Sunday, February 9, 2014

Sssshhhhhh

Assalamualaikum.

Tadi belek-belek FB, terjumpa pesan murabbi. 


Hari ini aku lihat pertunangan diumumkan secara besar-besaran. Dicanang seperti sudah sah menjadi suami isteri. Macam nak satu dunia tahu. Majlis pertunangan saja seperti majlis akad nikah. Meriah. Riuh rendah.

Jika dibandingkan dengan nikah khitbah, bertunang tidak menghalalkan apa-apa. Masih perlu menjaga iktilat. Tak boleh keluar berdua sesuka hati. Masih belum ada ikatan yang sah. Tapi 'bertunang' pada hari ini menjadi tiket untuk keluar bersama seperti hubungan sudah diredhai Allah. Bertunang hanya janji.

Walaupun murabbi aku ini tidak menspesifikkan 'kisah' itu sebagai 'bertunang', aku kira maksudnya boleh ditafsir sebagai proses itu. 

Tempoh hari ada sorang sahabat yang tweet menyatakan keresahannya apabila dilamar secara tak langsung. Belum bertunang lagi pun. Baru nak istikharah.

Aku tak cemburu. Apatah lagi dengki. Satu hari nanti aku pun akan melalui proses ini. Ada sebabnya dalam Islam, bertunang disarankan tidak dihebahkan. Biar kenalan terdekat saja tahu. Berkahwin pula perlu dihebahkan, agar tak menimbulkan fitnah.

Bukan apa. Memang kita mendoakan yang baik-baik saja. Termasuk doa aku buat sahabat tersebut. Tapi kita takut. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Dalam kita inginkan yang terbaik buat setiap pasangan, ada hati-hati hitam yang mendoakan yang buruk-buruk. Itu yang kita tak nak.

Nanti tak jadi kahwin, kan malu pihak keluarga. Bukanlah kita nak mendoakan begitu. Cuma baik sediakan payung sebelum hujan. Benda yang belum pasti jangan dicanang satu dunia.

Wallahualam.


Changloon
1600
09/02/2014



1 comment:

Amoi Farah said...

Info yang bagus untuk peringatan buat diri ku terima kasih

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif