Sunday, February 26, 2017

Kemanisan Pengharapan

Assalamualaikum.

Pengharapan itu sangat pahit. Oh, maafkan saya. Pengharapan kepada makhluk itu sangatlah kelat rasanya. Kerana harapan untuk dikecewakan itu sentiasa ada walau seberapa besar pengharapan kita. Namun kemanisan pengharapan itu sangat kebergantungan kita pada Pencipta yang Maha Berkuasa.

Allahuakbar!

-----------------------------------

Saat dalam perjalanan pulang ke kampung halaman untuk memulakan penempatan selektif.

Kad ATM dimasukkan. Nombor pin ditekan. Pilihan 'mengeluarkan wang'.

"Maaf, mesin ini hanya mengeluarkan wang dalam gandaan RM50"

Allahu, tak cukup. Berdebar. Dompet hanya penuh dengan kad, tapi kekurangan wang.

Kad ditarik keluar. Satu lagi kad dipilih. Berkira-kira untuk dimasukkan kad itu kerana dalam ilmuku, tiada wang di dalamnya melainkan tahap minimum yang perlu dikekalkan.

Kad dimasukkan jua. Nombor pin selesai. Pilihan 'memeriksa baki'. Nafas dihela lemah.

Subhanallah. Terbeliak mata. RM5***. Alhamdulillah. Elaun biasiswa sudah dikreditkan untuk semester baru. 

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya bagi Allah.

----------------------------------------------

Sungguh, ketika itu terasa manisnya sebuah pengharapan dari seorang hamba kepada Tuhannya. Saat tiada lagi kemungkinan, yang tinggal hanya keajaiban. Saat menempuh jalan mati, dipersembahkan kasih Ilahi. 

Timing yang sangat sempurna. Maha suci Allah. 

Dialah Pemberi Rezeki. Dialah Maha Pemurah. 

Ar-Rahman, ar-Rahim.

Ku bersyukur. Moga aku terus tunduk dalam terbangku. 

M Fizan
26/2/17




Selamat Hari Lahir

Assalamualaikum.

"How could we not talk about family when family is all we got?
-See You Again-

26 Februari setiap tahun sentiasa menjadi hari yang istimewa.

Selamat ulang tahun kelahiran buat ayahanda tersayang, Md Fared. Tanggal 26 Februari 2017 merupakan sambutan yang ke-51. Alhamdulillah.

Semalam dah sambut dengan makan lamb chop. InsyaAllah malam ni kita sambung lagi dengan kepulangan umi dari urusan kerja di Kuala Lumpur.

Semoga ayah terus dipanjangkan usia dalam keberkatan dan redha Allah. Amiinnn ya Rabb.




Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif