Monday, February 10, 2014

Penangan Maharaja Lawak

Assalamualaikum.

Rasanya belum terlambat untuk bercerita tentang Maharaja Lawak Mega 2013 yang baru berakhir. Err, lambat sikit je.


Tahniah buat Sepahtu yang muncul juara dan membawa pulang setengah juta ringgit Malaysia. Entri ni bukan nak memuji Sepahtu walaupun feberet penulis. Ramai yang komplen hadiah juara MLM sebanyak RM 500,000 dan hadiah juara Pencetus Ummah sebanyak RM 50,000 menunjukkan ini akhir zaman. Aku setuju saja. 

Bukan juga nak bercerita tentang Pencetus Ummah.

Pada malam final tersebut, aku menonton di kedai makan. Ada skrin besar. Baru seronok kan tengok ramai-ramai. Memang havoc. Penuh kedai makan tersebut. Biasanya tak seramai tu. Penangan Maharaja Lawak Mega. Meriah.

Kalau tayang Pencetus Ummah mungkin tak seramai tu. Errr. 

Apa yang menarik perhatian aku adalah bagaimana satu acara dapat menyatukan rakyat Malaysia. Kita lupakan fahaman politik. Kita lupakan segala persengketaan. Okey, part persengketaan. Memang ada peminat fanatik pasukan bertanding yang bergaduh macam kanak-kanak tadika. Tak untung apa-apa pun. Sepahtu menang setengah juta. Yang mengutuk pasukan lain tu rugi je dapat dosa.

Walaupun aku peminat Sepahtu, aku tak ada masa nak kutuk pasukan Shiro, Bocey, Jambu atau 'pasukan' Nabil. Membazir masa. Semua finalis sama hebat sama kuat. Masing-masing ada kekuatan tersendiri. Memang susah nak buat lawak yang dapat diterima semua golongan masyarakat. 

Aku rasa kagum apabila rakyat Malaysia dapat duduk sekedai dan menonton dengan harmoni. Seperti juga semangat juang Lee Chong Wei yang menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, dan warna kulit. Walaupun MLM ni mungkin tak ditonton bangsa lain, sekurangnya orang Melayu lupa sekejap perbezaaan fahaman politik.

Kita adalah satu. Negara kita Malaysia. Ini bumi warisan nenek moyang kita. Kita mesti bersatu-padu untuk mempertahankannya. Wahhh, patriotik! 

Sebelum aku merapu lebih jauh, moral of the story, tak salah nak tengok MLM. Tapi jangan sampai lupa solat. Jangan sampai tak ingat Allah. La haula wa la quwwata illa billah (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata).

Nak berlawak takpe, jangan sampai jadi najis.



Changloon
2000
10/02/2014


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif