Welcome To My Life...

Saturday, February 1, 2014

Ahad Pergi Gereja

Assalamualaikum.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan rahmat-Nya, kita bangun pagi ini masih lagi dengan dua nikmat besar: Islam dan iman.

Yakinlah bahawa kita orang yang dipilih oleh Allah. Kerana sedang kita menunaikan solat dan membaca al-Quran, ada saudara-saudara kita yang mensyirikkan Allah dan murtad. Wal'iyadzubillah.

Sungguh Allah yang membolak-balikkan hati insan. Apabila Allah berkehendak, cukuplah Dia berkata 'jadi' maka jadilah sesuatu itu. Kun fayakun. Tiada janji bahawa esok kita masih lagi menganut agama kita hari ini. Mustahil itu sifat manusia. Bukan sifat Allah.

Seperti kata penceramah ketika aku menghadiri satu program, bersyukurlah kita setiap kali bangun tidur. Syukurlah kita tak rasa nak bakar colok. Atau kalau pagi Ahad, tak rasa nak pergi gereja untuk sembah Jesus.

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas nikmat besar-Mu ini. Peliharalah kami dari fitnah agar kami tidak meragui-Mu ya Allah.

Wallahualam.


Changloon
1630
01/02/2014


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif