Saturday, April 26, 2014

Sepagi di Popular

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hari ini diizinkan Ilahi untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga untuk menghabiskan Baucer Buku 1 Malaysia yang diberikan oleh kerajaan Malaysia. 

Awal pagi lagi kami sudah ke Jitra untuk sarapan. Selepas itu, kami pun bergerak ke Alor Star untuk ke pasaraya Star Parade. Sebaik memasuki kedai buku Popular, aku segera ke bahagian alat tulis kerana banyak yang perlu dibeli. 

Apabila bertemu semula ahli keluarga, masing-masing sudah mengusung novel dan komik di tangan. Mujurlah ada dua set baucer (aku dan adik). Pusing punya pusing, cari punya cari, dapatlah dua raga.


Nasib baik kami datang awal (masa kedai bukak). Barisan yang nak bayar pun tak panjang lagi. Tapi di belakang aku, memang beratur panjang sebab dua set baucer nak dihabiskan. Kesian jugak. Nak buat macam mana. Dah kira awal-awal. Memang dekat RM250. Tapi sebab banyak diskaun (guna kad ahli), jadinya banyak lagi yang boleh dibeli, ditambah pula dengan baucer ekstra RM50. Berlari-lari aku cari buku tambahan untuk dibeli. 

Maaflah ya orang belakang yang menanti. Jika kalian sabar, moga Allah jua yang memberi pahala.

Selepas penat memborong, kami lepak di medan selera.

 
Allahuakbar! Dapat tiga naskhah al-Quran berserta terjemahan. Satu untuk umi, kakak, dan adik. Aku tak beli sebab dah tak ada. Moga kami jadi pendamping al-Quran yang setia. Moga Allah redha.


Inilah adik bongsuku, 'Si Comel' sedang membaca buku 'Juz Amma untuk Anak-Anak'. Lega Si Comel dapat buku '366 Kisah Rakyat' jugak. Dan beberapa komik...


Ini judul-judul buku yang aku borong. Alhamdulillah. Moga dapat menambah ilmu di dada. Semuanya berharga RM 95.90. Selepas diskaun, tinggal RM 86.31.


Dua resit panjang.... Semuanya berharga RM 602.81. Fuhh fuhh. Dua set baucer dan dua set baucer ekstra RM 50. Segala puji-pujian hanya bagi Allah.


30 judul buku (dan komik adik-adik). Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Terima kasih kerajaan Malaysia kerna memberi sedikit hak kami. Tolong bagi lebih lagi hak kami sebagai rakyat. Maha Suci Allah. La ilaha ilallah.



Changlun
1945
26/04/2014


1 comment:

Mira Kagimoto said...

baucer buju dpt setiap semester ye??
nnk tggu my adik dpt lah..boleh mintak buku :)

jemput ke my blog - http://giragiraromantic.blogspot.com/2014/05/jelita-1997.html

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif