Welcome To My Life...

Friday, February 28, 2014

I'm Back

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, aku kembali menulis.

Sebelum ini kekangan masa dan tekanan peperiksaan yang menghimpit menyesakkan dada membuatkan diri ini rasa bersalah nak terus mengetuk papan kekunci. Cuti tiga minggu sudah bermula. Maka penulisan akan diteruskan. 

Sebenarnya tak ada ilham. Tapi rindu nak menulis. Cemburu baca penulisan Inche Gabbana yang ada roh. Penulisan santai yang sangat menyentuh jiwa. Begitu tegar memperjuangkan usrah. Gerabak D&T terus bergerak laju. Takkan menunggu kita. Eh, tetiba pulak.



Okey, cukup setakat tu dulu. Tata.

Hari ni Jumaat. So? Banyakkan selawat dan ibadat. Moga Allah redha dengan kita semua hamba-Nya. InsyaAllah.


Bukit Jalil
1035
28/02/2014



Wednesday, February 19, 2014

About Time

Assalamualaikum.

Entri ni bukan berkenaan filem 'About Time'. Salah satu muvi feberet aku yang aku kira sangat mendalam pengajarannya. Tetapi entri ini tentang masa. Ya, M.A.S.A.


Masa sangat berharga. Omputeh kata 'masa itu emas'. Haaaa, itulah metaforanya menggambarkan masa tu mahal. Bukan untuk sebarang orang kita bagi masa kita. Betul kan?

Nah madah pujangga:

"The greatest gift you can give someone
is your TIME

Because
when you give your time
You're giving 
a portion of your life
that you'll NEVER GET BACK."

Nampak?

Kalau kita sayang, bagi masa. Masa yang kita bagi tu kita takkan dapat balik. Itu sebabnya masa sangat-sangat berharga dan tak terbayang nilainya.

Petikan kata-kata sorang sahabat:

"Going out to eat with someone dear, or with your loved ones and all you do is playing with your phones? Put them down.

Whatever it is you have to do, prioritise.
Define what things should be topping your list.

Don't ever say 'There's still time
or 'Maybe next time'
because there's also the concept of
'it's too late'"  


Give me your time, would you?


Bukit Jalil
1750
19/01/2014


Sedikit Pesanan

Assalamualaikum.

Nah, sedikit pesanan dari sorang rakan. Err, sedikit dan sebanyak. Sebanyak-banyaknya.


Tawakal itu datang bersama usaha dan doa. Ia datang bertiga. Tanpa salah satu, tidak sempurna. Nak bertawakal pun biar kena cara. Sepertinya nak meninggalkan unta dan bertawakal kepada-Nya. Sekurang-kurangnya tambatlah ia. Usaha dalam tawakal dan doa.

Kerna kita semua inginkan syurga.


Bukit Jalil
1735
19/01/2014


Sunday, February 16, 2014

Tahajud

Assalamualaikum.

Bismillah.

Muhasabah diri: Ayuh tahajud.

Wahai sekalian hamba-hamba Allah yang beriman. Kita hidup di dunia hanyalah sebagai hamba-Nya dengan nikmat yang tak terhitung banyaknya. Tidakkah kita mahu bersyukur?

Tahajud adalah amalan figura-figura besar dalam sejarah Islam. Rasulullah SAW sentiasa solat malam sehingga bengkak kakinya. Apabila ditanya Aishah r.a. tentang sebab Baginda berbuat demikian, jawab Baginda: "Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?". Ini hadis riwayat Imam Bukhari.

Allahuakbar.

Satu lagi contoh: Penakluk Konstantinopel. Figura terkenal, sebaik-baik raja iaitu Sultan Muhammad al-Fateh. Beliau tak pernah meninggalkan solat tahajud.

Apabila figura-figura hebat ini menjadikan tahajud sebagai amalan, tidak dapat tidak kita juga perlu berusaha untuk menjadikannya rutin harian.


Penulis juga masih berusaha untuk mengamalkan solat malam. Kadang-kadang terlanjur tidur lewat. Tak terjaga untuk tahajud. Kadang-kadang tersedar, tapi tidur semula.

Kita bukan meyakini tahajud ini yang berkuasa memberikan kita sesuatu. Sebenarnya tahajud ini membentuk kekuatan spiritual. Betapa kita sebagai hamba-Nya yang lemah hanya bergantung harap kepada Yang Maha Esa. 

Bukan mudah. Tak ramai yang dipilih oleh Allah untuk meninggalkan keselesaan tempat tidur dan berkomunikasi dengan-Nya. Bersyukurlah apabila kita dikejutkan oleh Allah. Tunaikanlah solat sunat sekurang-kurangnya dua rakaat.

Ya Allah, jadikanlah kami hamba-Mu yang hanya bergantung harap kepada-Mu. Dan jadikanlah kami hamba-Mu yang bersyukur.



Changloon
1635
16/02/2014


Friday, February 14, 2014

Hari Pengasih

Assalamualaikum.


14 Februari. Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kalian menyambut Hari Pengasih a.k.a hari abang Valentino Rossi. Kerna amalan itu amatlah bercanggah dengan agama Islam. Hari Pengasih ini adalah hari perayaan orang Nasrani. 

Korang pun mesti dah arif kenapa sambutan Hari Pengasih ni diharamkan. Tak perlu lah aku nak jadi cikgu sekolah hari ni untuk khabarkan kepada kalian semua. Orang dah fatwakan haram tu tak payah persoalkan lagi. 


Kalau nak hargai insan tercinta, hari-hari pun boleh jadi Hari Pengasih. Tak perlulah 14 Februari ni saja. Kalau nak satu hari yang istimewa, ambik tarikh hari lahir. Hari lahir insan tercinta memang 14 Februari? Okey, foiinnee. Jangan niat nak sambut Hari Pengasih pulak.

Memandangkan hari ni hari Jumaat, sukalah kiranya penulis mengingatkan hamba-hamba Allah yang soleh solehah semua untuk memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah SAW. Penghulu segala hari. Hari yang penuh berkat. Jangan dicemari dengan dosa menyambut Hari Pengasih serta melakukan maksiat. 

Nota kuku kaki: Memang sengaja Hari Encik Valentino dirujuk dalam entri ni sebagai Hari Pengasih. Tiada kesilapan terjemahan. Hari ni Google Translate pun cuti angkara Hari Pengasih. Aipp, "Say NO to Valentine's Day".


Changloon
1100
14/02/2014


Thursday, February 13, 2014

Seventeen Hundred

Assalamualaikum.

I write it here, right now.
Because i know you won't read.


I feel like 
Day One was yesterday
Never realize
That it's now seventeen hundred

Many things have changed
But something will never


I promise since Day One
One thing will always be true:
my feelings towards you

I ask Allah
for 'us'

I’ll keep you in my dua’
Because there you can't leave
Only there you can stay forever.


King Atisa
Changloon
 13/02/2014 


Wednesday, February 12, 2014

Sabar

Assalamualaikum.

Muhasabah diri: Sabar.


Terkadang diri rebah. Lemah tak dapat melangkah. Rasa tak berdaya. Rasa putus asa. Terkadang diri rasa ingin menyerah. Melupakan mimpi yang cuba digapai selama ini.

Kadang-kadang minda mempersoalkan adakah ini yang aku cari? Adakah ini benar-benar yang kuinginkan? Lalu hati terus menguatkan kemahuan. 

Sabarlah. Jalan sabar ialah jalan yang dipilih para penghuni syurga ketika mereka ada pilihan iaitu berputus asa.

Jalan sabar yang dipilih Nabi Muhammad SAW walaupun diuji dengan begitu dahsyat. Kerana kesabaran Baginda Rasulullah, Islam tersebar luas ke seluruh pelosok dunia pada hari ini. Ujian dan cabaran yang dihadapi cukup untuk melemahkan sesiapa pun, tapi bukan Baginda yang tetap utuh dengan kesabaran.

Jalan sabarlah jalan yang dipilih oleh para sahabat walaupun dakwah menyebarkan Islam ditentang habis-habisan oleh musyrikin Quraisy. Begitu besar iman mereka sehingga tetap beribadat mengesakan Allah walaupun ada para sahabat yang telah dijanjikan syurga.

Apabila jalan sabar adalah pilihan para penghuni syurga, siapakah aku untuk tidak sabar? Layakkah aku untuk mengaku kalah ketika masih ada jalan sabar? Hidup ini tak dijanjikan mudah. 

Sabarlah. Dan terus bersabar. Jika hikmahnya bukan dalam kehidupan ini, pasti di akhirat nanti. Jika balasan untuk kesabaran bukan di dunia, pasti di syurga.

Syukur, zikir, sabar.


Changloon
2025
12/01/2014


Terlalu Banyak

Assalamualaikum.

Penulis sedang dalam mood malas.

Sebenarnya..
Banyak sangat benda nak kongsi.
Banyak sangat perkara nak tulis.
Banyak sangat peringatan nak diberikan.
Terlalu banyak.

Terlalu banyak sampai tak tahu nak mula dari mana.

Aku sedang dalam persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester. Mohon doa kalian agar diri ini berjaya dalam perjalanan menjadi seorang doktor untuk ummah. 

InsyaAllah akan ada entri peringatan dari semasa ke semasa. Firman Allah dalam surah al-Asr yang bermaksud: "Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

Janganlah kita menjadi orang yang rugi. La haula wa la quwwata illa billah.

Syukur, zikir, sabar. Senyum.


Changloon
1343
12/01/2014 


Tuesday, February 11, 2014

Milikku

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Saat hati berduka, Dia hantar penawarnya. Aku yakin dengan ketentuan-Mu ya Allah.


Jangan resah. Jangan gundah. Doa pada Allah.

Minta pada Dia. Minta dengan jiwa. Jangan putus asa. Tawakal dalam usaha.

Ya Allah, jika kejayaan itu milik kami, Kau sabarkanlah kami menghadapi ujian-Mu. Jangan Kau berpaling dari kami hamba-Mu yang lemah.

Syukur, zikir, sabar. Alhamdulillah.


Changloon
0920
11/01/2014


Monday, February 10, 2014

Takkan Faham

Assalamualaikum.

Rasa berat nak tulis. Tapi tohmahan demi tohmahan yang dilemparkan membuatkan aku rasa tercabar. Ini hidup aku. Ini kisah aku. Aku yang lalui. Orang takkan faham.


Ada sebab aku tak suka cerita kisah aku kepada sesiapa. Biasanya respons yang aku terima negatif. Semua nak aku mengalah. Tak ada yang bagi semangat untuk aku terus kejar mimpi aku. Hanya aku yang positif. Hanya aku yang kekal optimis. 

"You got a dream. You gotta protect it. People can't do somethin' themselves, they wanna tell you you can't do it. If you want somethin', go get it. Period."

Yang mendengar rasa mereka tahu. Sedangkan mereka hanya tahu apa yang aku cerita. Yang aku rahsiakan. Yang hanya aku dan Allah yang tahu. Kenapa mudah sangat membuat konklusi? Hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati ini.

Kadang-kadang terkilan jugak. Apa yang aku perlu hanya sokongan. Dan tembakan doa. Aku tetap percaya. Bahawa penantian dan kesabaran ini Allah takkan sia-siakan. Bahawa mimpi ini akan menjadi kenyataan. Biarlah aku berdiri seorang saja. It's me against the world.

"When you have Allah, you have everything."

Aku sendiri tak ada jawapan untuk setiap persoalan. Kenapa aku tak mengalah? Kenapa aku masih bertahan? Kenapa aku pilih jalan sabar? Jangan tanya aku. Tanya Allah!

Aku kuat kerna Dia. Kekuatan ini secebis kekuatan-Nya. Dia meminjamkan kekuatan ini ketika insan lain rebah ke bumi. Aku terus berdiri. Takkan berhenti mengejar mimpi. Aku berpegang pada janji.

Sabar tak mudah. Tapi sabar itu indah.

Aku ada Allah. Moga satu hari nanti, duka akan diganti senyuman. Biarlah aku terus dipandang seperti orang yang gagal, Allah tahu niatku. Aku tak perlu yakinkan sesiapa. Aku hanya mahu bahagia. 


Changloon
2020
10/02/2014 

Penangan Maharaja Lawak

Assalamualaikum.

Rasanya belum terlambat untuk bercerita tentang Maharaja Lawak Mega 2013 yang baru berakhir. Err, lambat sikit je.


Tahniah buat Sepahtu yang muncul juara dan membawa pulang setengah juta ringgit Malaysia. Entri ni bukan nak memuji Sepahtu walaupun feberet penulis. Ramai yang komplen hadiah juara MLM sebanyak RM 500,000 dan hadiah juara Pencetus Ummah sebanyak RM 50,000 menunjukkan ini akhir zaman. Aku setuju saja. 

Bukan juga nak bercerita tentang Pencetus Ummah.

Pada malam final tersebut, aku menonton di kedai makan. Ada skrin besar. Baru seronok kan tengok ramai-ramai. Memang havoc. Penuh kedai makan tersebut. Biasanya tak seramai tu. Penangan Maharaja Lawak Mega. Meriah.

Kalau tayang Pencetus Ummah mungkin tak seramai tu. Errr. 

Apa yang menarik perhatian aku adalah bagaimana satu acara dapat menyatukan rakyat Malaysia. Kita lupakan fahaman politik. Kita lupakan segala persengketaan. Okey, part persengketaan. Memang ada peminat fanatik pasukan bertanding yang bergaduh macam kanak-kanak tadika. Tak untung apa-apa pun. Sepahtu menang setengah juta. Yang mengutuk pasukan lain tu rugi je dapat dosa.

Walaupun aku peminat Sepahtu, aku tak ada masa nak kutuk pasukan Shiro, Bocey, Jambu atau 'pasukan' Nabil. Membazir masa. Semua finalis sama hebat sama kuat. Masing-masing ada kekuatan tersendiri. Memang susah nak buat lawak yang dapat diterima semua golongan masyarakat. 

Aku rasa kagum apabila rakyat Malaysia dapat duduk sekedai dan menonton dengan harmoni. Seperti juga semangat juang Lee Chong Wei yang menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Walaupun MLM ni mungkin tak ditonton bangsa lain, sekurangnya orang Melayu lupa sekejap perbezaaan fahaman politik.

Kita adalah satu. Negara kita Malaysia. Ini bumi warisan nenek moyang kita. Kita mesti bersatu-padu untuk mempertahankannya. Wahhh, patriotik! 

Sebelum aku merapu lebih jauh, moral of the story, tak salah nak tengok MLM. Tapi jangan sampai lupa solat. Jangan sampai tak ingat Allah. La haula wa la quwwata illa billah (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata).

Nak berlawak takpe, jangan sampai jadi najis.



Changloon
2000
10/02/2014


Tujuh Hari

Assalamualaikum.


Kita ada doa.
Senjata seorang hamba.
Akur pada Pencipta.


Sunday, February 9, 2014

Peluang

Assalamualaikum.


Kejayaan hanyalah untuk orang-orang yang berani.

Dalam hidup ni peluang datang dan pergi. Terserah pada kita. Sama ada kita nak memanfaatkannya. Atau kita nak biarkan saja. Lazimnya peluang hanya datang sekali. Kalau peluang tu datang lagi, kira orang yang mendapatnya sangat bertuah. 

Memang mudah untuk cakap 'grab the opportunities'. Hakikatnya tak semua orang berani melakukannya. Banyak risiko. Akibat yang perlu ditanggung. Pilihan datang dengan kesan yang perlu kita tanggung ke akhir nafas. Sekali kita buat pilihan, kita tak boleh kembali ke masa lalu.

Tapi, ingat! Orang tua-tua pernah berkata: 
"Opportunities are lost in the blink of an eye but regret can last for a lifetime."

Benar. Peluang hilang dalam sekelip mata saja. Penyesalan sampai ke akhir hayat kita. Terpulang pada diri kita. Sama ada kita nak menyesal kerana memilih. Atau menyesal sebab tak pilih. Our choice.

Kadang-kadang penyeksaan sebuah penantian juga menggerunkan kita. Sakit untuk terus menunggu. Menanti yang tak pasti. 

Tapi aku selalu pegang madah ni:
"It's difficult to wait, but worse to regret."

Aku mungkin menyesal dengan apa yang aku pilih. Atau aku akan menyesal dengan penantian yang tak membuahkan hasil. Tapi aku akan lebih menyesal kalau aku tak pilih sesuatu bila aku ada PELUANG untuk melakukannya.


Changloon
1625
09/02/2014


Sssshhhhhh

Assalamualaikum.

Tadi belek-belek FB, terjumpa pesan murabbi. 


Hari ini aku lihat pertunangan diumumkan secara besar-besaran. Dicanang seperti sudah sah menjadi suami isteri. Macam nak satu dunia tahu. Majlis pertunangan saja seperti majlis akad nikah. Meriah. Riuh rendah.

Jika dibandingkan dengan nikah khitbah, bertunang tidak menghalalkan apa-apa. Masih perlu menjaga iktilat. Tak boleh keluar berdua sesuka hati. Masih belum ada ikatan yang sah. Tapi 'bertunang' pada hari ini menjadi tiket untuk keluar bersama seperti hubungan sudah diredhai Allah. Bertunang hanya janji.

Walaupun murabbi aku ini tidak menspesifikkan 'kisah' itu sebagai 'bertunang', aku kira maksudnya boleh ditafsir sebagai proses itu. 

Tempoh hari ada sorang sahabat yang tweet menyatakan keresahannya apabila dilamar secara tak langsung. Belum bertunang lagi pun. Baru nak istikharah.

Aku tak cemburu. Apatah lagi dengki. Satu hari nanti aku pun akan melalui proses ini. Ada sebabnya dalam Islam, bertunang disarankan tidak dihebahkan. Biar kenalan terdekat saja tahu. Berkahwin pula perlu dihebahkan, agar tak menimbulkan fitnah.

Bukan apa. Memang kita mendoakan yang baik-baik saja. Termasuk doa aku buat sahabat tersebut. Tapi kita takut. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Dalam kita inginkan yang terbaik buat setiap pasangan, ada hati-hati hitam yang mendoakan yang buruk-buruk. Itu yang kita tak nak.

Nanti tak jadi kahwin, kan malu pihak keluarga. Bukanlah kita nak mendoakan begitu. Cuma baik sediakan payung sebelum hujan. Benda yang belum pasti jangan dicanang satu dunia.

Wallahualam.


Changloon
1600
09/02/2014



Friday, February 7, 2014

Tiada Yang Sempurna

Assalamualaikum.


Suatu hari Ali bertanya pada gurunya.

"Bagaimana caranya untuk kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup ini?"

"Berjalan lurus di taman bunga. Lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu. Dan, jangan kembali ke belakang."

Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, Ali kembali pada gurunya dengan kehampaan.

"Mengapa kamu tidak mendapatkan satu pun?"

"Sebenarnya tadi aku telah menemukannya. Tetapi aku tidak memetiknya. Kerana aku fikir, mungkin di depan nanti mungkin ada yang lebih indah. Ketika aku sudah sampai di hujung. Aku baru tersedar, bahawa yang aku lihat tadi adalah yang TERINDAH. Dan ketika itu, aku mungkin tidak akan dapat kembali ke belakang lagi."

Hargailah apa yang kita ada. Kerna hidup ini tak dijanjikan sempurna. Kesilapan mendewasakan kita dalam persinggahan sementara.


Keciknya Dunia

Assalamualaikum.

Menyambung kisah kemalangan dalam entri sebelum ini. Aku rasa macam pernah tengok kakak yang memandu tu. Tapi dalam keadaan berunding macam tu, mana sempat nak sedar.

"Adik belajar kat mana kat KL tu?"

"IMU..."

"Ohh, student akak pun ramai yang masuk IMU. Eh, adik dari I****?"

"Ha'ah." Muka hairan.

"Kenal la Ustaz A?"

"Kenal sangat." Senyum.

"Akak isteri dia."

(dalam hati) "Eh, kejap, kejap."

Patutlah macam pernah nampak.... Pernah pergi rumah pun kat kolej tempat aku belajar dulu. Ada hal kat rumah ustaz. Memang kenal sangat la. 

Lepas cakap isteri ustaz baru dapat kaitkan semua maklumat. Aduhai, patutlah muka ustazah macam familiar. Macam pernah dilihat. 

Kecik je dunia. Ayah ustazah kawan kepada umi aku di tempat kerja. Suami ustazah pulak murabbi aku di bumi Darul Ehsan. Aku tak cam sebab hanya sekali pernah tengok ustazah sebelum ni. Dan tak sangka pulak nak terjumpa di bumi Darul Aman.

Segalanya suratan takdir. Hikmahnya hanya Allah yang tahu.


Changloon
1740
07/01/2014



Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualaikum.

Sungguh aku hanya hamba-Nya yang lemah. Mengharap secebis kekuatan dari Allah.

Hari ini dalam sejarah. Kereta yang aku pandu tercalar sekali gus mencalarkan rekod pemanduan aku yang bersih sejak aku mula memandu. Perkara ini tak pernah berlaku. Ini adalah kejadian pertama yang merentap semangat aku.

Aku menulis bukan kerna menafikan yang aku bersalah. Aku menulis kerna aku dihina tanpa diberikan sebarang ruang untuk pembelaan. Kalau dalam mahkamah, aku boleh dibicarakan. Tapi dalam kezaliman dunia, aku langsung tak berpeluang untuk menceritakan peristiwa dari sudut pandang aku. Aku diherdik seperti aku pendosa yang telah membunuh jutaan nyawa. Sedangkan yang tercalar hanya kereta.


Pertama, penjelasan bahawa aku 'hilang fokus' tak diterima. Ketika itu aku sedang mendengar arahan "bawak perlahan" dan aku tak sedar kereta hijau itu tidak lurus. Benda memang nak jadi. Aku tak tahu apa yang berlaku ketika itu. Aku hilang konsentrasi. Di situ salah aku. Kereta hijau itu pegun, dalam keadaan berhenti untuk memberi laluan di jalan yang sempit.

Walau sebanyak mana pengalaman pemandu, 'hilang fokus' akan mengakibatkan kecelakaan. Menjadi punca banyak kemalangan. Aku 'hilang fokus' hanya sesaat. Tapi cukup untuk mencalarkan kereta. Itu memang salah aku.

Tapi untuk mencabar kompetensi aku dengan mengatakan aku masih tak pandai mengagak sangat tidak wajar dan menjadi satu penghinaan. Ini bukan kali pertama aku memandu dan ini adalah kejadian pertama yang berlaku. Tak pernah dalam sejarah pemanduan aku ada titik hitam.

Untuk mengatakan aku tak pandai memandu di laluan sempit, sudah berpuluh kali aku memandu di kawasan sekolah dengan kereta yang bersimpang-siur. Tak pernah walau SEKALI aku tersentuh mana-mana kenderaan. Hari ini bukan kali pertama aku memandu di jalan yang sempit begitu.

Tuduhan bahawa aku tak jaga kereta ibu bapa aku juga sangat menghinakan. Aku sentiasa berhati-hati. Kalau aku cuai, sudah berkali-kali aku terlibat dalam kemalangan. Tak pernah ada niat nak susahkan umi dan ayah. Tak pernah terdetik nak lepas tangan dan biar umi ayah bayar kerosakan yang aku buat. Tak pernah terlintas di fikiran.

Benda dah nak jadi. Banyak faktor yang menyebabkan kejadian tu berlaku. Termasuk kereta hijau tu yang tak meluruskan kenderaan walaupun aku dah bergerak.

Telinga mana yang tak panas bila kompetensi dicabar sepanjang perjalanan. Hati mana yang tak terbakar bila dihina tanpa henti. Hanya satu kalimah yang membasahi bibir "لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِالّهِ

La haula wa la quwwata illa billah. (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata).

Allah yang menghadirkan ujian ini untuk menguji kesabaran hati. Maka ketabahan dari-Nya yang aku pohon dalam sujudku.

Hanya di medium ini aku dapat menjawab segala tuduhan kerna ini medium ekslusif aku. Bila suaraku tak didengari, tangisku hanya pada Ilahi. 

Sorry, blame it on me.


Changloon
1020
07/01/2014


Thursday, February 6, 2014

Busby Babes

Assalamualaikum.

6 Februari 1958. 6 Februari 2014.


A broken plane 
A broken dream 
A broken heart 
A broken team 
No word said 
A silent vow 
We loved you then 
We love you now.

Busby Babes | Flowers of Manchester.



Sunday, February 2, 2014

Mujahadah

Assalamualaikum.

Hai bakal para penghuni syurga sekalian. ^_^

Kita semua tahu, nak berubah tu memang senang. Dalam sekelip mata, pendosa nombor satu dunia boleh jadi ustaz. Allah memberikan hidayah kepada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya. Tapi nak istiqamah dengan hijrah tu yang susah.

Bila seseorang nak berhenti merokok, mulalah kawan-kawan yang merokok berjemaah dulu hulur sebatang dua. Menggigil badan nak tolak. Kenapa begitu? Kenapa harus ada ujian saat mahu berubah?

Renungkanlah firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut, ayat ke-29 yang bermaksud:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"

Ada dua cerita yang ingin aku kongsikan. Ada sorang mamat ni yang bernama Abu tergerak hati untuk solat berjemaah. Ketika dalam perjalanan ke surau, hujan turun. Abu tak membawa payung. Baru saja Abu ingin berhijrah. Allah sudah menduganya.

Kisah kedua. Aku diajukan soalan dalam satu program: "mengapa mereka yang terawal memeluk Islam selepas dakwah Rasulullah diuji dengan begitu dahsyat sekali?"

Jika Allah berkehendak tiada tentangan untuk mereka, tiada masalah bagi Allah. Sesungguhnya Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Perkasa. Tapi takdir Allah mereka diseksa dan diboikot oleh kafir musyrikin. Aku juga tertanya-tanya.

Jawab penceramah tersebut: Allah ingin menguji keimanan mereka. Adakah mereka yang awal memeluk Islam ini ikhlas kerana Allah atau sengaja mengikut Nabi Muhammad SAW. 

Begitulah sedikit sebanyak kisah yang aku dapat olah. Mujahadah itu pahit. Istiqamah itu tak mudah. Kerna syurga Allah tak murah. 

Wallahualam.



Changloon
1620
02/02/2014 


Saturday, February 1, 2014

Ahad Pergi Gereja

Assalamualaikum.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan rahmat-Nya, kita bangun pagi ini masih lagi dengan dua nikmat besar: Islam dan iman.

Yakinlah bahawa kita orang yang dipilih oleh Allah. Kerana sedang kita menunaikan solat dan membaca al-Quran, ada saudara-saudara kita yang mensyirikkan Allah dan murtad. Wal'iyadzubillah.

Sungguh Allah yang membolak-balikkan hati insan. Apabila Allah berkehendak, cukuplah Dia berkata 'jadi' maka jadilah sesuatu itu. Kun fayakun. Tiada janji bahawa esok kita masih lagi menganut agama kita hari ini. Mustahil itu sifat manusia. Bukan sifat Allah.

Seperti kata penceramah ketika aku menghadiri satu program, bersyukurlah kita setiap kali bangun tidur. Syukurlah kita tak rasa nak bakar colok. Atau kalau pagi Ahad, tak rasa nak pergi gereja untuk sembah Jesus.

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas nikmat besar-Mu ini. Peliharalah kami dari fitnah agar kami tidak meragui-Mu ya Allah.

Wallahualam.


Changloon
1630
01/02/2014


Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif