Welcome To My Life...

Thursday, April 17, 2014

Jersi Rumah

Assalamualaikum.

Lepas kelas petang semalam (16 April), aku dan rakan-rakan serumah ke Terminal Bersepadu Selatan untuk makan KFC. Dua orang rakan serumah guna baucer yang mereka dapat lepas jawab survey. Aku tak dapat, jadi makan guna duit sendiri. Selepas tu, aku dan sorang rakan serumah bergerak pula untuk buat jersi rumah.

Memandangkan kami akan menyertai pertandingan anjuran Muslim Society, maka kami sepakat untuk mengadakan projek jersi ni. Sorang penghuni Baitul Kacak perlu bayar RM30. Mulanya aku dan Ipan (nama samaran) ke stesen LRT Bandaraya. Tapi silap. Kami patah balik ke stesen Masjid Jamek, satu stesen sebelum Bandaraya. 

Panjang lagi cerita. Pusing punya pusing, tilik punya tilik, survey punya survey, sukar untuk memutuskan jersi mana yang akan dibeli. Satu kriteria warna dan corak jersi yang nak dipilih. Kedua, soal saiz untuk semua ahli pasukan. Sama ada cukup atau tidak dengan stok di kedai.

Akhirnya, dipendekkan cerita, selepas meredah hujan yang lebat, kami memilih jersi Paris Saint-Germain (PSG). Satu jersi berharga RM20. Seterusnya, sesi meletakkan nama dan nombor. Satu huruf RM2, dan satu nombor RM5. Tak dapat mintak kurang dengan abang tu. =.=


Baju aku siap dulu. Ini hasilnya. Tadaaaa. Tujuh petala langit. Tujuh petala bumi. Tujuh petala cinta. Tujuh hari seminggu. The legendary number of Manchester United.

Lama jugak tunggu. On the way balik singgah stesen Plaza Rakyat untuk beli tiket bas balik Kedah sebab minggu depan cuti lepas habis belajar sistem kardiovaskular. InsyaAllah akan pulang ke Kedah pada hari Selasa (22 April).


Dipendekkan lagi cerita. Balik rumah. Sesi menandatangani pemain baru pasukan Baitul Kacak FC.


Semua jersi dikumpulkan. Tujuh rakan serumah. Dan dua pemain import. Abaikan jersi nombor 25. Sepatutnya lepas nombor 8, memang nombor 9. Tapi....


Harap jersi ni membawa tuah kepada tuannya. InsyaAllah.



Sri Petaling
2350
17/04/2014



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif