Welcome To My Life...

Saturday, April 26, 2014

Sepagi di Popular

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hari ini diizinkan Ilahi untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga untuk menghabiskan Baucer Buku 1 Malaysia yang diberikan oleh kerajaan Malaysia. 

Awal pagi lagi kami sudah ke Jitra untuk sarapan. Selepas itu, kami pun bergerak ke Alor Star untuk ke pasaraya Star Parade. Sebaik memasuki kedai buku Popular, aku segera ke bahagian alat tulis kerana banyak yang perlu dibeli. 

Apabila bertemu semula ahli keluarga, masing-masing sudah mengusung novel dan komik di tangan. Mujurlah ada dua set baucer (aku dan adik). Pusing punya pusing, cari punya cari, dapatlah dua raga.


Nasib baik kami datang awal (masa kedai bukak). Barisan yang nak bayar pun tak panjang lagi. Tapi di belakang aku, memang beratur panjang sebab dua set baucer nak dihabiskan. Kesian jugak. Nak buat macam mana. Dah kira awal-awal. Memang dekat RM250. Tapi sebab banyak diskaun (guna kad ahli), jadinya banyak lagi yang boleh dibeli, ditambah pula dengan baucer ekstra RM50. Berlari-lari aku cari buku tambahan untuk dibeli. 

Maaflah ya orang belakang yang menanti. Jika kalian sabar, moga Allah jua yang memberi pahala.

Selepas penat memborong, kami lepak di medan selera.

 
Allahuakbar! Dapat tiga naskhah al-Quran berserta terjemahan. Satu untuk umi, kakak, dan adik. Aku tak beli sebab dah tak ada. Moga kami jadi pendamping al-Quran yang setia. Moga Allah redha.


Inilah adik bongsuku, 'Si Comel' sedang membaca buku 'Juz Amma untuk Anak-Anak'. Lega Si Comel dapat buku '366 Kisah Rakyat' jugak. Dan beberapa komik...


Ini judul-judul buku yang aku borong. Alhamdulillah. Moga dapat menambah ilmu di dada. Semuanya berharga RM 95.90. Selepas diskaun, tinggal RM 86.31.


Dua resit panjang.... Semuanya berharga RM 602.81. Fuhh fuhh. Dua set baucer dan dua set baucer ekstra RM 50. Segala puji-pujian hanya bagi Allah.


30 judul buku (dan komik adik-adik). Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Terima kasih kerajaan Malaysia kerna memberi sedikit hak kami. Tolong bagi lebih lagi hak kami sebagai rakyat. Maha Suci Allah. La ilaha ilallah.



Changlun
1945
26/04/2014


Friday, April 25, 2014

Rare Holiday

Assalamualaikum.


Roti sardin adalah juadah pertama yang aku 'bedal' sebaik selamat tiba di bumi Changlun yang keramat. Aku tiba pada pagi Rabu (23 April). Cuti sepatutnya bermula esok (Sabtu). Aku sengaja balik awal sebab budak-budak medik jarang dapat cuti. 

Kami cuti seminggu lebih kali ini untuk detik peralihan dari sistem kardiovaskular ke sistem pernafasan. Aku dah belajar tentang jantung, paru-paru dan penyakit-penyakit yang berkaitan. Fuhh fuhhh. Cuti ni aku nak baca balik semua lecture notes dan nak siapkan tugasan Assigned Independent Reading berkenaan dadah 'statin' yang digunakan untuk mengurangkan kolesterol 'jahat' (Low Density Lipoprotein).

Aku ada satu cerita. Malam aku nak balik tu (Selasa - 22 April), semasa menunggu bas Etika, aku ditegur oleh seorang lelaki berbangsa Cina. 

Dia: Ini platform 6 kan?
Aku: Ya, betul. 10 markah untuk anda. 

Itu bukanlah tujuan aku bercerita tentang dia. Apa yang menariknya. Betapa dia sangat fasih berbahasa Melayu. Orang Aloq Setaq. Pekat loghat utagha dia. Tu diaaaaaa. Katanya nak balik kampung. Dan nak berbulan madu di Langkawi. Dia dan isterinya berkahwin awal tahun ni. Tapi belum sempat untuk bercuti. Namanya Lim, mengajar di UNISEL. 

Moralnya di sini, aku kenal orang-orang Cina yang sangat ramah dan murah dengan senyuman. Satu lagi contoh adalah jiran sebelah rumah aku sendiri di Vista Komanwel C.

Malaysia mempunyai rakyat berbilang bangsa yang dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Malaysia memang boleh!



Changlun
1300
25/04/2014



Thursday, April 17, 2014

Jersi Rumah

Assalamualaikum.

Lepas kelas petang semalam (16 April), aku dan rakan-rakan serumah ke Terminal Bersepadu Selatan untuk makan KFC. Dua orang rakan serumah guna baucer yang mereka dapat lepas jawab survey. Aku tak dapat, jadi makan guna duit sendiri. Selepas tu, aku dan sorang rakan serumah bergerak pula untuk buat jersi rumah.

Memandangkan kami akan menyertai pertandingan anjuran Muslim Society, maka kami sepakat untuk mengadakan projek jersi ni. Sorang penghuni Baitul Kacak perlu bayar RM30. Mulanya aku dan Ipan (nama samaran) ke stesen LRT Bandaraya. Tapi silap. Kami patah balik ke stesen Masjid Jamek, satu stesen sebelum Bandaraya. 

Panjang lagi cerita. Pusing punya pusing, tilik punya tilik, survey punya survey, sukar untuk memutuskan jersi mana yang akan dibeli. Satu kriteria warna dan corak jersi yang nak dipilih. Kedua, soal saiz untuk semua ahli pasukan. Sama ada cukup atau tidak dengan stok di kedai.

Akhirnya, dipendekkan cerita, selepas meredah hujan yang lebat, kami memilih jersi Paris Saint-Germain (PSG). Satu jersi berharga RM20. Seterusnya, sesi meletakkan nama dan nombor. Satu huruf RM2, dan satu nombor RM5. Tak dapat mintak kurang dengan abang tu. =.=


Baju aku siap dulu. Ini hasilnya. Tadaaaa. Tujuh petala langit. Tujuh petala bumi. Tujuh petala cinta. Tujuh hari seminggu. The legendary number of Manchester United.

Lama jugak tunggu. On the way balik singgah stesen Plaza Rakyat untuk beli tiket bas balik Kedah sebab minggu depan cuti lepas habis belajar sistem kardiovaskular. InsyaAllah akan pulang ke Kedah pada hari Selasa (22 April).


Dipendekkan lagi cerita. Balik rumah. Sesi menandatangani pemain baru pasukan Baitul Kacak FC.


Semua jersi dikumpulkan. Tujuh rakan serumah. Dan dua pemain import. Abaikan jersi nombor 25. Sepatutnya lepas nombor 8, memang nombor 9. Tapi....


Harap jersi ni membawa tuah kepada tuannya. InsyaAllah.



Sri Petaling
2350
17/04/2014



Monday, April 14, 2014

Meriah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah yang Maha Agung dan Maha Tinggi. Subhanallah wabihamdihi. Segala puji-pujian hanya bagi Dia.

Atas rahmat-Nya, majlis 'membuka' rumah Baitul Kacak berlangsung dengan sangat lancar dari persiapan sehinggalah jamuan pada hari semalam, Ahad (13 April).


We are housemates!

Persiapan sebenarnya agak terganggu dengan masalah catuan bekalan air yang masih berlarutan di Zon 4. Kami hampir memutuskan untuk menangguhkan majlis tetapi membatalkannya kerana masalah catuan ini tak akan pulih dalam masa terdekat. Poster telah dikeluarkan dan niat ini juga kami pendam sejak semester lepas lagi. Maka kami teruskan jua impian murni ini.

Persiapan awal bermula pada hari Sabtu. Operasi mengemas rumah pada sebelah pagi. Diikuti operasi menggoreng ayam pada sebelah malam. Pecutan terakhir dilakukan pada pagi Ahad. Kami bertungkus-lumus melakukan persiapan untuk mengejar masa kerana tetamu jemputan akan tiba selepas solat Asar. 

Alhamdulillah, dengan izin Allah, kami berjaya walaupun hanya 83% persiapan selesai usai solat Zohor.


Bihun sup dan ayam masak merah. Menu utama, nasi lemak dan nasi tomato. Air sirap limau. Pencuci mulut, dadih perisa strawberi dan mangga. Sedia untuk dijamah tetamu yang kelaparan.

We did it together


Kelihatan tuan rumah sedang menjamu selera. Di sebelah kiri tu penganjur bersama. Dan sebelah kanan, tetamu undangan, Zul (bukan nama sebenar). Beliau nampak ceria kerana makanan terlampau sedap. 


Selfie berjemaah. Depan sekali pun tuan rumah. Ayu sungguh.

Kumpulan usrah. Dua dari kanan tu abang naqib.




Alhamdulillah, meriah. Ada persembahan juga dari salah sorang housemate yang mendendangkan lagu M. Nasir dan Spider, Mantera Semerah Padi.


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Moga rumah ini diberkati Allah sepanjang pengajian kami di IMU. InsyaAllah. Terima kasih kepada tetamu jemputan yang sudi hadir untuk dijamu. 



Sri Petaling
1857
14/04/2014


Tuesday, April 8, 2014

Pemanasan Rumah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selepas dua semester belajar di IMU, akhirnya semua budak Baitul Kachak dapat duit biasiswa untuk sem lepas. Maka kami buat keputusan untuk buat majlis jamuan makan sempena 'pembukaan' rumah. Bahasa omputehnya, pemanasan rumah. Eh, house warming.

InsyaAllah, jika diizinkan Allah, majlis akan dilangsungkan pada hari Ahad, 13 April 2014. Majlis sebelah pengantin lelaki. Eh.

Berasaskan faktor keselamatan dalam negeri, kami bersepakat bahawa hanya Muslim brothers akan dijemput. Jika satu cohort ME213 dijemput sama, dikhuatiri Vista Komanwel C1 akan roboh serta-merta. Jadi untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas yang dahsyat dan pengisytiharan darurat, kami setuju untuk menghadkan tetamu undangan.

Hasil musyawarah dan perbincangan mendalam selama tiga purnama, kami bertujuh akur untuk menjadikan *rahsia* sebagai menu utama. Di sebelah kiri (atas ke bawah), Ipan, Anep, dan Fizan. Di sebelah kanan (bawah ke atas), Azra, Ilham, Fitri. Bawah sekali tu Sifu.

Sekian dulu dari kami. Saya mewakili penghuni Baitul Kacak berharap moga dengan pembukaan rumah ini, rumah kami akan diberkati Allah sepanjang pengajian di IMU ini. InsyaAllah.



Vista Komanwel C1
1600
8/4/2014


Friday, April 4, 2014

Melawat Klinik

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah. Selepas sekian lama melawat klinik sebagai pesakit yang ingin mendapatkan rawatan, semalam aku diberi kesempatan untuk melawat klinik kesihatan sebagai pelajar perubatan yang ingin memerhati perjalanan sistem kesihatan.

Lokasi kejadian

Kerana tak cukup tidur, aku mengalami rasa pening yang amat sangat dalam perjalanan yang agak panjang dari IMU ke Jinjang. Ini adalah lokasi paling jauh berbanding kumpulan lain yang bergerak ke destinasi lebih dekat dari Sri Petaling seperti Klinik Kesihatan (KK) Puchong, atau KK DBKL. 

Bergerak jam 7.30 pagi, kami selamat sampai di KK Jinjang pada jam 9 pagi. Aku dan kumpulan (lapan orang) ke bilik mesyuarat untuk menyimpan barang sebelum sesi orientasi diberikan oleh jururawat dari IMU. Kami melihat persekitaran KK Jinjang.

Selepas itu, kami diberikan peluang sehingga jam 11 pagi untuk melakukan pemerhatian dan berbual dengan pesakit. Aku dan Ernest (bukan nama sebenar) memasuki bilik konsultasi untuk melihat Doktor I (nama samaran) merawat pesakit. Aku sempat melihat pemeriksaan apendiks. 

Dipendekkan cerita, selama sejam setengah itu, banyak perkara baru yang aku belajar. 


Alhamdulillah, memang pengalaman yang menyeronokkan. Buku di tangan tu sebab perlu buat penulisan reflektif tentang lawatan ini. Stetoskop di saku baju tu hanyalah perhiasan. Selalu aku tak pakai tali leher. Tapi semalam diarahkan untuk pakai. Nampak kemas dan bergaya. Lalala~


Akulah doktor untuk ummah yang masih belajar untuk menjadi yang terbaik. Sekian saja entri lawatan ke klinik untuk Sistem Kardiovaskular. Selepas ini, ada satu lagi lawatan ke klinik untuk Sistem Pernafasan. Tak sabar...



Sri Petaling
1030
04/04/2014


Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif