Welcome To My Life...

Wednesday, December 17, 2014

War of the Money

Assalamualaikum.

Majlis undian berlangsung pada 15 Disember 2014 di Switzerland. Juara kumpulan tidak bertemu sesama sendiri. Pemenang kumpulan dan naib juara kumpulan lain dari negara sama juga tidak akan bertembung dalam pusingan kedua ini.

Keputusan penuh adalah seperti berikut:

Paris Saint-Germain (Perancis) vs Chelsea (England)
Shakhtar Donetsk (Ukraine) vs Bayern Munich (Jerman)
Basel (Switzerland) vs Porto (Portugal)
Schalke 04 (Jerman) vs Real Madrid (Sepanyol)
Juventus (Itali) vs Borussia Dortmund (Jerman)
Manchester City (England) vs Barcelona (Sepanyol)
Arsenal (England) vs Monaco (Perancis)
Bayer Leverkusen (Jerman) vs Atletico Madrid (Sepanyol)

Naib juara kumpulan akan bermain perlawanan pertama di tempat sendiri sebelum bertandang ke gelanggang pemenang kumpulan dalam perlawanan kedua. Pusingan kalah mati ini berformat timbal balas.

Dua perlawanan tumpuan adalah PSG vs Chelsea, dan Manchester City vs Barca. Dua pasukan kaya-raya akan bertembung apabila pasukan dari ibu kota Perancis (Paris) berdepan pasukan dari ibu negara England (London). Satu pasukan mesti tersungkur dalam Peperangan Wang. Real Madrid mungkin boleh dikira mendapat lawan mudah dalam laluan mempertahankan kejuaraan.

Persoalan pasukan mana yang akan layak ke peringkat lapan terbaik (suku akhir) hanya akan terjawab selepas dua perlawanan pada bulan Februari dan Mac 2015. Buat ketika ini, penyokong setiap pasukan masih boleh berkira-kira peluang pasukan kegemaran untuk melangkah jauh. 





Lengkap

Assalamualaikum.

Matchday 6.

Lengkap sudah senarai 16 pasukan yang mara ke pusingan kalah mati. Pemenang dan naib juara setiap kumpulan akan berentap. Pasukan di tangga ketiga setiap kumpulan memasuki undian Liga Europa secara automatik.

----------------------

KUMPULAN A

Olympiacos 4-2 Malmo
[David Fuster (1), Alejandro Dominguez (1), Kostas Mitroglou (1), Ibrahim Afellay (1) | Simon Kroon (1), Markus Rosenberg (1)]

Juventus 0-0 Atletico

Kedudukan: Atletico 13; Juventus 10; Olympiacos 9; Malmo 3

-----------------------

KUMPULAN B

Liverpool 1-1 Basel
[Steven Gerrard (1) | Fabian Frei (1)]

Real Madrid 4-0 Ludogorets
[Cristiano Ronaldo (1), Gareth Bale (1), Alvaro Arbeloa (1), Alvaro Medran (1)]

Kedudukan: Real 18; Basel 7; Liverpool 5; Ludogorets 4

-----------------------------   

KUMPULAN C

Monaco 2-0 Zenit
[Aymen Abdennour (1), Fabinho (1)]

Benfica 0-0 Leverkusen

Kedudukan: Monaco 11; Leverkusen 10; Zenit 7; Benfica 5

----------------------------------

KUMPULAN D

Galatasaray 1-4 Arsenal
[Wesley Sneijder (1) | Lukas Podolski (2), Aaron Ramsey (2)]

Dortmund 1-1 Anderlecht
[Ciro Immobile (1) | Aleksandar Mitrovic (1)]

Kedudukan: Dortmund 13; Arsenal 13; Anderlecht 6; Galatasaray 1

-----------------------------------------

 KUMPULAN E

Roma 0-2 Manchester City
[Samir Nasri (1), Pablo Zabaleta (1)]

Bayern 3-0 CSKA Moscow
[Thomas Muller (1), Sebastian Rode (1), Mario Gotze (1)]

Kedudukan: Bayern 15; City 8; Roma 5; CSKA 5

--------------------------------------

 KUMPULAN F

Barcelona 3-1 PSG
[Lionel Messi (1), Neymar (1), Luis Suarez (1) | Zlatan Ibrahimovic (1)]

Ajax 4-0 APOEL
[Lasse Schone (2), Davy Klaassen (1), Arkadiusz Milik (1)]

Kedudukan: Barcelona 15; PSG 13; Ajax 5; APOEL 1

----------------------------------

KUMPULAN G

Chelsea 3-1 Sporting
[Cesc Fabregas (1), Andre Schurrle (1), John Obi Mikel (1) | Jonathan Silva (1)]

Maribor 0-1 Schalke
[Max Meyer (1)]

Kedudukan: Chelsea 14; Schalke 8; Sporting 7; Maribor 3

-----------------------------------

KUMPULAN H

Porto 1-1 Shakhtar
[Vincent Aboubakar (1) | Taras Stepanenko (1)]

Athletic 2-0 BATE
[Mikel San Jose (1), Markel Susaeta (1)]

Kedudukan: Porto 14; Shakhtar 9; Athletic 7; BATE 3

-------------------------------------

Enam belas pasukan akan bersaing dalam pusingan kalah mati dengan format timbal balas. Pemenang setiap kumpulan tak akan diundi bertemu sesama sendiri dalam pusingan kedua ini. Pemenang-pemenang kumpulan akan menentang pasukan-pasukan di tangga kedua tetapi tak akan bertemu pasukan dari negara yang sama. Itu peraturan untuk pusingan ini sahaja. Dalam Kumpulan B, Real Madrid menjadi pemenang kumpulan dengan jurang terbesar, terpisah 11 mata dengan naib juara kumpulan. Pemenang dan naib juara Kumpulan D pula berkongsi mata, hanya dipisahkan peraturan lain.

Bundesliga (Jerman) memiliki wakil terbanyak dengan semua empat pasukan mara dari peringkat kumpulan. EPL (England) dan La Liga (Sepanyol) masing-masing dengan tiga wakil. Ligue 1 (Perancis) akan diwakili dua pasukan. Empat lagi pasukan masing-masing dari Itali, Switzerland, Portugal, dan Ukraine melengkapkan enam belas pasukan untuk musim ini.


Sunday, November 30, 2014

Ceria 2

Assalamualaikum.

Bahagian 2.

----------------------------------
MANCHESTER UNITED 3-0 HULL CITY


Pasukan kegemaran aku sejak kecil, Manchester United, beraksi di gelanggang sendiri. Theatre of Dreams, Old Trafford. Pengurus Louis Van Gaal berdepan krisis kecederaan terutama di barisan pertahanan dengan kehilangan beberapa pemain utama. Barisan yang diturunkan masih kuat. Formasi 3-5-2. David De Gea; Chris Smalling, Michael Carrick, Marcos Rojo; Antonio Valencia, Marouane Fellaini, Juan Mata, Angel Di Maria, Ashley Young; Wayne Rooney, Robin Van Persie.

Valencia dan Young beraksi di bahagian sayap. Fellaini dan Di Maria mengawal jentera tengah dengan Mata beraksi di belakang gandingan penggempur berkembar Rooney-RVP. United bernasib baik untuk menang dalam perlawanan menentang Arsenal sebelum ini walaupun pihak lawan menguasai permainan. Namun United mendominasi perlawanan menentang Hull dari sepak mula sehingga wisel terakhir.

Serangan bertali arus dilancarkan ke kubu lawan dan hanya masa yang menentukan bila masanya gawang Hull akan dibocori. Masalah kecederaan pemain United bertambaha apabila Di Maria berhenti berlari dan memegang pahanya ketika permainan belum pun mencecah usia 20 minit. Namun penggantinya, Ander Herrera tak mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri dengan tempo permainan.

United mendapat gol pendahuluan selepas sepakan penjuru Rooney menimbulkan keadaan kacau bilau di depan gawang Hull. Bola gagal dikeluarkan dan penjaga gol menolak bola tepat kepada Smalling yang menyepak. Penjaga gol cuba menahan. Pengadil melihat jam tangannya untuk mendapatkan kepastian dan teknologi garisan gol mengesahkan sepakan Smalling telah melepasi garisan. Kali pertama United mendapat manfaat daripada teknologi baru ini.

Malam tadi aku dapat menonton perlawanan live streaming tanpa tersekat-sekat. Kali pertama sejak sekian lama. Aku dapat menikmati permainan cantik dan kemas para pemain United. Mereka bertukar-tukar hantaran dan sabar membina serangan. Gol kedua United sangat menarik. Mata melakukan hantaran lambung yang ditanduk Herrera kepada Van Persie. Bola dihantar kepada Rooney yang melencongkan bola ke penjuru bawah untuk meneruskan prestasi cemerlang di peringkat kelab dan antarabangsa.

Sebelum itu Robin Van Persie mempunyai peluang untuk menjaringkan gol tetapi sepakannya tepat kepada penjaga gol. Namun Van Persie gagal disekat untuk menjaringkan gol ketiga apabila Herrera merampas bola di kawasan lawan sebelum melorongkan kepada rakan sepasukannya. Van Persie membawa bola ke kaki kirinya sebelum merembat kencang dari luar kotak penalti ke penjuru atas dan mengangkat tangannya tanda puas hati. Van Persie dikritik hebat dan dikatakan aksinya dalam pemerhatian. Gol itu membuktikan dia masih berbisa dan berharga.

Manchester United mencatat kemenangan liga ketiga berturut-turut untuk kekal dalam kelompok empat pasukan terbaik. Mereka perlu sekurang-kurangnya mengekalkan kedudukan itu untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan. Aksi malam tadi adalah yang terbaik ditampilkan pasukan bimbingan Van Gaal musim ini. United perlu mengatasi Stoke dalam perlawanan pertengahan minggu sebelum menghadapi pasukan tangga kedua Southampton hujung minggu nanti.

Para pemain United mula menampakkan keserasian. Walaupun berdepan senarai panjang pemain yang cedera, Van Gaal berjaya membentuk satu pasukan yang masih kuat dibarisi bintang-bintang berkelas dunia. Apabila Ander Herrera dan Adnan Januzaj hanya memanaskan bangku simpanan, semua pasti tahu betapa berkualiti barisan utama United.

No Di Maria, no problem.



Ceria

Assalamualaikum.

Bahagian 1.

Semalam adalah hari Sabtu yang menceriakan bagi aku. Dan juga produktif. Banyak kerja yang diselesaikan semalam walaupun masih ada satu tugasan yang membawa markah untuk penilaian tahun kedua. Sebenarnya aku baru saja ada ruang untuk bernafas setelah menghabiskan beberapa tugasan penting. Dua perlawanan pasukan bola sepak kegemaran aku berlangsung semalam dan kedua-duanya menang. ^_^

-------------------------------

MALAYSIA 3-1 SINGAPURA


Aku tonton siaran langsung perlawanan terakhir Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014 ini bersama rakan serumah. Perlawanan bermula jam 8 malam. Perlawanan penting yang menentukan nasib pasukan Harimau Malaya. 'Misi mesti menang' untuk menjadi naib juara kumpulan dan mengiringi Thailand yang sudah pun layak selaku pemenang selepas menewaskan Singapura dan Malaysia dalam dua perlawanan awal. 

Singapura ada pilihan untuk seri dan memilih strategi 'permainan tertutup' dengan bertahan sebaik mungkin. Malaysia melancarkan serangan demi serangan bertali arus dengan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi hanya sekadar menjadi pemerhati dalam separuh masa pertama.

Singapura memulakan babak kedua dengan cuba mencari gol yang akan menyukarkan peluang Malaysia untuk mara. Namun, selepas percubaannya terkena palang dalam babak pertama, Safee Sali tidak mensia-siakan peluang meletakkan Malaysia dengan rembatan padu berbisa selepas detik sejam untuk menutup mulut pengkritik.

Malaysia terus mencari gol kedua untuk selesa di depan tetapi melepaskan peluang demi peluang. Aku resah kerana satu gol saja cukup untuk menghancurkan impian Malaysia. Dan gol yang aku sudah jangka itu tiba jua selepas berkali-kali peluang diberikan kepada Singapura. Khairul Fahmi beraksi cemerlang sepanjang perlawanan di gawang Malaysia tetapi gagal menangkap sepakan percuma pemain lawan dan Khairul Amri pantas menyambut bola muntah tersebut. Entah kenapa, aku masih belum kecewa kerana Malaysia masih ada masa untuk respons.

Aku membesar dengan percaya adanya keajaiban dan aku yakin Singapura masih belum layak selagi wisel penamat tidak dibunyikan. Memasuki masa kecederaan, masih tidak ada tanda-tanda keajaiban akan menjadi realiti. Sebaliknya, Singapura mendapat beberapa lagi sepakan percuma tidak jauh dari kotak penalti Malaysia. Dan Khairul Fahmi beberapa kali menjadi penyelamat. 

Aku ada memberitahu rakan serumah bahawa tuah kemenangan lewat mungkin menjadi milik Malaysia selepas sepakan Safee terkena tiang dan Gary Steven Robbat mendapat kad kuning untuk perlanggaran tidak sengaja dengan pemain lawan. Akhirnya, doa itu termakbul jua. Malaysia mendapat sepakan penalti dalam masa kecederaan walaupun aku tidak melihat sebarang insiden. Dan aku terkejut apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti. Rasa bersyukur sangat-sangat. Ulang tayang menunjukkan Amri Yahyah dikasari. 

Safiq Rahim bersedia untuk mengambil sepakan dengan harapan menggunung rakyat Malaysia untuk melihat Harimau Malaya mara terbeban di bahunya. Jika dia gagal, Malaysia akan tersingkir dengan keputusan seri. Kekuatan mental sangat penting dalam situasi getir sebegini. Bukan semua pemain mampu mara dan menggalas tanggungjawab dengan risiko besar dipersalahkan sepanjang hayat. Dan.... Safiq tenang meletakkan Malaysia kembali di depan. Belum selesa tetapi Malaysia hanya perlu bertahan.

Singapura melancarkan serangan untuk mendapatkan gol yang akan meranapkan perasaan seluruh rakyat Malaysia. Mereka mendapat sepakan penjuru di saat-saat akhir permainan dan penjaga gawang Hassan Sunny mara untuk cuba menjaringkan gol penting. Khairul Fahmi menolak bola dari sepakan sudut itu dan beberapa pemain Malaysia menjauhkan bola dari kotak penalti Malaysia.

Indra Putra Mahayuddin mendapat bola di tengah padang dan menolak bola jauh ke depan. Pintu gawang terbuka luas kerana penjaga gol masih di kawasan Malaysia. Aku mahu Indra Putra merembat dari tengah padang sebelum itu tetapi keputusannya tepat. Pengalaman luas dimiliki Indra menyaksikan dia menyepak tenang untuk gol yang memusnahkan sebarang peluang Singapura. 3-1. Memang gol itu nampak mudah tetapi 70% pemain akan gagal menjaringkan gol itu. Sepakan Indra tepat ke sasaran.

Penyokong tuan rumah kecewa. Ini kali kedua dalam edisi 2014 Singapura tewas lewat permainan. Sebelum ini Thailand menewaskan mereka 2-1 juga di hujung perlawanan. Juara bertahan tersingkir di laman sendiri. Juara baru akan ditabalkan. Harimau Malaya mempunyai dua perlawanan untuk mara ke final. Sebelum impian itu menjadi kenyataan, mereka perlu melepasi Vietnam pada 7 Disember dan 11 Disember. 

Ayuh Harimau Malaya! Malaysia boleh!

-------------------------

-BERSAMBUNG-



Saturday, November 29, 2014

Semakin Hangat

Assalamualaikum

Matchday 5.

KUMPULAN A

Atletico 4-0 Olympiacos
[Raul Garcia (1), Mario Mandzukic (3)]

Malmo 0-2 Juventus
[Fernando Llorente (1), Carlos Tevez (1)]

Kedudukan: Atletico 12; Juventus 9; Olympiacos 6; Malmo 3

-----------------------------------------------

KUMPULAN B

Basel 0-1 Real Madrid
 [Cristiano Ronaldo (1)]

Ludogorets 2-2 Liverpool
 [Dani Abalo (1), Georgi Terziev (1) | Rickie Lambert (1), Jordan Henderson (1)]

Kedudukan: Real 15; Basel 6; Liverpool 4; Ludogorets 4

----------------------------------------------- 

KUMPULAN C

Zenit 1-0 Benfica
[Danny (1)]

Leverkusen 0-1 Monaco
 [Lucas Ocampos (1)]

Kedudukan: Leverkusen 9; Monaco 8; Zenit 7; Benfica 4

----------------------------------------

KUMPULAN D

Anderlecht 2-0 Galatasaray
 [Chancel Mbemba (2)]

Arsenal 2-0 Dortmund
 [Yaya Sanogo (1), Alexis Sanchez (1)]

Kedudukan: Dortmund 12; Arsenal 10; Anderlecht 5; Galatasaray 1

--------------------------------------

KUMPULAN E

CSKA Moscow 1-1 Roma 
 [Vasili Berezutski (1) | Francesco Totti (1)]

Manchester City 3-2 Bayern
 [Sergio Aguero (3) | Xabi Alonso (1), Robert Lewandowski (1)]

Kedudukan: Bayern 12; Roma 5; City 5; CSKA 5

-----------------------------------------

KUMPULAN F

PSG 3-1 Ajax
[Edinson Cavani (2), Zlatan Ibrahimovic (1) | Davy Klaassen (1)]

APOEL 0-4 Barcelona
[Luis Suarez (1), Lionel Messi (3)]

Kedudukan: PSG 13; Barcelona 12; Ajax 2; APOEL 1

---------------------------------------
 
KUMPULAN G

Schalke 0-5 Chelsea
[John Terry (1), Willian (1), Jan Kirchhoff (1-og), Didier Drogba (1), Ramires (1)]

Sporting 3-1 Maribor
[Carlos Mane (1), Nani (1), Islam Slimani (1) | Jefferson (1-og)

Kedudukan: Chelsea 11; Sporting 7; Schalke 5; Maribor 3

-----------------------------------  

KUMPULAN H

 BATE 0-3 Porto
 [Hector Herrera (1), Jackson Martinez (1), Cristian Tello (1)]

Shakhtar 0-1 Athletic
 [Mikel San Jose (1)]

Kedudukan: Porto 13; Shakhtar 8; Athletic 4; BATE 3
-------------------------------------

Pasukan yang sah layak ke pusingan kalah mati:

Kumpulan A - Atletico Madrid
Kumpulan B - Real Madrid (juara)
Kumpulan D - Borussia Dortmund; Arsenal
Kumpulan E - Bayern Munich (juara)
Kumpulan F - PSG; Barcelona
Kumpulan G - Chelsea (juara)
Kumpulan H - Porto (juara), Shakhtar


Analisis
10 daripada 16 slot telah diisi. Dua slot dari Kumpulan C masih menjadi rebutan. Empat pemenang kumpulan juga sudah diketahui.

Thursday, November 6, 2014

Messi Cipta Sejarah

Assalamualaikum.

Matchday 4 Part 2

Lionel Messi dan sejarah bukanlah asing. Rekod demi rekod dipecahkan. Malam tadi, Messi menyamai jumlah jaringan Raul (71 gol) untuk menjadi penjaring terbanyak Liga Juara-Juara sepanjang zaman pada usia 27 tahun. Luiz Adriano pula menjaringkan hatrik lagi selepas meledak lima gol menentang lawan sama dalam perlawanan lalu.
Apa pula nasib Manchester City?

-------------------------------

KUMPULAN E

Manchester City 1-2 CSKA Moscow
Bayern 2-0 Roma

Di England, City tewas lagi selepas gagal menumbangkan CSKA di gelanggang lawan. Tandukan Seydou Dumbia meletakkan pelawat di depan sebelum sepakan percuma Yaya Toure menyamakan kedudukan. Doumbia menjaringkan gol kemenangan CSKA ketika City menamatkan permainan dengan sembilan orang pemain. Di Jerman, jaringan Franck Ribery dan Mario Gotze mengesahkan status Bayern selaku pemenang kumpulan dengan berbaki dua perlawanan. 

Kedudukan: Bayern 12; Roma 4; CSKA 4; City 2

-----------------------------------

KUMPULAN F 

PSG 1-0 APOEL
 Ajax 0-2 Barcelona

Di Perancis, jaringan minit pertama Edinson Cavani membawa tuan rumah mara ke pusingan kalah mati. Di Belanda pula, dua gol Lionel Messi membantu pasukannya melangkah jauh dan juga meletakkan dirinya selaku penjaring terbanyak kejohanan sepanjang zaman.

Kedudukan: PSG 10; Barcelona 9; Ajax 2; APOEL 1

---------------------------

KUMPULAN G

Sporting 4-2 Schalke
Maribor 1-1 Chelsea

Di Portugal, Sporting membalas kekalahan dalam perlawanan lepas dengan membenam pelawat dari Jerman hasil jaringan Naby Sarr, Jefferson, Nani dan Islami Slimani. Gol sendiri Slimani dan jaringan Dennis Aogo mengubati kekecewaan Schalke. Di Slovenia, Agim Ibraimi meletakkan tuan rumah di depan sebelum Nemanja Matic menyamakan kedudukan untuk pelawat.

Kedudukan: Chelsea 8; Schalke 5; Sporting 4; Maribor 3

----------------------------------

KUMPULAN H

Athletic 0-2 Porto
Shakhtar 5-0 BATE

Gol Jackson Martinez dan Yacine Brahimi cukup untuk memberikan kemenangan kepada pelawat di Sepanyol. Porto sudah sah mara ke pusingan seterusnya. Shakhtar juga mengukuhkan kedudukan dengan kemenangan selesa di tempat sendiri di Ukraine. Shakhtar masih berpeluang memenangi kumpulan selepas hatrik Luiz Adriano ditambah dua lagi gol dari Darijo Srna dan Alex Teixeira.

Kedudukan: Porto 10; Shakhtar 8; BATE 3; Athletic 1

------------------------------------ 

Empat lagi pasukan mara. Dua dari Kumpulan F dan masing-masing satu dari Kumpulan E dan Kumpulan H. Bayern sah menjadi juara kumpulan dan tiada ragu lagi pasukan yang layak dari Kumpulan F. Chelsea akan mengesahkan kemaraan sekiranya memenangi perlawanan seterusnya dalam Kumpulan G.


Real dan Dortmund Mara

Assalamualaikum.

Matchday 4 Part 1

Real Madrid terus garang dengan mencatat kemenangan keempat berturut-turut dalam aksi Liga Juara-Juara untuk layak ke pusingan kalah mati. Borussia Dortmund juga mara dengan statistik sama, menang empat perlawanan walaupun begitu goyah dalam liga domestik. Arsenal pula dikejutkan dengan kebangkitan lewat Anderlecht. 
Bagaimana pula nasib Juventus?

----------------------------------

KUMPULAN A

Malmo 0-2 Atletico
Juventus 3-2 Olympiacos

Di Sweden, pemain Atletico menunjukkan bisa penyudah mereka. Malmo menguasai perlawanan dan melancarkan lebih banyak serangan namun dua gol Koke dan Raul Garcia cukup untuk memberikan kemenangan kepada pelawat. Di Itali pula, dua gol dalam tempoh dua minit membolehkan Juve membalas dendam selepas tewas di tempat lawan dalam perlawanan sebelum ini. Sepakan percuma Andrea Pirlo dipadamkan jaringan Alberto Botia dan Delvin N'Dinga. Namun gol sendiri penjaga gol Roberto dituruti dengan ledakan Paul Pogba begitu pantas menceriakan penyokong tuan rumah.

Kedudukan: Atletico 9; Juventus 6; Olympiacos 6; Malmo 3

-----------------------------------

KUMPULAN B

Basel 4-0 Ludogorets
Real Madrid 1-0 Liverpool

Tuan rumah menang bergaya di Switzerland. Jaringan Breel Embolo, Derlis Gonzalez, Shkelzen Gashi dan Marek Suchy cukup untuk membalas kekalahan di tempat lawan dalam perlawanan sebelum ini. Di Sepanyol, tuan rumah menang tipis hasil jaringan Karim Benzema walaupun menguasai sebahagian besar perlawanan.

Kedudukan: Real 12; Basel 6; Liverpool 3; Ludogorets 3

-----------------------------------------

KUMPULAN C

Zenit 1-2 Leverkusen
Benfica 1-0 Monaco

Di Rusia, pelawat menang selepas dua gol Son Heung-Min meletakkan pasukan Jerman selesa di depan. Jaringan lewat Jose Rondon merapatkan kedudukan tetapi tuan rumah gagal mencuri satu mata. Lain pula ceritanya dengan gol lewat di Portugal. Ledakan lewat Talisca mengecewakan pelawat dari Perancis.

Kedudukan: Leverkusen 9; Monaco 5; Zenit 4; Benfica 4

---------------------------------------------

KUMPULAN D

Dortmund 4-1 Galatasaray
Arsenal 3-3 Anderlecht

Di Jerman, tuan rumah melupakan kehampaan aksi liga domestik dengan membelasah pelawat dari Turki. Jaringan Marco Reus dan Sokratis Papastathopoulos dirapatkan Hakan Balta tetapi gol Ciro Immobile dan gol sendiri Semih Kaya memberikan kemenangan selesa untuk tuan rumah. Di England, tuan rumah selesa mendahului 3-0 menerusi sepakan penalti Mikel Arteta, gol Alexis Sanchez dan Alex Oxlade-Chamberlain dan menyangka mereka sudah menang. Tetapi dua gol Vanden Borre dan jaringan penyamaan minit akhir oleh Aleksandar Mitrovic menggembirakan pelawat.

Kedudukan: Dortmund 12; Arsenal 7; Anderlecht 2; Galatasaray 1

-----------------------------------------

Hanya Real Madrid (Kumpulan B) dan Borussia Dortmund (Kumpulan D) sudah sah layak. Arsenal juga boleh layak jika menang perlawanan seterusnya. Persaingan Kumpulan A dan Kumpulan C masih terbuka. Persaingan Kumpulan E-H berterusan malam ini melibatkan nama-nama besar seperti Chelsea, Manchester City, Bayern Munich dan AS Roma.      




Sunday, October 26, 2014

I Have

Assalamualaikum.

We all have...


or at least...

I HAVE!



King of Classico

Assalamualaikum.

Pertemuan El Classico pertama musim ini berpihak kepada pasukan tuan rumah di gelanggang Santiago Bernabeu. Walaupun Barca tidak asing dengan kemenangan di padang musuh ketat mereka, malam tadi mereka tiada jawapan kepada permainan cemerlang anak-anak buah Carlo Ancelotti.

Menuju perlawanan, perhatian peminat bola sepak seluruh dunia tertumpu kepada pertembungan dua jaguh bola sepak Eropah. Real Madrid sedang berada di puncak prestasi, menjaringkan gol demi gol. Gandingan Toni Kroos dan Luka Modric mengawal jentera tengah ketika Cristiano Ronaldo, Gareth Bale, James Rodriguez, dan Karim Benzema, mencipta huru-hara di bahagian serangan. Malangnya Bale tidak dapat beraksi kerana kecederaan.

Barcelona pula sudah melepasi lapan perlawanan liga tanpa dibolosi sebarang gol. Kemantapan serangan Barca juga tidak boleh dipertikaikan. Lionel Messi dan Neymar membentuk gandingan penggempur yang menggerunkan mana-mana pasukan. Aksi malam tadi juga menyaksikan penyerang baru yang dibeli dari Liverpool, Luis Suarez, beraksi buat kali pertama selepas digantung empat bulan kerana menggigit bahu Giorgio Chiellini dalam Piala Dunia.

Mampukah trio Suarez - Neymar  - Messi (Show No Mercy) membenam ego Real?

Jawapannya, TIDAK.

Walaupun mendahului menerusi gol awal Neymar, tiga gol balas jaringan Cristiano Ronaldo (penalti), Pepe, dan Karim Benzema memaksa defisit antara Barca dan Real yang sebelum perlawanan berjumlah empat mata merosot kepada hanya satu.

Tak dapat dinafikan, pertahanan Barca sebenarnya belum teruji dalam liga domestik menentang pasukan yang benar-benar mencabar. Real Madrid adalah ujian besar pertama. Kerapuhan benteng mereka terserlah dalam aksi Liga Juara-Juara.

Menentang Cristiano Ronaldo dan rakan-rakan yang melancarkan serangan kilat ketika menyerang balas membuatkan kelemahan Barca didedahkan dan tiga gol menjadi bukti Barca perlu memperbaiki kubu untuk menentang pasukan gergasi yang memiliki pemain pantas seperti Ronaldo. Barca boleh menarik nafas lega kerana Bale tidak beraksi. Jika Bale beraksi, kemusnahan yang berlaku mungkin lebih teruk.

Aku peminat Real Madrid dan aku sangat gembira dengan kemenangan ini. Messi-who?




Thursday, October 23, 2014

Lewat dan Kejutan

Assalamualaikum.

Matchday 3 Part 2

Lapan lagi perlawanan berlangsung dalam Kumpulan A-D. Kurang pesta gol seperti semalam, cuma lebih drama. Lebih banyak kemenangan tipis, dan dua kemenangan lewat. Satu perlawanan berkesudahan tanpa jaringan.

Pasukan manakah yang bertuah memenangi permainan di masa kecederaan?

----------------------------

KUMPULAN A

Atletico 5-0 Malmo
Olympiacos 1-0 Juventus

Tuan rumah menang bergaya di Sepanyol. Lima penjaring berbeza mencatat nama untuk mengecewakan pelawat dari Sweden: Koke, Mario Mandzukic, Antoine Griezmann, Diego Godin, dan Alessio Cerci. Koke paling menyerlah dengan mencipta tiga gol yang lain. Di Greece, jaringan tunggal Pajtim Kasami menumbangkan gergasi Itali.

Kedudukan: Atletico 6; Olympiacos 6; Juventus 3; Malmo 3

-------------------------------------

KUMPULAN B

Liverpool 0-3 Real Madrid
Ludogorets 1-0 Basel
 
Tiada masalah bagi Cristiano Ronaldo dan rakan-rakan apabila bertandang ke England. Ronaldo sendiri menjaringkan gol pertama sebelum Karim benzema meledak dua kali untuk meletakkan Real selesa di puncak. Di Bulgaria, jaringan lewat Yordan Minev membantu tuan rumah mengecewakan pelawat dari Switzerland. Kemenangan ini menghidupkan peluang Ludogorets untuk layak ke pusingan seterusnya.
 
Kedudukan: Real 9; Ludogorets 3; Liverpool 3; Basel 3
 
-------------------------------------------------
 
KUMPULAN C
 
Leverkusen 2-0 Zenit
Monaco 0-0 Benfica
 
Di Jerman, jaringan Giulio Donati dan Kyriakos Papdopoulos cukup untuk membantu tuan rumah mendahului kumpulan dengan kelebihan hanya satu mata. Tiada gol di Perancis membuatkan kumpulan ini sangat terbuka dengan semua pasukan masih berpeluang untuk mara. Kejayaan mengikat Monaco menghidupkan peluang Benfica yang masih malap.
 
Kedudukan: Leverkusen 6; Monaco 5; Zenit 4; Benfica 1
 
-----------------------------------------
 
KUMPULAN D
 
Anderlecht 1-2 Arsenal
Galatasaray 0-4 Dortmund
 
Di Belgium, tuan rumah tumbang dalam perlawanan dramatik walaupun mendahului hasil gol Andy Najar ketika permainan berbaki 20 minit. Namun gol lewat Kieran Gibbs dan Lukas Podolski menghancurkan hati penyokong tuan rumah. Di Turki, pelawat dari Jerman menang bergaya dengan jurang gol selesa. Dua gol Pierre-Emerick Aubameyang, dan masing-masing satu daripada Marco Reus dan pemain gantian Adrian Ramos meletakkan Dortmund di takhta kumpulan.
 
Kedudukan: Dortmund 9; Arsenal 6; Anderlecht 1; Galatasaray 1
 
---------------------------------------------
 
Kumpulan A menjadi kumpulan yang paling terbuka dengan keempat-empat pasukan masih boleh layak. Juventus gagal mencengkam selepas tamat separuh pusingan peringkat kumpulan. Jaguh Itali itu mesti memperbaiki prestasi atau bersedia untuk beraksi dalam Liga Europa. Begitu juga Kumpulan C walaupun peluang Benfica sangat tipis.

Kumpulan B dan Kumpulan D mempunyai pendahulu yang selesa dengan mata maksima. Tiga pasukan lain masih berhak mengiringi Real Madrid dalam Kumpulan B. Arsenal pula kelihatan berpeluang cerah untuk mengiringi atau mengetuai Dortmund melangkah jauh.

    



Pesta Gol

Assalamualaikum.

Matchday 3 Part 1

Jika tempoh hari, Kumpulan E-H menyaksikan banyak keputusan seri dan kemenangan dengan beza gol yang sedikit, cerita malam tadi sangat jauh berbeza. Malam tadi sejumlah 40 gol dijaringkan dalam lapan perlawanan. Purata lima jaringan untuk setiap perlawanan. Empat perlawanan berakhir dengan lebih dari lima gol dijaringkan. Tiada perlawanan berkesudahan tanpa jaringan dengan hanya satu perlawanan berakhir dengan gol tunggal yang memisahkan. Malam tadi milik bintan Shakhtar, LUIZ ADRIANO.

Pasukan mana yang dibelasah?
-----------------------------

KUMPULAN E

CSKA Moscow 2-2 Manchester City
 Roma 1-7 Bayern

Di Rusia, pelawat dari England mendahului dua gol tetapi terpaksa berpuas hati dengan seri apabila tuan rumah bangkit untuk mencuri satu mata. Gol Seydou Doumbia dan sepakan penalti Bebras Natcho memadamkan jaringan Sergio Aguero dan James Milner. Di Itali, tuan rumah menjadi mangsa pendahulu kumpulan. Tujuh gol pelawat dari Jerman dijaringkan oleh enam penjaring: Arjen Robben (2), Mario Gotze, Robert Lewandowski, Thomas Muller, Franck Ribery dan Xherdan Shaqiri. Lima daripadanya dijaringkan dalam babak pertama. Gervinho meledak gol tunggal Roma.

Kedudukan: Bayern 9; Roma 4; City 2; CSKA 1

------------------------------------  

KUMPULAN F

Barcelona 3-1 Ajax
APOEL 0-1 PSG

Gandingan Lionel Messi dan Neymar terus menghantui pasukan yang ditemui Barca. Beraksi di laman sendiri, Messi dan Neymar menjaringkan satu gol. Gol terakhir Barca dijaringkan Sandro Ramirez ketika gol Anwar El Ghazi hanya saguhati untuk Ajax. Di Cyprus, gol tunggal Edinson Cavani membantu pelawat dari Perancis mencatat kemenangan penting dalam usaha mara ke pusingan kalah mati.

Kedudukan: PSG 7; Barcelona 6; Ajax 2; APOEL 1

--------------------------------------

KUMPULAN G

Schalke 4-3 Sporting
Chelsea 6-0 Maribor

Perlawanan yo-yo di Jerman berakhir dengan kemenangan tipis buat tuan rumah. Pelawat mendahului menerusi gol Nani tetapi Chinedu Obasi, Klaas-Jan Huntelaar, dan Benedikt Howedes meletakkan Schalke selesa tetapi disamakan oleh dua gol Adrien Silva. Sepakan penalti lewat Eric Maxim Choupo-Moting mengecewakan kelab Portugal. Tuan rumah juga berpesta gol di England. Jaringan Loic Remy, Didier Drogba, John Terry, Eden Hazard (2) dan gol sendiri Mitja Viler memberikan kemenangan mudah buat Chelsea.

Kedudukan: Chelsea 7; Schalke 5; Maribor 2; Sporting 1

--------------------------------------

 KUMPULAN H

BATE 0-7 Shakhtar 
Porto 2-1 Athletic

Luiz Adriano menjadi pemain kedua dalam sejarah Liga Juara-Juara Eropah yang meledak lima gol selepas Lionel Messi. Pelawat juga mencipta rekod pertandingan dengan enam gol dalam separuh masa pertama. Dua lagi gol pelawat dijaringkan Alex Teixeira dan Douglas Costa. Di Portugal pula, tuan rumah menang tipis mengatasi pelawat dari Sepanyol. Gol pendahuluan Hector Herrera dipadamkan jaringan Guillermo Fernandez. Gol kemenangan Ricardo Quaresma menceriakan penyokong tuan rumah.
 
Kedudukan: Porto 7; Shakhtar 5; BATE 3; Athletic 1

--------------------------------------     

Luiz Adriano dan Shakhtar Donetsk menempa nama dalam buku sejarah. Beberapa kemenangan besar dicatatkan. Adakah pesta gol akan berterusan? Adakah lebih drama dapat disaksikan?

Nantikan perlawanan Kumpulan A-D.



Thursday, October 16, 2014

Amanah

Assalamualaikum.

Antara soalan Imam al-Ghazali kepada anak-anak muridnya adalah hal yang paling berat di dunia ini. Jawapannya: memegang amanah. 

Sukar memegang amanah ni. Kita akan disoal bukan saja oleh manusia, malah oleh Allah sama ada kita melaksanakan tanggungjawab.

Carta organisasi Muslim Society

Dah macam Power Rangers

Bila Presiden tawarkan kerja biro ni aku ragu-ragu tapi akhirnya aku terima. Moga kerana Dia saja. Kerana Allah jua.


Rakaman

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sesi video recording untuk pesakit sukar berjalan lancar hari ni. Pesakit simulasi diberikan skrip untuk beberapa situasi yang perlu dihadapi para pelajar. Banyak jenis pesakit sukar tapi tiga situasi pilihan adalah: MARAH, MENDESAK, BANYAK CAKAP.

Pesakit marah ni ada banyak sebab. Tapi biasanya sebab kena tunggu lama dalam keadaan sakit. Pesakit mendesak (demanding) pun ada banyak jenis. Contoh situasi hari ni: ibu bapa seorang gadis nak tahu sebab anak mereka ke klinik. Maklumat pesakit adalah sulit dan mesti dirahsiakan. Pesakit jenis banyak cakap pula akan cerita meleret jauh tersasar dari sebab kenapa mereka datang. Contohnya, lebih banyak bercakap tentang kucing.

Hari ni aku dalam kumpulan pertama (enam orang). Jadi tak perlu berdebar lama. Aku dapat situasi pesakit marah kerana terpaksa menunggu sejam dalam keadaan kurang selesa kerana masalah cirit-birit. Aku jangka pesakit akan marah-marah lebih lama. Unexpectedly, dia reda dalam masa sekejap. Aku pulak jadi hilang punca nak buat history taking. Nak tanya lebih pasal cirit-birit tu.

Tapi, aku rasa macam pujian bila habis lima minit, pesakit tu komen dia tak dapat marah lama sebab aku dah tak bagi dia sebab untuk marah. Lawak pun ada bila ingat balik. Aku sempat perkenalkan diri dalam keadaan pesakit tu tengah marah. Lepas aku beritahu nama, dia sambung marah-marah. ^_^

Yang penting, lima minit tu memang sekejap. Esok ada facilitated peer review. Nak tengok balik aksi dalam bilik tu mesti gelak-gelak. Ini kali kedua buat video recording lepas sem pertama dulu. Kali ni aku rasa lebih tenang dan kurang gemuruh. Mungkin berkat kalimah bismillah. Dengan nama Allah. 

Have a blast, people!




Tuesday, October 7, 2014

WN : New Chapter

Assalamualaikum.

"People will forget what you said, 
people will forget what you did, 
but people will never forget 
how you made them feel."

 Nak keluar beraya!

Blog dah berubah wajah. Dah tak ada lagi kisah dulu. Kita tutup buku lama. Kita bukak buku baru. Tak berapa baru sangat. Cerita setahun lebih jugak.

Kerna akhirnya, kita akan rasa tersentuh dengan orang yang sangat menyayangi kita. Yang setia menanti walaupun tahu cerita kita. Kerna kita hanya mahu dihargai.

"Yang tulus ikhlas, ingin sekali sekala dirinya dibalas, walau hanya dengan dakapan di angin lalu..."

Syukur alhamdulillah atas kurnia Tuhan yang masih mengizinkan diri ini merasa bahagia selepas cinta tulus keluarga. Masih ada insan yang tahu menilai mana kaca dan permata.

Selamat hari raya Aidiladha. Have a blast, people!



Thursday, October 2, 2014

Madrid Menang, Juve Kecundang

Assalamualaikum.

Matchday 2 Part 2

Dua pasukan dari bandar Madrid menang perlawanan masing-masing. Berita gembira juga untuk penyokong Arsenal apabila penyerang baru mereka meledak tiga gol. Berita kurang menarik untuk peminat Liverpool yang tumbang. 

Apa sebenarnya berlaku dalam lapan perlawanan?

----------------------------------

KUMPULAN A

Malmo 2-0 Olympiakos
Atletico 1-0 Juventus

Kemenangan dua tuan rumah menyaksikan tiada pasukan yang memiliki kelebihan mata dalam kumpulan ini. Di Sweden, dua jaringan kapten Markus Rosenberg membenam pelawat dari Greece. Sementara itu, pertembungan dua juara bertahan liga menyaksikan kelab La Liga mengatasi gergasi Serie A hasil ledakan Arda Turan. Semua pasukan kini mengutip tiga mata.

Kedudukan: Atletico 3; Juventus 3; Malmo 3; Olympiakos 3

-------------------------------------

KUMPULAN B

Basel 1-0 Liverpool
Ludogorets 1-2 Real Madrid

Di Switzerland, kelab England diajar cara bermain Liga Juara-Juara. Liverpool yang membuat kemunculan semula tewas di tempat lawan hasil jaringan Marco Streller dari jarak dekat. Kelab Bulgaria membuat kejutan apabila mendahului juara bertahan, Real Madrid menerusi tandukan Marcelinho. Cristiano Ronaldo terlepas satu sepakan penalti sebelum menyempurnakan sepakan penalti kedua. Penyudah jarak dekat Karim Benzema membantu Real mengelak dari dimalukan.

Kedudukan: Real 6; Basel 3; Liverpool 3; Ludogorets 0

---------------------------------------

KUMPULAN C

Zenit 0-0 Monaco
Leverkusen 3-1 Benfica

Di Rusia, tuan rumah gagal menewaskan pelawat dari Perancis. Penguasaan bola seimbang dan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan. Di Jerman pula, Soh Heung-Min menyinar apabila rembatannya yang ditepis penjaga gol disambar Stefan Kiessling untuk gol pertama tuan rumah. Soh sendiri menjaringkan gol kedua. Gol Eduardo Salvio dibalas serta-merta sepakan penalti Hakan Calhanoglu untuk kemenangan selesa.

Kedudukan: Zenit 4; Monaco 4; Leverkusen 3; Benfica 0

-------------------------------------------

KUMPULAN D

Anderlecht 0-3 Dortmund
Arsenal 4-1 Galatasaray

Di Belgium, satu lagi pasukan Jerman mencatat kemenangan kedua. Ciro Immobile menjaringkan gol awal apabila menyambut hantaran cantik Shinji Kagawa. Dua lagi gol pemain gantian Adrian Ramos membantu Dortmund memusnahkan tuan rumah. Di England pula, hatrik Danny Welbeck membantu tuan rumah membelasah pelawat dari Turki. Satu lagi gol Gunners dijaringkan oleh Alexis Sanchez ketika sepakan penalti Burak Yilmaz mengurangkan defisit. Penjaga gol Arsenal turut dibuang padang.

Kedudukan: Dortmund 6; Arsenal 3; Galatasaray 1; Anderlecht 1

--------------------------------------

Selepas dua perlawanan, Kumpulan A menyaksikan semua pasukan mengutip tiga mata dengan masing-masing mencatat satu kemenangan. Pendahulu kumpulan hanya dipisahkan jaringan gol. Kumpulan lain menyaksikan pasukan-pasukan gergasi mencatat kemenangan.

Perjalanan masih panjang. Masih ada empat perlawanan yang perlu dilalui. Pemenang kumpulan hanya akan diketahu selepas lima atau enam perlawanan. 




Seri dan Tipis

Assalamualaikum.

Matchday 2 Part 1

Tiada perlawanan malam tadi yang berakhir dengan kemenangan besar untuk mana-mana pasukan. Separuh dari lapan perlawanan berakhir dengan kedudukan terikat. Manakala empat lagi perlawanan menyaksikan pasukan menang tipis. Tiada pasukan menang dengan defisit dua gol. 

Pasukan mana yang menang?

------------------------------

KUMPULAN E

CSKA Moscow 0-1 Bayern
Manchester City 1-1 Roma

Bayern Munich mencatat kemenangan 1-0 kali kedua berturut-turut. Kali ini sepakan penalti Thomas Muller di awal permainan membantu Bayern mengulangi kemenangan lewat menewaskan City dalam perlawanan pertama. Manchester City pula mendahului pelawat dari Itali menerusi sepakan penalti Sergio Aguero. Namun jaringan Francesco Totti menyamakan kedudukan dan menjadikan pemain itu penjaring tertua sepanjang zaman dalam Liga Juara-Juara.

Kedudukan: Bayern 6; Roma 4; City 1; CSKA 0

---------------------------------

KUMPULAN F

PSG 3-2 Barcelona
APOEL 1-1 Ajax

Tuan rumah mengatasi pendahulu La Liga di Paris dengan tiga gol pertama yang membolosi gawang Barca musim ini juga memberikan kekalahan sulung. Jaringan David Luiz, Marco Verratti dan Blaise Matuidi cukup untuk mengatasi gol cantik Lionel Messi dan Neymar. Di Cyprus, sepakan penalti Gustavo Manduca cukup untuk membantu tuan rumah mengikat Ajax yang mendahului menerusi jaringan Lucas Andersen.

Kedudukan: PSG 4; Barcelona 3; Ajax 2; APOEL 1

-----------------------------------

KUMPULAN G

Schalke 1-1 Maribor
Sporting 0-1 Chelsea

Di Jerman, tuan rumah memerlukan jaringan penyamaan dari Klaas-Jan Huntelaar untuk mengelak kekalahan selepas Damjan Bohar meletakkan pelawat dari Slovenia di depan. Sementara itu, Chelsea menang di tempat lawan (Portugal) apabila tandukan Nemanja Matic cukup untuk memberikan kemenangan pertama untuk Jose Mourinho dalam Liga Juara-Juara musim ini.

Kedudukan: Chelsea 4; Maribor 2; Schalke 2; Sporting 1

-----------------------------------------

KUMPULAN H

Shakhtar 2-2 Porto
BATE 2-1 Athletic

Di Ukraine, tuan rumah mendahului selesa hasil jaringan Alex Teixeira dan Luiz Adriano. Namun dua gol lewat pemain gantian Jackson Martinez membantu pelawat dari Portugal seri. Di Belarus, tuan rumah menang tipis ke atas pelawat. Jaringan Aritz Aduriz untuk pasukan Sepanyol tidak cukup untuk mengatasi jaringan Denis Polyakov dan Aleksandr Karnitski.

Kedudukan: Porto 4; BATE 3; Shakhtar 2; Athletic 1

-------------------------------------

Tidak banyak perlawanan menarik akan berlangsung dalam Kumpulan A-H untuk perlawanan kedua peringkat kumpulan. Hanya perlawanan Atletico Madrid vs Juventus akan menarik perhatian. Real Madrid akan berdepan lawan mudah menentang Ludogorets ketika Arsenal menghadapi tentangan Galatasaray.




Thursday, September 18, 2014

City Menyerah, Brahimi Menyerlah

Assalamualaikum.

Matchday 1 Part 2

Malam tadi berlangsung lapan lagi perlawanan pembukaan, peringkat kumpulan E-G. Persembahan Yacine Brahimi dan Gervinho memukau. Dua lagi kelab England gagal mencatat kemenangan. Dan AS Roma menang selepas kembali beraksi.

Apa nasib pasukan-pasukan lain?

-------------------------

KUMPULAN E

Roma 5-1 CSKA Moscow
Bayern 1-0 Manchester City


AS Roma dibantu aksi hebat Gevinho yang menjaringkan dua gol dan mencipta gol Juan Iturbe. Ledakan kencang Maicon dan gol sendiri Sergei Ignashevich membuatkan gol Ahmed Musa hanya sebagai sagu hati. Jagoan Jerman pula menguasai perlawanan dan hanya aksi cemerlang penjaga gol, Joe Hart, menyelamatkan City dari dimalukan. Namun sepakan lewat Jerome Boateng yang tertampan rakan sepasukan Mario Gotze berjaya melepasi Hart. 

Kedudukan: Roma 3; Bayern 3; City 0; CSKA 0

----------------------------------

KUMPULAN F

Barcelona 1-0 APOEL
Ajax 1-1 PSG

Luis Enrique memulakan kempen Liga Juara-Juara selaku pengurus baru Barca dengan cemerlang untuk meneruskan kempen gemilang La Liga. Jaringan tunggal Gerard Pique hasil sepakan percuma Lionel Messi sudah mencukupi. Lain pula nasib satu lagi pasukan pilihan dalam kumpulan ini. Gergasi Perancis, PSG, diikat tuan rumah, Ajax, dari Belanda. Sepakan percuma Lasse Schone memadamkan jaringan pendahuluan Edinson Cavani.

Kedudukan: Barcelona 3; PSG 1; Ajax 1; APOEL 0

--------------------------------------

KUMPULAN G

Chelsea 1-1 Schalke
Maribor 1-1 Sporting

Jose Mourinho menggunakan kekuatan pemain simpanan yang dimiliki Chelsea dengan merehatkan Diego Costa sebagai persediaan menghadapi Manchester City dalam liga hujung minggu ini. Jaringan Cesc Fabregas tidak mencukupi dan dipadamkan Klaas-Jan Huntelaar. Manakala di Slovenia, tuan rumah berjaya mengikat Sporting Lisbon. Walaupun pasukan pelawat mendominasi permainan dan melakukan 27 percubaan ke arah gol, hanya sepakan Nani dari luar kotak penalti berjaya membolosi gawang Maribor. Dan kesilapan pertahanan lawan lewat permainan dimanfaatkan Luka Zahovic dalam masa kecederaan.

Kedudukan: Schalke 1; Sporting 1; Chelsea 1; Maribor 1

---------------------------------

KUMPULAN H

Porto 6-0 BATE
Athletic 0-0 Shakhtar


Malam tadi milik Yacine Brahimi. Bintang Algeria itu meledak hatrik dalam perlawanan yang didominasi sepenuhnya oleh kelab Portugal. Pelawat dari Belarus hanya mampu mengira gol bolos apabila tiga lagi jaringan oleh Jackson Martinez, Adrian Lopez, dan Vincent Aboubakar menembusi gawang. Sementara itu di Sepanyol, Athletic Bilbao seri tanpa jaringan dengan kelab Ukraine.

Kedudukan: Porto 3; Athletic 1; Shakhtar 1; BATE 0

---------------------------------------- 


Tidak banyak kejutan berlaku kepada pasukan-pasukan besar. Cuma apabila dua pasukan gergasi bertembung, satu mesti tumbang. Dua jaguh England (Arsenal dan City) bukanlah tandingan kelab Jerman (Dortmund dan Bayern). Apa pun, ini baru perlawanan pembukaan. Masih ada lima perlawanan yang perlu diharungi setiap pasukan. Pemenang kumpulan belum ditentukan semalam. Tiada pasukan yang tersingkir lagi.

Perlawanan kedua akan berlangsung pada 30 September dan juga 1 Oktober. Sama-sama kita nantikan.



Wednesday, September 17, 2014

Gunners Kecewa, Kops Gembira

Assalamualaikum.

Matchday 1 Part 1

Liga Juara-Juara Eropah musim baru membuka tirainya malam tadi dengan lapan aksi pertama dalam Kumpulan A-D. Apa pun keputusan malam tadi masih belum boleh mengukur kemampuan setiap pasukan kerana musim baru saja bermula. Ada pasukan masih belum panas. Masih ada lima perlawanan dalam

Contohnya, Real Madrid membelasah Basel malam tadi walaupun beraksi buruk dalam liga. Apakah nasib para pasukan dalam tujuh lagi perlawanan?

--------------------------------

KUMPULAN A

Juventus 2-0 Malmo
Olympiakos 3-2 Atletico

Gergasi Itali mudah mengatasi pasukan Sweden yang beraksi kali pertama. Dua jaringan Carlos Tevez cukup untuk memberikan tiga mata penuh kepada Juve. Naib juara musim lalu pula tidak bernasib baik apabila kelab Sepanyol itu dikejutkan pasukan Greece. Masih segar dengan kejayaan mengatasi Real Madrid dalam perlawanan liga hujung minggu lepas, Atletico tunduk kepada pasukan tuan rumah.

Kedudukan: Juve 3; Olympiakos 3; Atletico 0; Malmo 0

---------------------------------

KUMPULAN B

Liverpool 2-1 Ludogorets
Real Madrid 5-1 Basel

Selepas lima tahun terlepas aksi Liga Juara-Juara, Kops kembali untuk mengatasi kelab Bulgaria. Kelab England itu menang tipis menerusi jaringan lewat Mario Balotelli dan sepakan penalti Steven Gerrard dalam masa kecederaan. Bintang-bintang ternama gergasi Sepanyol pula bangkit dari kekalahan kepada Atletico dalam perlawanan liga untuk menumbangkan kelab Switzerland. Gareth Bale, Cristiano Ronaldo, James Rodriguez, dan Karim Benzema, semuanya menjaringkan satu gol.

Kedudukan: 1. Real 3; Liverpool 3; Ludogorets 0; Basel 0

------------------------------

KUMPULAN C

Benfica 0-2 Zenit
Monaco 1-0 Leverkusen

Pasukan Rusia, Zenit, menjadi satu-satunya pasukan yang menang di tempat lawan selepas jaringan awal Hulk dan Axel Witsel cukup untuk membantu mereka menumbangkan Benfica. Jaringan tunggal Joao Moutinho selepas detik sejam pula membantu kelab kaya Monaco untuk menewaskan kelab Jerman walaupun kelab Perancis itu kehilangan Radamel Falcao dan James Rodriguez yang berpindah.

Kedudukan: Zenit 3; Monaco 3; Leverkusen 0; Benfica 0

----------------------------------

KUMPULAN D

Dortmund 2-0 Arsenal
Galatasaray 1-1 Anderlecht

Borussia Dortmund (Jerman) tidak bernasib baik apabila hanya menjaringkan dua gol menentang kelab England walaupun mempunyai deretan peluang. Gol-gol dijaringkan oleh Ciro Immobile dan Pierre-Emerick Aubameyang. Kelab Turki pula seri dengan kelab Belgium di laman sendiri. Jaringan Burak Yilmaz dalam masa kecederaan babak kedua memadamkan jaringan pendahuluan Dennis Praet.

Kedudukan: Dortmund 3; Anderlecht 1; Galatasaray 1; Arsenal 0

-----------------------------

Lapan lagi perlawanan pertama kumpulan akan diteruskan malam ini. Perlawanan-perlawanan tumpuan adalah seperti berikut:

Chelsea vs Schalke
Bayern vs Man City
Barcelona vs APOEL
Ajax vs PSG

Perlawanan terbesar semestinya gergasi Jerman, Bayern Munich menentang juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester City. Berdasarkan prestasi terkini, kedua-duanya belum menunjukkan taring tetapi Manchester City sedikit lemah. Chelsea dengan peledak baru, Diego Costa, pasti memberikan masalah besar buat Schalke.  




Tuesday, September 16, 2014

Berlian

Assalamualaikum.


Kali pertama selepas bertahun-tahun, Manchester United akhirnya memiliki pemain hebat untuk jersi nombor 7 hingga nombor 11. Terutama pemain muda berbakat Adnan Januzaj yang kini memakai jersi legenda Ryan Giggs.

Manchester United 4-0 QPR

Sudah lama berlalu sejak Alex Ferguson bersara. Dan sejak David Moyes mengambil alih, United bukan lagi pasukan yang disegani. Old Trafford pula bukan lagi menjadi tempat yang digeruni. Pasukan lawan tak lagi hadir ke Old Trafford bersedia untuk kalah. Mereka yakin mereka boleh menang dan keyakinan lawan bukanlah perkara yang baik untuk tuan rumah.

Selepas melabur wang besar-besaran, para peminat gemuruh untuk menyaksikan bintang-bintang baru Gaal-acticos beraksi buat kali pertama dalam satu pasukan. Dan hasilnya...... memang lumayan.

Sudah lama aku tak menyaksikan United beraksi dengan sangat meyakinkan. Ya, mencipta peluang demi peluang. Bukan lagi aksi hambar dan lesu. Bukan lagi berasa lega apabila lawan gagal mencipta peluang. Kini adalah masa untuk menikmati permainan menyerang dan menarik dari kelab utama bandar Manchester. Yes, Manchester always red.

---------------------------------

Salah satu kunci kejayaan United adalah formasi 'berlian' di tengah selain kembali menggunakan empat pertahanan untuk menggantikan sistem tiga pertahanan.

 
Semua pemain baru 2014. Hanya Mata yang dibeli semasa musim perpindahan Januari. Herrera disambar kala awal musim panas. Di Maria sedikit awal sebelum Blind. Kesemua mereka memainkan peranan penting dalam aksi licin dan lincah formasi 'berlian'.

Daley Blind berada di tapak berlian, di hadapan benteng pertahanan. Tugasnya adalah untuk menghentikan serangan lawan dan memulakan serangan United sendiri. Malam itu Blind membuktikan harga yang dibayar United untuk khidmatnya sangat murah berbanding kemampuannya. Walaupun tumpuan diberikan kepada rakan-rakan di depannya, Blind menjalankan tugas hebat secara senyap.

Ander Herrera baru kembali dari kecederaan juga beraksi cemerlang. Menjaringkan satu gol dan mencipta satu lagi gol. Angel Di Maria pula mempamerkan aksi memukau setanding dengan nilainya selaku pemain termahal bola sepak Inggeris. Juan Mata juga menjaringkan gol. Formasi berlian ini membantu Mata menyerlah.

Namun, sebagai alternatif, aku mahu pemain muda berpotensi Adnan Januzaj untuk menggantikan Mata. Januzaj akan beraksi di sayap kiri. Maka Di Maria akan mengambil tempat Mata di hujung berlian.

-------------------------


Selain formasi 'berlian', Van Gaal juga menggantikan sistem tiga pertahanan dan kembali menggunakan empat pemain untuk menjadi kubu. Rafael baru saja kembali dari kecederaan dan Marcos Rojo beraksi buat kali pertama sejak perpindahan dari Sporting Lisbon selepas menyelesaikan masalah visa. Kedua-duanya beraksi cemerlang.

Begitu juga Tyler Blackett, pemain muda berusia 20 tahun yang merupakan produk akademi Manchester United. Blackett sudah beraksi setiap minit dalam empat perlawanan pertama United musim ini. Walaupun usianya masih muda, permainan Blackett begitu matang dan mendapat kepercayaan Van Gaal sejak aksinya dalam perlawanan pra-musim.

Sebagai alternatif kepada barisan utama ini, aku memilih untuk mengekalkan Blackett dan Rojo. Aku menyingkirkan Evans dan memindahkan posisi Rojo dari bek kiri ke bek tengah. Seorang lagi pemain baru yang masih muda, Luke Shaw (19 tahun), akan mengambil tempat Rojo di bek kiri. Seorang lagi pemain muda yang sedang meningkat, Saidy Janko, aku pilih untuk menjadi alternatif kepada Rafael, dan bukannya Antonio Valencia.



IMU & India: Sistem

Assalamualaikum.

Ada junior sekolah menengah tanya aku tentang sistem pelajaran untuk ijazah perubatan. Dia akan ke India sebagai seorang pemegang biasiswa. Agak sukar sebenarnya nak bercerita tentang sistem kerana lain sekolah perubatan, lain juga sistemnya. Aku ambil contoh program berkembar IMU, Manipal dan PMC. Tiga pilihan yang ada untuk zaman aku dari A-Level di INTEC. Aku sendiri produk program berkembar IMU.

Di IMU, ada sistem yang unik. Agak berbeza dengan di tempat lain. Aku bercerita tahun pertama dulu kerana aku pun baru saja memasuki semester ketiga (tahun kedua). Untuk semester pertama, pelajar perubatan IMU mengambil apa yang dinamakan modul asasi (foundation module). Kami belajar asas-asas dan overview untuk semua sistem badan (yang dibahagikan kepada sembilan: cardiovascular, respiratory, hematology, gastrointestinal, endocrine, reproductive, renal, musculoskeletal, nervous).

Tiada peperiksaan penting untuk semester satu. Tapi peperiksaan One Best Answer (OBA) pula dikira maksima 25% dalam penilaian tahun pertama. Semester kedua kami mula belajar sistem badan. Tiga yang pertama. Baki enam: tiga untuk semester tiga, dan tiga untuk semester empat. Sem kedua kami belajar sistem kardiovaskular, pernafasan, dan hematologi.

Peperiksaan penting semester kedua adalah Objective Structured Physical Examination (teori) dan Objective Structured Clinical Examination (amali). 

Apabila bertemu rakan INTEC yang kini belajar di Manipal baru-baru ini, aku sempat bertanya tentang sistem di sana. Sangat berbeza.

Mereka di sana menggunakan sistem blok yang memecahkan semester (enam bulan) kepada beberapa bahagian. Sistem ini juga sama dengan bidang perubatan di Indonesia (juga ada rakan di sana). Pelajar tahun pertama di Manipal belajar tiga subjek: anatomy, physiology, biochemistry. Mereka belajar tiga subjek itu untuk semua sistem badan. Tahun kedua mereka akan sambung dengan beberapa lagi subjek termasuk pharmacology (tentang dadah). Apa bezanya dengan IMU?

Di IMU, untuk tiga sistem badan dalam setiap semester, kami belajar semua disiplin: anatomy,biochemistry, physiology, pathology, microbiology, pharmacology. Di Manipal pula mereka belajar setiap disiplin dalam semua sistem badan. 

Setakat sembang sambil gelak-gelak, sistem di Ireland juga tak sama dengan IMU. Hampir lebih kurang sama dengan Manipal. Begitulah serba sikit ceritanya. Harap junior boleh bersedia. ^_^




Kembali

Assalamualaikum.

Selamat Hari Malaysia ke-51!

Yeah. Aksi Liga Juara-Juara Eropah kembali malam ni untuk musim baru. InsyaAllah aku dapat tengok malam ni sebab esok pun kelas mula lewat. Pagi tak ada kelas. Kelas mula jam 2 petang. Dapatlah aku menyaksikan bintang-bintang ternama beraksi dalam pertandingan berprestij.

Haih, tapi sedih jugak. Pasukan kesayangan aku tak main musim ni. Manchester United hanya di tempat ketujuh liga musim lepas. Tapi musim ni dijangka akan kembali berada dalam tiga pasukan terbaik dan layak automatik ke Liga Juara-Juara musim depan, dengan izin Allah jua.

Walaupun aku peminat tegar Manchester United, tapi aku tetap minat jugak tengok pasukan lain. Malam ni ada beberapa perlawanan yang aku kira menarik dan aku nak tahu keputusannya. 

LIVERPOOL vs Ludogorets (Kump. B)
JUVENTUS vs Malmo (Kump. A)
REAL MADRID vs Basel (Kump. B)
DORTMUND vs ARSENAL (Kump. D)

Perlawanan yang lain tak menarik sangat dari kaca mata aku. Aku nak tengok Liverpool yang kembali ke pertandingan elit ni lepas berzaman sekadar memerhati. Juventus pulak sepatutnya menang mudah. Real Madrid yang masih bergelut akan berdepan laluan sukar berdepan kelab Switzerland. 

Dortmund v Arsenal. Aku nak tengok aksi dua bekas pemain United yang dijual musim panas lepas. Shinji Kagawa yang kembali ke pangkuan Dortmund untuk memakai jersi nombor 7. Dan Danny Welbeck yang kini menjadi penggempur utama Arsenal.

Kalau aku rajin, aku bangunlah. Tapi memang tak sabar rasanya nak tahu keputusan perlawanan-perlawanan tersebut!



Thursday, September 4, 2014

Anak Kedua - Fakta atau Auta

Assalamualaikum.

Malam semalam belek muka buku (FB), ternampak satu post berkaitan rahsia anak kedua. Rahsia sangat. Tak tahu siapa yang rajin buat kajian. Tapi aku tertarik sebab ada benarnya (beberapa kalaupun tak semua). Nak kongsi sikit apa yang tercatat dalam post tu memandangkan aku anak kedua dari lima adik-beradik. 

Meh, kita tengok. Fakta ke auta?

--------------------

1. ANAK MANJA EMAK
Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^_^

Komen: Lalalala~ :D

2. ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia saja yang betul. Dalam ramai-ramai adik beradik dia saja yang 'ketegaq'. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh. Kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya. Boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.   

Komen: Betul. Tsk tsk.

3. TAK PANDAI PUJUK
Memang anak nombor dua ni dia tak pandai pujuk makwe atau pakwe dia.  

Komen: Auta. Pandai je. Kepakaran. :p

4. BERCINTA
   Dia kalau bercinta, sangat setia. Sanggup berkorban.

Komen: Hakikat. Fakta kukuh.

5. HITAM/PUTIH
  Apa yang dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitam lah. Kalau putih, putih lah. Degil tak boleh toleransi.

Komen: Betul, tapi sebenarnya boleh toleransi lagi dengan orang tertentu. (state of denial)

6. HATI
Anak nombor dua ni juga nampak je keras. Tapi hati dia lembut. SATU lagi pe’el dia. Dia tak boleh ditegur.   

Komen: Betul betul betul (gaya Upin Ipin)

7. BERDIKARI 
Very independent. Memang betul. Tapi kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul. 

Komen: Bingo!

8. ARAHAN
 Anak nombor dua ni juga dia payah nak terima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja dengan orang.  

Komen: Ada betulnya. =.=

9. PEMAAF DAN CARING
Tidak dinafikan anak nombor dua ni pun pemaaf dan caring. Tapi awas, jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saja lah.   

Komen: Exactly true.

10. PAKAIAN
Nak semua ‘up to date’. Semua nak kemas.

Komen: Yup, aku suka dengan fesyen terkini.

----------------------------

Mungkin ini tak umum untuk semua anak kedua. Dan tak boleh kata semua ni tepat untuk semua anak nombor dua. Tak semua perkara di atas pun betul untuk aku. Tapi banyak yang betul. Bila aku baca, aku mengangguk-angguk tanda mengiyakan walaupun cuba menafikan (state of denial) perkara-perkara negatif. Aku memang degil, susah nak menerima arahan, dan cukup tegas dengan keputusan (hitam/putih).

Tapi aku jugak sorang yang berdikari. Aku boleh bergerak walaupun tak ada kawan-kawan. Sesekali aku suka bergerak sendiri. Tak perlu bergantung pada masa orang lain. Aku pencinta setia. Dan aku sorang yang caring. ^_^

Korang punya adik-beradik yang nombor dua, rasa macam mana? Fakta ke auta?

    


Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif