Kemain pelik lagi tajuk tu. Bukan aku cakap "Ya, ambillah". Tajuknya memang ya-ambil. Ia bukan sejenis permainan, dan bukan nama orang dari Mongolia. Aku pilih tajuk bersebab. Aku tak suka tajuk yang panjang. Dan aku tak suka menipu tajuk untuk menarik perhatian. Bagi aku, menipu tajuk tetap satu penipuan.
Ya-ambil? Direct English translation: O-pick. Buktinya.. Ya Allah, dalam bahasa omputeh adalah O Allah. Yeah, memang aku nak cakap pasal Opick. Atau nama penuhnya Aunur Rofiq Lil Firdaus, sorang pembikin lagu keagamaan dari negara seberang.
Mungkin suaranya yang menangkap. Atau melodi yang sungguh mengasyikkan. Mula-mula satu. Kemudian, dua. Dan seterusnya, satu demi satu lagu Opick memukau aku. Gabungan muzik, lirik, dan suara yang mantap. Kombinasi yang luar biasa. Oh ya, Opick suka 'tarik' kat some parts and cara dia 'tarik' tu yang aku suka. Suara yang sungguh merdu.
Meh aku kongsi sikit bahagian lirik lagu-lagu Opick yang aku suka.
Apabila kita telah melakukan maksiat dengan begitu banyak, mohonlah hidayah dari Allah. Sesungguhnya Dia memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
BUKA MATA BUKA HATI
Gila tanpa cahaya-Mu
Gelap seluruh hidupku
Tak berdaya tak berarti sia-sia
Kalau selalu terluka pulak, ingatlah tak ada luka yang kekal selamanya. Suka dan duka silih berganti.
TIADA LUKA YANG ABADI
Waktu berputar rembulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
CAHAYA HATI
Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Seterusnya, lagu yang mengingatkan kita bahawa dunia ini sementara. Kita terlalu leka menikmati dunia. Hingga lupa negeri abadi? Bagaimana apabila waktu berakhir nanti?
BILA WAKTU TLAH BERAKHIR
Bila waktu tlah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu tlah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi
Dan, satu lagi lagu yang ada banyak versi. Nyanyian Opick sendiri. Nyanyian Dato' Siti Nurhaliza dan lagu duet diorang. Aku prefer lagu duet Opick dan Siti. Paduan suara yang harmoni. OST Perempuan Berkalung Serban.
KETIKA CINTA
Rindu, rindu, rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Aku suka jugak lagu 'Takdir' yang Opick dendangkan bersama Melly Goeslow. Sweet gitu.
TAKDIR
Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah
OST Muallaf pun best. Aku suka part asmaul husna tu. Sambil memberi makanan telinga, kita mengingati nama-nama Allah.
DENGAN MU AKU HIDUP
Allahurrahman Allahurrahim
Allahul malikul kuddusussalam
Allahul mukmin allahul muhaymin
Allahul azzizul jabbarul muttaqabbir
Next, lagu feberet aku tentang hati kita yang rapuh dan tak setia mencintai Ilahi. Turut diminati oleh Chemay. Hoho.
RAPUH
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintai-Mu
Dalam dada ku harap hanya
Diri-Mu yang bertakhta
Dah habis? Belum lagi. Ada jugak lagu yang menampilkan Fira FLO. Gandingan suara diorang pun mantap. Macam mana andai waktu memanggilmu?
ANDAI WAKTU MEMANGGIL
Tangan ini hati ini
Hari-hari berlalu 'kan jadi saksi-Mu
Dan tak bisa ku sembunyi
Suka duka nestapa tiada hati bisa berdusta
Dan last yang aku nak kongsikan, OST Manohara. Opick ft. Amanda. Pandai betul Opick pilih. Suara duet yang masuk dengan dia. Merdu. Harmoni. Very nice.
MAHA MELIHAT
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
Pada-Mu hati bertobat
Aku suka lagu ketuhanan dari Opick. Setiap kali dengar lagu Opick, ia mengingatkan aku kepada Allah. Bahawa Allah itu Maha Melihat, Allah tu cahaya hati kita. Hati kita sering rapuh mencintai Dia. Sedarlah, dengan Dia kita hidup.
Bagaimana andai waktu memanggil dan bila waktu tlah berakhir? Jika kita bersedih, ingatlah tiada luka yang abadi. Janganlah menyesali takdir. "Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah". Feberet aku Maha Melihat, Rapuh, dan Cahaya Hati.
Yang lain pun worth your time. Memang tak rugi lar masa korang. Trust me. Cubalah dengar Ya-Ambil. Pasti korang akan ingat Pencipta.
p peluk s : Opick, all-time great..
No comments:
Post a Comment