Welcome To My Life...

Friday, April 4, 2014

Melawat Klinik

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah. Selepas sekian lama melawat klinik sebagai pesakit yang ingin mendapatkan rawatan, semalam aku diberi kesempatan untuk melawat klinik kesihatan sebagai pelajar perubatan yang ingin memerhati perjalanan sistem kesihatan.

Lokasi kejadian

Kerana tak cukup tidur, aku mengalami rasa pening yang amat sangat dalam perjalanan yang agak panjang dari IMU ke Jinjang. Ini adalah lokasi paling jauh berbanding kumpulan lain yang bergerak ke destinasi lebih dekat dari Sri Petaling seperti Klinik Kesihatan (KK) Puchong, atau KK DBKL. 

Bergerak jam 7.30 pagi, kami selamat sampai di KK Jinjang pada jam 9 pagi. Aku dan kumpulan (lapan orang) ke bilik mesyuarat untuk menyimpan barang sebelum sesi orientasi diberikan oleh jururawat dari IMU. Kami melihat persekitaran KK Jinjang.

Selepas itu, kami diberikan peluang sehingga jam 11 pagi untuk melakukan pemerhatian dan berbual dengan pesakit. Aku dan Ernest (bukan nama sebenar) memasuki bilik konsultasi untuk melihat Doktor I (nama samaran) merawat pesakit. Aku sempat melihat pemeriksaan apendiks. 

Dipendekkan cerita, selama sejam setengah itu, banyak perkara baru yang aku belajar. 


Alhamdulillah, memang pengalaman yang menyeronokkan. Buku di tangan tu sebab perlu buat penulisan reflektif tentang lawatan ini. Stetoskop di saku baju tu hanyalah perhiasan. Selalu aku tak pakai tali leher. Tapi semalam diarahkan untuk pakai. Nampak kemas dan bergaya. Lalala~


Akulah doktor untuk ummah yang masih belajar untuk menjadi yang terbaik. Sekian saja entri lawatan ke klinik untuk Sistem Kardiovaskular. Selepas ini, ada satu lagi lawatan ke klinik untuk Sistem Pernafasan. Tak sabar...



Sri Petaling
1030
04/04/2014


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif