Sunday, December 2, 2012

Baham Garuda

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, seperti yang kita semua tahu, skuad bola sepak kebanggaan kita melangkah bergaya ke separuh akhir Piala AFF Suzuki. Tahniah Harimau Malaya. Skrip yang sama ketika menjuarai kejohanan ini dua tahun lalu. Kalah perlawanan pembukaan, dan bangkit garang, segagah harimau. Mungkinkah cerita sama berulang? Hanya Allah yang tahu rahsia-Nya.

Malaysia 2-0 Indonesia.

Kemenangan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi tambah manis kerana kemenangan itu menentang negara jiran kita yang kerap bising. Menuduh tak tentu hala. Lebih banyak bercakap. Syukurlah pemain kita melakukan apa yang patut, mendiamkan diorang. Ingat final timbal balas dua tahun lepas? Dan semalam, tiada apa yang berubah.

Harimau sekali lagi membaham. Garuda kembali dijinakkan. Malaysia mengajar sesuatu kepada Indonesia. Belajarlah daripada sejarah. Apakah kisah dua tahun lalu tidak cukup dihayati bahawa kekalahan perlawanan pertama hanyalah psikologi dan fantasi?


Aku dalam perjalanan sepanjang babak pertama semalam. Jadi aku tak tengok kedua-dua jaringan Harimau Malaya. Aku hanya dimaklumkan oleh adik aku menerusi SMS. Bila aku sampai, separuh masa kedua baru bermula. Dan tiada tambahan jaringan lagi. Frust aku.

Apa pun, tahniah buat Alex a.k.a Azamuddin Akil dan Mahali Jasuli yang menjaringkan dua gol penting tersebut. Pujian juga untuk Wan Zack Haikal yang melorongkan bola cantik kepada Mahali untuk gol kedua. Aku suka permainan Wan Zack dan Mahali ketika ini. Diorang berdua antara pemain sebelah kanan terbaik Malaysia buat tempoh masa sekarang. 

Mahali bagi aku adalah antara bek kanan Malaysia terbaik yang pernah aku saksikan. Mahali mempunyai hantaran lintang yang baik. Aku harap Thailand akan terpukau melihat aksi Wan Zack dan Mahali nanti. Pada masa yang sama, aku juga mengharapkan S. Kunanlan dan Shakir Shaari sempat pulih daripada kecederaan. Begitu juga harapan Safee Sali kembali menemui sentuhan dalam tempoh seminggu ini.

Sama-sama kita doakan. Majulah harimau demi negara. Gajah Putih? Kita sapu bersih...












p tendang s : Malaysia kan boleh...


4 comments:

Syazana Zainn said...

safee sali dgn mat yo asyik kene kepung, so dorg jd umpan utk indon. so indon leka asyik dok jaga mereka dua ni terlupa nak jaga org lain

so alex/mahali/wan zack bleh amek peluang utk jaringkan gol :)


p/s: ckp mcm reti ngulas sukan jek.hahaha
eh nnt tlong report page indon bodoh tu k :D

Ayumi Comot said...

wah...dah macam pengulas bola sepak yang berjaya:)

nik ros said...

harap2 pemain kita akan buat yg terbaik menentang thailand nnt tu :)

frust bila Shakir Shaari cedera masa lwn indonesia aritu.harap cepat sembuh la :)

M Fizan said...

@Syazana Zainn dah beres, sis. mujurlah kita ada banyak player yang boleh skor :D

@Ayumi Comot yeke? thanksyouu :D

@nik ros in shaa Allah sempat sembuh. thailand gerun kalau shakir ada :D

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif