Welcome To My Life...

Friday, February 7, 2014

Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualaikum.

Sungguh aku hanya hamba-Nya yang lemah. Mengharap secebis kekuatan dari Allah.

Hari ini dalam sejarah. Kereta yang aku pandu tercalar sekali gus mencalarkan rekod pemanduan aku yang bersih sejak aku mula memandu. Perkara ini tak pernah berlaku. Ini adalah kejadian pertama yang merentap semangat aku.

Aku menulis bukan kerna menafikan yang aku bersalah. Aku menulis kerna aku dihina tanpa diberikan sebarang ruang untuk pembelaan. Kalau dalam mahkamah, aku boleh dibicarakan. Tapi dalam kezaliman dunia, aku langsung tak berpeluang untuk menceritakan peristiwa dari sudut pandang aku. Aku diherdik seperti aku pendosa yang telah membunuh jutaan nyawa. Sedangkan yang tercalar hanya kereta.


Pertama, penjelasan bahawa aku 'hilang fokus' tak diterima. Ketika itu aku sedang mendengar arahan "bawak perlahan" dan aku tak sedar kereta hijau itu tidak lurus. Benda memang nak jadi. Aku tak tahu apa yang berlaku ketika itu. Aku hilang konsentrasi. Di situ salah aku. Kereta hijau itu pegun, dalam keadaan berhenti untuk memberi laluan di jalan yang sempit.

Walau sebanyak mana pengalaman pemandu, 'hilang fokus' akan mengakibatkan kecelakaan. Menjadi punca banyak kemalangan. Aku 'hilang fokus' hanya sesaat. Tapi cukup untuk mencalarkan kereta. Itu memang salah aku.

Tapi untuk mencabar kompetensi aku dengan mengatakan aku masih tak pandai mengagak sangat tidak wajar dan menjadi satu penghinaan. Ini bukan kali pertama aku memandu dan ini adalah kejadian pertama yang berlaku. Tak pernah dalam sejarah pemanduan aku ada titik hitam.

Untuk mengatakan aku tak pandai memandu di laluan sempit, sudah berpuluh kali aku memandu di kawasan sekolah dengan kereta yang bersimpang-siur. Tak pernah walau SEKALI aku tersentuh mana-mana kenderaan. Hari ini bukan kali pertama aku memandu di jalan yang sempit begitu.

Tuduhan bahawa aku tak jaga kereta ibu bapa aku juga sangat menghinakan. Aku sentiasa berhati-hati. Kalau aku cuai, sudah berkali-kali aku terlibat dalam kemalangan. Tak pernah ada niat nak susahkan umi dan ayah. Tak pernah terdetik nak lepas tangan dan biar umi ayah bayar kerosakan yang aku buat. Tak pernah terlintas di fikiran.

Benda dah nak jadi. Banyak faktor yang menyebabkan kejadian tu berlaku. Termasuk kereta hijau tu yang tak meluruskan kenderaan walaupun aku dah bergerak.

Telinga mana yang tak panas bila kompetensi dicabar sepanjang perjalanan. Hati mana yang tak terbakar bila dihina tanpa henti. Hanya satu kalimah yang membasahi bibir "لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِالّهِ

La haula wa la quwwata illa billah. (Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata).

Allah yang menghadirkan ujian ini untuk menguji kesabaran hati. Maka ketabahan dari-Nya yang aku pohon dalam sujudku.

Hanya di medium ini aku dapat menjawab segala tuduhan kerna ini medium ekslusif aku. Bila suaraku tak didengari, tangisku hanya pada Ilahi. 

Sorry, blame it on me.


Changloon
1020
07/01/2014


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif