Welcome To My Life...

Friday, March 17, 2017

Final Awal

Assalamualaikum.

Berakhir sudah majlis undian untuk peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa musim 2016/2017.

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Atletico Madrid (Sepanyol) vs Leicester City (England)
Borussia Dortmund (Jerman) vs AS Monaco (Perancis)
Bayern Munich (Jerman) vs Real Madrid (Sepanyol)
Juventus (Itali) vs Barcelona (Sepanyol)

Anti-klimaks. Begitulah yang boleh dikatakan apabila undian mempertemukan dua 'gergasi' Bayern Munich dan Real Madrid seawal pusingan suku akhir. Kedua-dua pasukan ini selayaknya bertembung di final. Dua pasukan dengan reputasi gah dalam beberapa musim kebelakangan ini. Nampaknya salah satu perlu tersingkir di tangan yang satu lagi. Sama ada Cristiano Ronaldo atau Robert Lewandowski perlu mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Juara-Juara.

Jaguh Itali, Juventus, akan berdepan pasukan yang sangat bernasib baik, Barcelona. Barca mempunyai kelebihan kerana akan beraksi dalam perlawanan kedua di tempat sendiri. Borussia Dortmund pula mempunyai kelebihan untuk mengatasi Monaco dan melangkah lebih jauh. Finalis yang konsisten dalam beberapa musim kebelakangan ini iaitu Atletico akan menentang pendatang baru, Leicester. Jalan Atletico tampak mudah.

-------------------------

LIGA EUROPA

Anderlecht (Belgium) vs Manchester United (England)
Celta Vigo (Sepanyol) vs Genk (Belgium)
Ajax Amsterdam (Belanda) vs Schalke (Jerman)
Lyon (Perancis) vs Besiktas (Turki)

Kelab ternama Manchester United akan menentang kelab Belgium dengan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri pada perlawanan kedua. Peluang Celta dan Genk seimbang. Ajax yang penuh tradisi akan menghadapi kelab Jerman yang sukar diramal. Lyon sebagai wakil tunggal Perancis pula akan melayan kelab kental dari Turki.

-----------------------

Segala ramalan hanya menjadi panduan di atas kertas. Aksi di padang pada hari perlawanan akan menentukan. Tiada alasan bagi pasukan yang kalah kerana setiap pasukan mempunyai dua perlawanan untuk menentukan nasib mereka. Siapa yang akan beraksi di separuh akhir akan diketahui selepas berakhir 180 minit permainan (atau lebih).




No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif