Welcome To My Life...

Friday, April 25, 2014

Rare Holiday

Assalamualaikum.


Roti sardin adalah juadah pertama yang aku 'bedal' sebaik selamat tiba di bumi Changlun yang keramat. Aku tiba pada pagi Rabu (23 April). Cuti sepatutnya bermula esok (Sabtu). Aku sengaja balik awal sebab budak-budak medik jarang dapat cuti. 

Kami cuti seminggu lebih kali ini untuk detik peralihan dari sistem kardiovaskular ke sistem pernafasan. Aku dah belajar tentang jantung, paru-paru dan penyakit-penyakit yang berkaitan. Fuhh fuhhh. Cuti ni aku nak baca balik semua lecture notes dan nak siapkan tugasan Assigned Independent Reading berkenaan dadah 'statin' yang digunakan untuk mengurangkan kolesterol 'jahat' (Low Density Lipoprotein).

Aku ada satu cerita. Malam aku nak balik tu (Selasa - 22 April), semasa menunggu bas Etika, aku ditegur oleh seorang lelaki berbangsa Cina. 

Dia: Ini platform 6 kan?
Aku: Ya, betul. 10 markah untuk anda. 

Itu bukanlah tujuan aku bercerita tentang dia. Apa yang menariknya. Betapa dia sangat fasih berbahasa Melayu. Orang Aloq Setaq. Pekat loghat utagha dia. Tu diaaaaaa. Katanya nak balik kampung. Dan nak berbulan madu di Langkawi. Dia dan isterinya berkahwin awal tahun ni. Tapi belum sempat untuk bercuti. Namanya Lim, mengajar di UNISEL. 

Moralnya di sini, aku kenal orang-orang Cina yang sangat ramah dan murah dengan senyuman. Satu lagi contoh adalah jiran sebelah rumah aku sendiri di Vista Komanwel C.

Malaysia mempunyai rakyat berbilang bangsa yang dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Malaysia memang boleh!



Changlun
1300
25/04/2014



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif