricky Suwardi (Indonesia) 21-14 21-7
Lu Kai/Zheng Siwei (China) v Mohammad Ahsan/Rian Saputro (Indonesia) 21-19 9-21 21-18
Mads Petersen/Mads Kolding (Denmark) v Lu Ching Yao/Yang Po Han (Taiwan) 27-25 21-17
Li Junhui/Liu Yuchen (China) v Bodin Isara/Nipitphon (Thailand) 21-18 21-18
Marcus Gideon/Kevin Sanjaya (Indonesia) v Peter Briggs/Tom Wolfenden (England) 21-13 21-14
Goh V Shem/Tan Wee Kiong (Malaysia) v Liu Xialong/Xu Chen (China) 21-12 21-16

Perseorangan Wanita
V. Sindhu (India) v Dinar Dyah (Indonesia) 21-12 21-4
Ratchanok Intanon (Thailand) v Hsu Ya Ching (Taiwan) 21-14 21-15
Akane Yamaguchi (Jepun) v Chiang Mei Hui (Taiwan) 21-19 20-22 21-15
Saina Nehwal (India) v Fabienne Deprez (Jerman) 21-18 21-10
Tai Tzu Ying (Taiwan) v Minatsu Mitani (Jepun) 27-25 21-11
Sun Yu (China) v Chen Yufei (China) 21-15 21-14
Carolina Marin (Sepanyol) v He Bingjiao (China) 15-21 21-19 21-10 
Sung Ji Hyun (Korea Selatan) v Yip Pui Yin (Hong Kong) 15-21 21-16 21-9

Beregu Wanita
Luo Ying/Luo Yu (China) v Huang Yaqiong/Tang Jianhua (China) 21-17 21-13
Chang Ye Na/Lee So Hee (Korea Selatan) v Xiao Min Lin/Wu Fang Chien (Taiwan) 21-10 21-9
Yuki Fukushima/Sayaka Hirota (Jepun) v Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi (Jepun) 21-16 19-21 21-16
Shiho Tanaka/Koharu Yonemoto (Jepun) v Anggia Awanda/Apriyani (Indonesia) 14-21 21-13 21-11
Jung Kyung Eun/Shin Seung Chan (Korea Selatan) v Vivian Hoo/Woon Khe Wei (Malaysia) 17-21 21-12 21-17
Naoko Fukuman/Kurumi Yonao (Jepun) v Greysia Polii/Rizki Amelia (Indonesia) 24-22 21-8
Bao Yixin/Yu Xiaohan (China) v Hsu Ya Ching/Wu Ti Jung (Taiwan) 21-14 21-6
Christinna Pedersen/Kamilla Rytter (Denmark) v Julie/Rikke Soby (Denmark) 21-14 21-16

Beregu Campuran
Chris Adcock/Gabrielle Adcock (England) v Xu Chen/Du Yue (China) 21-17 21-12
Joachim Fischer/Christinna Pedersen (Denmark) v Kenta Kazuno/Ayane Kurihara (Jepun) 21-13 21-11
Tontowi Ahmad/Liliyana Natsir (Indonesia) v Mark Lamsfuss/Isabel (Jerman) 21-12 21-13
Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (Malaysia) v Zhang Nan/Li Yinhui (China) 9-21 23-21 21-17
Yuta Watanabe/Arisa Higashino (Jepun) v Robert Mateusiak/Nadiezda (Poland) 21-13 21-18
Lu Kai/Huang Yaqiong (China) v Reginald/Chau Hoi Wah (Hong Kong) 21-13 16-21 21-16
Wang Yilyu/Huang Dongping (China) v Zheng Siwei/Chen Qingchen (China) 24-22 21-15
Yoo Yeon Seong/Kim Ha Na (Korea Selatan) v Tan Kian Meng/Lai Pei Jing (Malaysia) 21-15 21-9

------------------------------------------------------

Pusingan suku akhir bermula jam 12 malam nanti (waktu Malaysia). Ketiga-tiga wakil Malaysia akan berdepan lawan dari negara yang sama iaitu negara Tembok Besar China.

Goh V Shem/Tan Wee Kiong vs Li Junhui/Liu Yuchen (China)
Chan Peng Soon/Goh Liu Ying vs Wang Yilyu/Huang Dongping (China)
Lee Chong Wei vs Tian Houwei (China)

Dua pilihan utama kejohanan Goh/Tan dan juga LCW mempunyai peluang besar untuk mara ke separuh akhir. Chan/Goh juga sepatutnya menang tapi tidak boleh mengambil mudah lawan mereka yang menyingkirkan pilihan utama, Zheng Siwei/Chen Qingchen.

Selamat berjuang wira dan wirawati negara.




Thursday, March 9, 2017

Barcelona Korup

Assalamualaikum.

Kemaraan yang memalukan. Itulah penilaian yang selayaknya diberikan kepada kelab La Liga Sepanyol, FC Barcelona, yang melangkah ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim 2016/2017. Kejayaan Barca dari tahun ke tahun dengan dibantu pengadil sudah sangat memualkan, sehingga mendapat gelaran 'UEFAlona'.

Sebelum perlawanan awal pagi tadi, para pengkritik bola sepak sudah menganggap Barca tersingkir gara-gara kekalahan 4-0 di Paris kepada kelab Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain. Namun 'keajaiban' format timbal balas seakan-akan bakal menghantui PSG buat seribu tahun lagi.

Bertandang ke Nou Camp, PSG hanya perlu bertahan dan mengekalkan kelebihan empat gol. Jika satu gol dijaringkan, PSG akan memiliki kelebihan gol di tempat lawan dan peluang Barca semakin sukar. Tapi segalanya serba tak menjadi untuk kelab Perancis ini. 

Gol awal Luis Suarez seakan mengejutkan PSG. Gol sendiri Kurzawa selepas menolak cubaan kuda tua Andres Iniesta menekan lagi PSG. Gol ketiga Barca hasil sepakan penalti kontroversi Lionel Messi sangat menggugat PSG. Sepakan itu tidak sepatutnya diberikan kerana Neymar melanggar pertahanan PSG yang terjatuh, tapi pengadil sangat berat sebelah.

Bersambung babak kedua, Edinson Cavani menjaringkan gol 'perak' PSG untuk memberikan kelebihan gol di tempat lawan. Agregat 5-3, Barca memerlukan keajaiban kerana perlu meledak tiga gol. Mereka merapatkan agregat kepada 4-5 hasil sepakan percuma cantik Neymar pada minit ke-88.

Lima minit masa kecederaan. Barca menyamakan agregat 5-5 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Neymar. Sekali lagi sepakan penalti ini kontroversi dan tak sepatutnya diberikan. Lakonan Luis Suarez menjadi dengan mengambil kesempatan dengan sentuhan pertahanan untuk merebahkan diri. Selayaknya Suarez menerima kad kuning untuk simulasi. Barcelona dibantu pengadil yang korup!

Akhirnya, kisah dongeng pari-pari akan diingati selamanya. Sepakan percuma disambar oleh Sergi Roberto menewaskan penjaga gawang PSG untuk melengkapkan 'kebangkitan terhebat bola sepak'. Belum pernah ada kelab ketinggalan 4-0 dari perlawanan pertama untuk menang 6-1 dalam perlawanan kedua.

Kemenangan agregat 6-5 yang sangat amat meragukan. DUA penalti yang sangat kontroversi. Para penyokong Barcelona seharusnya malu dengan kemenangan ini. Kemenangan yang dibantu pengadil. 




Monday, March 6, 2017

JDT 3-2 Pahang: 5 Buah Mulut

Assalamualaikum.

Tahniah buat Harimau Selatan. Pasukan Johor Darul Takzim menumbangkan pendahulu Liga Super Malaysia untuk mengembalikan keyakinan peminat mereka gara-gara permulaan yang perlahan. Berikut adalah lima perkara utama pasca perlawanan.

1. Kemenangan Mora-l
Kejayaan mengatasi pendahulu liga adalah kemenangan yang sangat bermakna bagi pengurus, Benjamin Mora, dan seluruh pemain serta penyokong Johor Darul Takzim. Permulaan musim baru yang buruk kini dapat dilupakan selepas kemenangan menundukkan Pahang pasti meningkatkan moral dalam kem pasukan. 

2. Kubu Larkin
Rekod tanpa kalah JDT di laman sendiri diteruskan. 30 perlawanan berturut-turut tanpa sebarang kekalahan dalam semua pertandingan. Kali terakhir JDT kalah perlawanan liga di Larkin adalah pada tahun 2012, 56 perlawanan liga yang lalu. Simply FORTRESS!

3. Super Safiq dan ledakan Hazwan
Ramai pemerhati bola sepak yang mengkritik Safiq Rahim (Copot) kerana masih dibayangi aksi cemerlang musim lepas. Musim ini, Safiq lebih banyak dikenali kerana aksi kasarnya. Namun, malam tadi, Safiq menutup mulut para pengkritiknya dengan 1 gol dan 2 bantuan gol. Hazwan Bakri pula membuktikan statusnya antara penyerang berbisa tanah air ketika ini dengan dua gol peribadi.

4. Bisa Alves
Sebelum perlawanan lagi, penyerang import Pahang, Matheus Alves, berada di puncak senarai penjaring terbanyak dengan enam gol, berkongsi bersama Mohammed Ghaddar (Kelantan). Malam tadi, Alves menjarakkan diri dari Ghaddar dengan dua lagi jaringan peribadi, salah satunya sepakan percuma yang cantik terkena palang sebelum masuk ke dalam gol.

5. Depan tajam, belakang bocor
Barisan serangan Pahang begitu free-scoring ketika ini. 22 gol dalam tujuh perlawanan, dengan purata 3 gol untuk setiap perlawanan. Satu rekod yang baik. Namun, barisan pertahanan mereka menghampakan, begitu pemurah terutamanya menentang pasukan-pasukan besar. Tewas 1-4 kepada Kedah dan 2-3 kepada JDT, pengurus (Dollah Salleh) perlu memikirkan formula terbaik untuk mengukuhkan benteng pasukannya.

------------------------------------------

JDT kini masih di tangga ketiga liga, namun memiliki satu perlawanan dalam tangan berikutan aksi yang ditangguhkan kerana mereka terlibat dengan pertandingan Piala AFC. Perlawanan menentang Kelantan tidak boleh dipandang mudah kerana reputasi penyerang Kelantan, Mohammed Ghaddar, yang telah meledak dua hatrik dalam masa tiga hari saja.

[kemas kini] Selepas Kedah menewaskan Melaka 4-0 di Stadium Darul Aman hasil dua jaringan masing-masing untuk Sandro dan Ken Ilso, kini Helang Merah kembali di puncak Liga Super dibezakan dua mata dari Pahang. JDT akan memintas Pahang sekiranya berjaya menewaskan Kelantan. 



Thursday, March 2, 2017

Juara Lagi





Gambar kemenangan piala yang membuatkan para pembenci (haters) Manchester United menggelar piala ini 'sampah' dan 'Mickey Mouse' hanya kerana pasukan mereka tersungkur awal. Juara lagi! Tahniah pasukan kegemaranku yang kini menjadi pasukan paling berjaya dalam sejarah bola sepak Inggeris dengan 42 kejuaraan, satu mengatasi Liverpool. 



Aksi di Wembley mempertemukan United dan pencabar kejuaraan, Southampton. Tanpa Henrikh Mkhitaryan yang cedera, trio Jesse Lingard-Juan Mata-Anthony Martial menyokong penyerang tunggal, Zlatan Ibrahimovic, dengan double pivot Ander Herrera dan Paul Pogba menyambung barisan pertahanan dan jentera tengah.

Seperti dijangka, Manchester United mendahului menerusi sepakan percuma cantik dari kuda tua Sweden, Ibrahimovic, yang telah berusia 35 tahun. Lingard mengukuhkan kedudukan apabila menyempurnakan satu siri hantaran cemerlang para pemain United dengan satu penyudah kemas. Lingard kini telah menjaringkan beberapa gol dalam perlawanan penting di stadium keramat ini sehingga mendapat gelaran 'Mr Wembley'.

Southampton merapatkan jurang menerusi penyudah bijak Manolo Gabbiadini yang menyambung hantaran silang rakan sepasukan. Awal babak kedua, Gabbiadini menyalakan harapan Southampton apabila sekali lagi menjaringkan gol, kali ini beraksi cemerlang melakukan rembatan voli sambil memusingkan badannya. 

Southampton semakin yakin dan terus memberi tekanan kepada pemain United. Masa semakin suntuk dan detik masa tambahan kian hampir ketika Ibrahimovic menerima hantaran lintang Herrera. Terkenal dengan ketajamannya di setiap kelab yang pernah disertai, Ibra sekali lagi menjadi wira dengan tandukan padu untuk memastikan kemenangan Piala Liga keempat buat Manchester United.



Seorang pemain legenda hidup (living legend) yang terus tajam di depan gawang. Ajax Amsterdam, Barcelona, Inter Milan, AC Milan, dan Paris Saint-Germain adalah antara nama-nama kelab besar yang pernah mendapat khidmat penggempur ulung berasal dari Sweden ini. Ramai yang mengatakan zaman emasnya telah berakhir selepas menamatkan kontrak yang tidak disambung di PSG (Perancis-Ligue 1). Namun Ibra terus menutup mulut pengkritiknya dengan 26 gol yang diledakkan sepanjang berada di bawah pengurusan Jose Mourinho. 

Walaupun carta liga menunjukkan United masih di tangga keenam ketika ini, kedudukan itu pasti berubah selepas Leicester menewaskan Liverpool yang berada di atas United hujung minggu lepas ketika United beraksi di Wembley. United mempunyai kelebihan satu perlawanan yang jika dimenangi, akan memintas Liverpool. Kedudukan itu akan berubah lagi kerana hujung minggu ini, Liverpool akan bertembung dengan satu lagi pasukan top four, Arsenal. 

Piala Liga sudah dimiliki. United masih bersaing dalam dua pertandingan selain aksi liga. United kini di pusingan 16 terbaik Liga Europa (divisyen kedua Eropah). United akan menentang Rostov di Rusia. United juga dalam senarai 16 pasukan terakhir yang masih bertanding merebut kejuaraan Piala FA dan akan bertemu Chelsea di tempat lawan sebaik pulang dari Rusia.

Glory glory Manchester United!








Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif