Welcome To My Life...

Thursday, March 23, 2017

Diari Selektif #1 - Selamat Datang

Assalamualaikum.

Tersebut al kisah seketul pelajar perubatan dengan berat badan 90kg akan memulakan selective posting di sebuah hospital besar nun di hujung utara tanah Semenanjung Malaysia.

Dup dap dup dap rasa di jantung. Kali pertama memulakan misi terasing dari rakan-rakan batch ME213 yang lain. Selalunya ada jugak geng kat Seremban. Kali ni memang tempat yang asing, tak pernah dijejaki sebelum ni. Tak kenal siapa-siapa kat sana. Bergerak solo tanpa sokongan. Mampukah?

"The day we fear the most will always come."

Tak kira bagaimana kita cuba lari dan kita mahu lari, hari yang menggerunkan dan menakutkan pasti akan tiba. Surat arahan lapor diri dari pihak hospital dibelek berulang kali. Tempat lapor diri dan pangkat orang yang akan menerima laporan diri ini diratib supaya tidak lupa. Di'google' pulak nama orang tersebut supaya dapat membayangkan bagaimana rupa orangnya. Meleiskah, cainiskah, atau indiyakah.

20 Mac 2017. Dan.. hari lapor diri itu tiba jua.

"Susahnya nak parkir kereta ni."

Semua tempat parkir penuh. Dah terlewat untuk lapor diri. Aduh, kes naya macam ni. Lepas parkir di luar pagar hospital, bergegas aku mencari jabatan untuk lapor diri. Naik ke wad blok A. Tanya staf di mana ketua jabatan. Alamak, kena turun ke klinik pesakit luar pulak. Zupp, sampai kaunter. 

"Kat mana ketua jabatan ya?"

"Oh, adik pergi klinik kardio. Dia ada kat sana."

Akhirnya, selepas mendaftar dengan Sister Wiy, dapat juga lapor diri pada ketua jabatan. Sangat baik dan santun orangnya.

"Selamat datang ke jabatan kami." 

Tangan dihulur seperti menyantuni rakan sejawatannya. Sedangkan beza pengalaman antara kami saja berpuluh tahun. Dan beza pangkat jawatan pula bagaikan langit dan bumi. Seorang pelajar perubatan tahun keempat dan seorang pakar perubatan dengan dua disiplin sub-kepakaran. Keramahannya mengagumkan.

"Nanti sebelum tinggalkan jabatan ni, bagi saya tandatangan laporan." Lalala~

-tamat episod satu-





No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif