Welcome To My Life...

Monday, February 10, 2014

Takkan Faham

Assalamualaikum.

Rasa berat nak tulis. Tapi tohmahan demi tohmahan yang dilemparkan membuatkan aku rasa tercabar. Ini hidup aku. Ini kisah aku. Aku yang lalui. Orang takkan faham.


Ada sebab aku tak suka cerita kisah aku kepada sesiapa. Biasanya respons yang aku terima negatif. Semua nak aku mengalah. Tak ada yang bagi semangat untuk aku terus kejar mimpi aku. Hanya aku yang positif. Hanya aku yang kekal optimis. 

"You got a dream. You gotta protect it. People can't do somethin' themselves, they wanna tell you you can't do it. If you want somethin', go get it. Period."

Yang mendengar rasa mereka tahu. Sedangkan mereka hanya tahu apa yang aku cerita. Yang aku rahsiakan. Yang hanya aku dan Allah yang tahu. Kenapa mudah sangat membuat konklusi? Hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati ini.

Kadang-kadang terkilan jugak. Apa yang aku perlu hanya sokongan. Dan tembakan doa. Aku tetap percaya. Bahawa penantian dan kesabaran ini Allah takkan sia-siakan. Bahawa mimpi ini akan menjadi kenyataan. Biarlah aku berdiri seorang saja. It's me against the world.

"When you have Allah, you have everything."

Aku sendiri tak ada jawapan untuk setiap persoalan. Kenapa aku tak mengalah? Kenapa aku masih bertahan? Kenapa aku pilih jalan sabar? Jangan tanya aku. Tanya Allah!

Aku kuat kerna Dia. Kekuatan ini secebis kekuatan-Nya. Dia meminjamkan kekuatan ini ketika insan lain rebah ke bumi. Aku terus berdiri. Takkan berhenti mengejar mimpi. Aku berpegang pada janji.

Sabar tak mudah. Tapi sabar itu indah.

Aku ada Allah. Moga satu hari nanti, duka akan diganti senyuman. Biarlah aku terus dipandang seperti orang yang gagal, Allah tahu niatku. Aku tak perlu yakinkan sesiapa. Aku hanya mahu bahagia. 


Changloon
2020
10/02/2014 

No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif