Welcome To My Life...

Monday, December 31, 2012

Satu


Satu.. satu.. err. bukan satu Malaysia. 

Esok tahun baru. Okey, makin besar ni makin malas nak peduli pasal tahun baru Masihi. Masa laju sangat. Rasa macam setahun berlalu terlalu pantas. 

Esok cuti. Lusa adik aku yang bongsu akan masuk darjah satu. 


Nursyahed Natif a.k.a Atip a.k.a Comel pada hari orientasi. Di hadapan sekolah yang melahirkan aku. Moga sekolah yang sama dapat membentuk Atip menjadi legenda Sintok. Ceceyy.


Beza 13 tahun. Tengok, paras pinggang saja. Aku rasa budak moden makin kecik. *sigh

Atip ni macam baru empat tahun. Aku pun tak percaya dia dah masuk sekolah rendah. Mungkin sebab dia suka cakap umur dia empat tahun walaupun dia baru berusia dua tahun satu ketika dulu. Memori.

Apa pun, aku doakan Atip akan menurut jejak aku di INTEC. Jadi budak baik ye adik. 











p sepak s : Teringat kenangan lama..


Sunday, December 30, 2012

Photoshop Everywhere


Adik aku dah habis SPM. Memandangkan dia takde kerja, aku suruh dia tolong edit gambar aku dengan Adobe Photoshop CS6. Yelah kan, dia pernah pergi kursus edit gambar semua ni.

Hasilnya? 


Aku suka yang ni. Aku dan Atip (adik bongsu) bersinar gitu. 


Serabut sikit. Tapi inilah seni kan? 

 
Adik aku kata ni efek tikar. Walaupun aku tak nampak mana tikar, cantik jugak. Tikar pun tikar lah...


Arrr. Apa dah jadi dengan gambar aku.


Malas sangat budak ni nak edit satu demi satu. Nah, tiga dalam satu!


Okeyh, awesome

Photoshop, photoshop everywhere!











p palang s : Cun...


Tuesday, December 25, 2012

Hampir Sangat


Hampir sangat. Begitu dekat. Nyaris sekali. Dan segala perkataan yang sama waktu dengannya. 

Aku nyaris kemalangan ketika memandu pulang dari kampung halaman. Aku dalam perjalanan pulang ke Changlun (Kedah) dari Kota Tinggi (Johor) ketika ayah aku akhirnya membenarkan aku untuk memandu di lebuh raya kerana dia mengantuk. Ya, ini kali pertama aku memandu di jalan yang sibuk dan berliku.

Tak salah aku, ketika itu di Perak. Selepas terowong. 


Kereta biru dengan pangkah jingga tu kereta aku. Kereta merah di depan tu sangat pelan nak mampus macam kura-kura. Mungkin tuk kura lebih laju dari pemandu kereta berkenaan. Aku nak memotong kerana bengang dengan keperlahanan yang sangat melampau. Aku biarkan kereta hijau tu berlalu terlebih dahulu.

Aku tak perasan langsung kehadiran kereta merah jambu di belakang kereta hijau. Jangan tanya kenapa aku tak sedar. Mungkin pandangan aku dilindungi sementara. Sebaik saja aku melintas garis putus-putus, mujurlah... ya mujur sekali aku melihat cermin pandang sisi untuk memeriksa buat kali terakhir jika ada kereta di belakang.

Syukurlah, Allah membuka penglihatan aku yang dilindungi sebelum tu. Aku melihat kereta Mercedes sedang memecut begitu tersangat amat laju dan sedang bersedia untuk menghentam belakang kereta aku. Aku berjaya masuk semula ke sebelah kiri jalan dengan mendapat hadiah hon dari pemandu terbabit. Salah aku. 

Aku terselamat. Berkat doa yang aku baca sebelum mula memandu. Dengan izin Allah, aku masih dapat menaip entri untuk blog Lelaki Dari Marikh. Jika tidak, mungkin blog ini akan tinggal bersawang tanpa diketahui ke mana pemiliknya menghilang. 

Moral of the story, jangan mudah hilang sabar seperti aku. Nak sangat potong kereta kura-kura, aku yang hampir jadi mangsa. Kedua, memandulah dengan berhemah. Ingat orang yang tersayang. Anda mampu mengubahnya.

Nota kaki: Warna-warna kereta sekadar untuk membezakan dan memudahkan pembaca. Tidak ada kaitan dengan warna sebenar kenderaan yang terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab teknikal. 

Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk bernafas. Kepada Dia aku memanjatkan kesyukuran.











p sepak s : Fuhhh..

Wednesday, December 19, 2012

WW #41 : Mungkinkah Terjadi?



Tolong TEKAN SINI.
Hanya dua saat. :)

Monday, December 17, 2012

Adrenalin


Bila adrenalin mengalir, tak terasa sakit mengukir.

Feeling the pain only after the game; always the case.

Aku tak tau lar korang. Tapi aku selalu macam ni. Bila bersukan, tak terasa sakitnya ketika sedang bermain. Sebaik tamat, mula sakit mencengkam. Mengikut sains, adrenalin yang mengalir ketika kita sedang begitu seronok membuatkan pedih pun diabaikan. 

Tak teruk sangat, tapi masih 'ouch'.


Inilah bahana main futsal tak pakai kasut. Salah sendiri. Tak dapat lar aku nak salahkan padang atau orang lain. Sape suruh main tak pakai kasut? Err.. aaaa.. boleh tak skip soalan tu?


Arrrr... insaf dah. Lepas ni konpem aku pakai kasut bila nak main futsal. Memang rasa sakit bila nak melangkah dalam padang tu. Tapi, minda aku macam berbisik 'forget it, play on'. 


Boleh tak nak salahkan adrenalin? Cehh. Hormon jugak jadi mangsa. Biarlah sakit ni menjadi kaffarah dosa aku. Aku yang berdosa. Macam lagu Shahir pulak. 

Moral of the story, pakailah kasut di luar rumah. Jangan pakai kasut dalam rumah. Don't try this at home. Aksi ini telah diluluskan tayangan oleh FINAS. Peace no war.











p peluk s : Sakit oiii..


Kurang Ajar


Ini memang aku geram. Memang kurang ajar sangat. Nampak sangat kurang diajar. Cis, cas, cus. Puii (sekadar efek khas).

Nah, tengok sendiri. Korang nilaikan.


Kredit gambar: Kepala Hotak Kamu

Kalau dia bukan Islam, tak ada masalah. Kalau dia menganut agama Islam, masalah besar yang perlu dirunsingkan oleh pemimpin.

Sama ada ibu bapa tak bagi didikan agama? Atau ketandusan kasih sayang?

Mungkinkah mahukan perhatian? Atau nak pelempang lima ribu kali?

Inilah akibatnya bila hukum Allah tak dilaksanakan. Orang murtad perlu dibunuh. Kerana mempersendakan agama. Hukum Allah tak relevan? Meh sini aku nak bagi kau pengajaran yang takkan kau lupakan.














p sepak s : Budak tu kena mengucap..


Friday, December 14, 2012

Wajib Adil


Pengadil mesti lar adil. Kalau tak adil, jangan jadi pengadil. Jadi penidakadil. Eh, apa benda alah tu? *sigh

Sekarang, rakyat Malaysia sangat anti dengan Lee Min-Hu. Dengar je nama pengadil K-Pop muka taiko gangster tu dah cukup untuk buat penumbuk kita dikepal. Macam kawan aku cakap semalam, "lintas je pintu sempadan Siam, bersepai Taiko Lee". Jangan dia ingat dia muka gangster kita takut nak jentik telinga.

Aku sangkakan aku sorang je sedar pengadil tu sangat lar tidak adil lagi berat sebelah pengadilannya. Hari ni hampir semua akhbar di Malaysia menceritakan kisah pengadil tak kacak yang menjadi femes secara mengejut. 

Aku tak main lar cakap kosong ni. Nah bukti!


Sumber: Utusan

Sememangnya kad kuning kedua sangat tidak wajar. Kad kuning pertama pula lagi tidak sepatutnya diberikan. Kekasaran Fadhli Shas adalah yang pertama dan seharusnya dia hanya diberikan amaran lisan. Itu peraturan #1 yang dilupakan oleh pengadil yang sangat tegas. Mungkin cuba meyakinkan kita bahawa dia sangat gangster dengan ketegasan tanpa kompromi.



Kita semua sedar, Datsakorn (jersi nombor 7 Thailand) terlebih dulu melakukan provokasi. Pengadil tak nampak hakikat tersebut. Sepatunya hanya Datsakorn menerima kad kuning. *sigh


Dosa seterusnya dari pengadil Korea yang mabuk tomyam adalah kegagalan melayangkan kad kuning kedua untuk Phichitphong. Aku sedar situasi ni semalam. Kaki diangkat terlalu tinggi dan membahayakan Baddrol Bakhtiar. Ketika itu pemain dengan rambut bajet stailo dari Thailand tersebut sudah menerima kad kuning. Satu lagi dan 10 vs 10. Kalau Fadhli kena, Phichitphong WAJIB kena.


Sumber: The Star

Banyak keputusan yang boleh dipertikaikan. Setiap perebutan bola di udara pasti wisel dibunyikan. Pemain Thailand langsung tak ada usaha untuk melompat. Pemain Malaysia yang melompat terpaksa melanggar pemain Thailand. Beberapa kali pula pemain Thailand yang kasar terlepas daripada hukuman. Dem!


Sumber: The Star

Tak cukup cara kasar (bagi padang tadika untuk latihan), kemungkinan Thailand juga guna cara halus (bomoh Siam). Haha, inilah teori konspirasi. Gary yang bermain baik dalam separuh akhir pertama di Bukit Jalil, tidak dapat diturunkan. Bagaimana jika Gary ada?

Itu semua hanya 'jika' dan 'kalau'. Walaupun Thailand bermain lebih baik di tempat sendiri semalam, situasi pasti berbeza jika 11 vs 11 (Fadhli tidak dibuang padang) atau 10 vs 10 (Phichitphong juga dibuang padang) atau 11 vs 10 menyebelahi Malaysia (Fadhli tak wajar dapat kad merah, Phichitphong sangat wajar). Kalaupun tidak 100% kekalahan Malaysia berpunca daripada ketidakadilan pengadil Korea, mungkin 70%.

Kad merah kepada Fadhli Shas memang sangat memberi kesan. Dia adalah tonggak pertahanan sejak tiga tahun lepas. Kita sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana mempersiakan peluang yang turut kita miliki (di Bukit Jalil sebagai contoh). Faktor tiada rezeki dan tuah tidak menyebelahi juga memainkan peranan.

Jangan lupa, kita penyandang juara Sukan SEA (2009 & 2011). Lupakan apa yang telah berlaku, dan tumpukan kepada permainan kita sendiri, supaya ketidakadilan pengadil pun tidak mampu menghalang kemaraan Harimau Malaya.













p sepak s : Somtam punya pengadil...


Make Me Proud


Selepas duka, pasti ada ceria. Walaupun kepentingan perlawanan diorang tak sehebat mana, kemenangan beregu lelaki negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong sekurang-kurangnya menebus kehampaan skuad bola sepak yang ditomyamkan 2-0 dengan bantuan pengadil muka gangster dari Korea.

I do enjoy their win as much as i enjoy Malaysian football team's win over Indonesia (in group stage). Satu rasa yang tidak dapat diungkapkan. Indah. Sangat manis.

Melihat kegarangan aksi KKK-TBH mengembalikan semula memori enam tahun lalu. Ya, Sukan Asia 2006 di Doha. Pingat emas beregu lelaki badminton. Dan kemudiannya, kejuaraan All England 2007. Selepas itu, diorang mula sirna. Kini, beregu platinum kita sudah kembali.

Semalam kalah kepada Cai Yun dan Fu Haifeng (beregu China). Aku tak tengok game tu. Selepas kekalahan pasukan bola sepak, aku sambung layan badminton. Mujur diorang menang. Walaupun berhempas pulas tiga set, akhirnya kepuasan Koo dan Tan di gelanggang menyamai kepuasan aku depan televisyen.

Mana boleh tak puas. Mathias Boe dan Carsten Mogensen (beregu Denmark) adalah jaguh beregu lelaki dan pasangan nombor satu dunia ketika ini. Siapa nombor dua? Sudah tentu pilihan utama, Koo dan Tan kebanggaan kita semua. 

Esok, beregu Denmark perlu mengatasi beregu China dalam 'Kumpulan Maut' ni. Kemenangan 21-19, 15-21, dan 21-18 tadi memang mendebarkan. Dua pasangan hebat berlaga, satu harus kecewa. Dan senyuman untuk Malaysia. 












p sepak s : They are back..


Thursday, December 13, 2012

Chance Not Taken


We rue the chances not taken

Yeah, no doubt Thailand played dirty. Kindergarten field for Malaysia to train and Korean ref that was obviously unfair. Is that the service that Malaysia deserved? 

Tonight scoreline is Thailand 2-0 Malaysia, and aggregate Thailand 3-1 Malaysia. But it should be a different story had Fadhli Shas not been sent off by the Gangnam referee.

Malaysia kalah bermaruah. Kita melawan sehingga wisel penamat. Tiada gentar. Bagi aku, bukan memberi alasan atau cuba mencari salah lawan, pengadil memang berat sebelah. Sepanjang perlawanan, rakyat Malaysia marahkan pengadil (termasuk aku).

Pertama, kad merah untuk Fadhli Shas. Sudahlah kad kuning untuk Datsakorn (jersi nombor 7 Thailand) dan Fadhli tidak wajar, kad kuning pertama untuk Fadhli juga tidak sepatutnya berlaku kerana itu kesalahan pertama (minit ke-11). Terlalu tegas mungkin pengadil K-Pop berwajah gangster tersebut. 

Kedua, setiap perebutan bola di udara menjadi salah pemain Malaysia untuk merebut. Setiap kali pemain Malaysia melompat, wisel dibunyikan. Walaupun sesekali pemain Malaysia mencabar dari belakang, ada ketikanya juga bola direbut dengan bersih. Sedar atau tidak, pemain Thailand tidak melompat langsung, hanya menanti untuk dikasari. 

Lupakan pengadil yang mabuk tomyam dan padang tadika yang dipinjamkan untuk latihan skuad Malaysia, selebihnya salah pemain kita sendiri. Ya, walaupun beraksi kurang seorang pemain... eh, kurang dua orang. Pengadil boleh dianggap pemain ke-12 Thailand kerana terkena jampi bomoh Siam.

Meskipun Thailand memiliki kelebihan, sudah banyak kali berlaku dalam sejarah, pasukan dengan kekurangan pemain juga boleh menang. Lalu di mana silapnya pemain Malaysia? Mentaliti. Kita tidak cukup yakin bahawa kita mampu melakukannya. Penetrasi tidak menggerunkan tanpa Wan Zack Haikal.

Hari ini bukan milik kita. Tapi jangan kita lupa separuh akhir berformat timbal balas. Separuh akhir pertama di Bukit Jalil, kita menguasai permainan. Seharusnya kita menang bergaya dan tidak melepaskan 'gol-di-tempat-lawan' untuk Thailand. SEHARUSNYA, bukan 1-1, tapi 4-1. Safee Sali menanduk tepat kepada penjaga gol lawan dan Azamuddin Akil melepaskan peluang terhidang di depan gawang. Jangan kita lupa.

Konklusinya, tak ada rezeki. Shame on ref. I blame him










p sepak s : Malaysia 'menang'..


Wednesday, December 12, 2012

WW #40: Senyumlah


Tolong TEKAN SINI.
Trimasss ^_^

12.12.12 
Comel je tarikh, 100 tahun lagi datang balik ye.

Senyumlah sayang senyumlah jangan kau bersedih-sedih selalu
Kerana ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku

Senyumlah seperti kita tak pernah terluka.


Senyumlah seperti esok tidak menjanjikan duka.



WW #39: Red Capital


Tolong TEKAN SINI.
Thankyouu...

Apabila wira beraksi..


Dunia menjadi saksi..


Pertarungan minda dan wang..


Yang pintar berhak menang..


Hingga musuh mula berang..



Sunday, December 9, 2012

Yang Mana Satu?


Ah, malam ni aku ada pemilihan yang berat untuk dilakukan. Satu antara dua. Kedua-duanya penting bagi aku. Ceh, bukan nak pilih calon isteri. Tak sampai masa lagi nie haaa. Eh, yang lebih penting, calon ada ke? Harhar. Lelaki Dari Marikh.... berangan je...

Okey, straight to the destination.. Aku tengah delima nak pilih. Memang typo yang disengajakan untuk menguji ketajaman pemerhatian korang. Actual word, DILEMA. Ada dua perlawanan bola sepak malam ni. Satu melibatkan tanah air aku yang tercinta, Malaysia vs Thailand, semi-final Piala AFF Suzuki 2012. 

Satu lagi pula melibatkan kelab kesayangan aku, Manchester United vs Manchester City, pertemuan setempat Liga Perdana Inggeris. Nasib baiklah perlawanan Malaysia bermula jam 8 malam kerana pertembungan dua kelab di puncak Liga Perdana Inggeris hanya akan bermula jam 9.30 malam.

Tetapi ada sedikit masa antara kedua-dua perlawanan yang masih akan bertindih. Yang mana satu pilihan kalbu? Malaysia atau United? Nasib baik ada remote Astro. Hoyeahh. Memudahkan pilihan. Tukar-tukar lah. Mesti laki yang penting dalam hidup korang pun sedang mengalami dilema yang tak berapa dilema ni. Eh, wanita pun nak dilema jugak? Pun boleh...


Alhamdulillah, entri yang korang baca ni adalah entri aku yang ke-300 untuk tahun ni dan entri ke-600 untuk diari maya aku. Masih tak seproduktif abang Bem. Takpe lah. Bukan femes macam beliau. Kita blogger picisan je. Menulis suka-suka. Menulis bila ada masa.

Tahniah kepada diri sendiri. Ceh. Orang lain dah beribu entri. Ni semua kerana sikap malas yang menular dalam diri. Tengok, lantai yang disalahkan bila tak pandai menari. Marilah memberi sokongan padu kepada skuad Malaysia yang kita kasihi. Doakan kejayaan diorang malam ni.

Malaysia Boleh!!!












p sepak s : Mat Yo tolong lah skor...



Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif