Sunday, March 12, 2017

YAE17: Mimpi Bersambung

Assalamualaikum.

Hari yang sangat indah di Birmingham, England. Dua wakil negara di pusingan separuh akhir menang untuk meneruskan impian menjuarai kejohanan berprestij All England. Ketika Lee Chong Wei memburu kejuaraan keempatnya di penghujung karier, pasangan Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying mengidam kejayaan pertama. Sayangnya beregu lelaki nombor satu dunia Goh V Shem/Tan Wee Kiong tidak dapat sama meneruskan cabaran.

Perseorangan Lelaki
Lee Chong Wei (Malaysia) v Chou Tien Chen (Taiwan) 10-21 21-14 21-9
Shi Yuqi (China) v Lin Dan (China) 24-22 21-11

Harapan peminat badminton dunia untuk melihat pertarungan terakhir dua legenda Lee/Lin di pentas final tidak kesampaian. Lee Chong Wei menang selepas pertarungan tiga set tetapi Super Dan tewas kepada pewarisnya. Shi Yuqi, bintang muda harapan China, berjaya mengatasi legenda negaranya untuk berdepan 'gergasi' Malaysia yang juga bintang nombor satu dunia.

----------------------

Beregu Lelaki
Li Junhui/Liu Yuchen (China) v Liu Cheng/Zhang Nan (China) 21-18 21-14
Marcus Gideon/Kevin Sanjaya (Indonesia) v Mads Conrad/Mads Pieler (Denmark) 19-21 21-13 21-17

Pertembungan sesama beregu China menyaksikan kemenangan untuk pasangan Li/Liu yang turut mengalahkan beregu nombor satu dunia dalam pusingan suku akhir. Lawan mereka di final adalah pasangan Indonesia, Marcus/Kevin, yang menundukkan pasangan Denmark selepas berhempas pulas dalam aksi rubber game.

-------------------

Perseorangan Wanita
Ratchanok Intanon (Thailand) v Akane Yamaguchi (Jepun) 22-20 21-16
Tai Tzu Ying (Taiwan) v Sung Ji Hyun (Korea Selatan) 11-21 21-14 21-14

Perlawanan akhir yang diimpikan antara dua bintang handalan. Pemain muda Thailand yang telah menggegar dunia sejak usia remaja menentang pemain nombor satu dunia dari Taiwan. Tai sedikit kepenatan kerana berhempas pulas menewaskan lawan dari Korea Selatan.

------------------

Beregu Wanita
Chang Ye Na/Lee So Hee (Korea Selatan) v Bao Yixin/Yu Xiaohan (China) 21-18 21-18
Kamilla Rytter/Christinna Pedersen (Denmark) v Jung Kyung Eun/Shin Seung Chan (Korea Selatan) 21-16 21-13

Perlawanan akhir sesama pasangan Korea Selatan tidak kesampaian. Chang/Lee berjaya menyingkirkan lawan dari China. Namun rakan senegara mereka tewas kepada pasangan Denmark. Chang/Lee akan menghadapi beregu nombor dua dunia jika mahu membawa pulang kejuaraan.

----------------------

Beregu Campuran
Lu Kai/Huang Yaqiong (China) v Chris Adcock/Gabrielle Adcock (England) 19-21 21-12 22-20
Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (Malaysia) v Yuta Watanabe/Arisa Higashino (Jepun) 21-17 21-15

Lu/Huang adalah satu-satunya beregu dalam lima terbaik ranking dunia yang berjaya ke perlawanan akhir dengan menumbangkan pasangan suami isteri Adcock. Beregu hebat Malaysia, Peng Soon/Liu Ying terus cemerlang menewaskan beregu muda Jepun.

----------------------------------

Dua wakil Malaysia akan beraksi dalam perlawanan akhir untuk merebut dua kejuaraan. Kedua-dua perlawanan mereka adalah dua perlawanan awal. Berikut adalah jadual lengkap aksi final mengikut urutan.

XD: Chan Peng Soon/Goh Liu Ying (Malaysia) v Lu Kai/Huang Yaqiong (China)
MS: Lee Chong Wei (Malaysia) v Shi Yuqi (China)
WD: Chang Ye Na/Lee So Hee (Korea Selatan) v Kamilla Rytter/Christinna Pedersen (Denmark)
MD: Li Junhui/Liu Yuchen (China) v Marcus Gideon/Kevin Sanjaya (Indonesia)
WS: Tai Tzu Ying (Taiwan) v Ratchanok Intanon (Thailand)

Kedua-dua wakil negara akan berdepan lawan dari China. Di atas kertas, kedua-duanya juga merupakan pilihan. Datuk Lee Chong Wei tidak boleh memandang mudah Shi Yuqi yang telah menewaskan musuh tradisi Lee Chong Wei sendiri iaitu Lin Dan. Selamat berjuang untuk wira dan wirawati negara.




No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif