Welcome To My Life...

Wednesday, February 12, 2014

Sabar

Assalamualaikum.

Muhasabah diri: Sabar.


Terkadang diri rebah. Lemah tak dapat melangkah. Rasa tak berdaya. Rasa putus asa. Terkadang diri rasa ingin menyerah. Melupakan mimpi yang cuba digapai selama ini.

Kadang-kadang minda mempersoalkan adakah ini yang aku cari? Adakah ini benar-benar yang kuinginkan? Lalu hati terus menguatkan kemahuan. 

Sabarlah. Jalan sabar ialah jalan yang dipilih para penghuni syurga ketika mereka ada pilihan iaitu berputus asa.

Jalan sabar yang dipilih Nabi Muhammad SAW walaupun diuji dengan begitu dahsyat. Kerana kesabaran Baginda Rasulullah, Islam tersebar luas ke seluruh pelosok dunia pada hari ini. Ujian dan cabaran yang dihadapi cukup untuk melemahkan sesiapa pun, tapi bukan Baginda yang tetap utuh dengan kesabaran.

Jalan sabarlah jalan yang dipilih oleh para sahabat walaupun dakwah menyebarkan Islam ditentang habis-habisan oleh musyrikin Quraisy. Begitu besar iman mereka sehingga tetap beribadat mengesakan Allah walaupun ada para sahabat yang telah dijanjikan syurga.

Apabila jalan sabar adalah pilihan para penghuni syurga, siapakah aku untuk tidak sabar? Layakkah aku untuk mengaku kalah ketika masih ada jalan sabar? Hidup ini tak dijanjikan mudah. 

Sabarlah. Dan terus bersabar. Jika hikmahnya bukan dalam kehidupan ini, pasti di akhirat nanti. Jika balasan untuk kesabaran bukan di dunia, pasti di syurga.

Syukur, zikir, sabar.


Changloon
2025
12/01/2014


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif