Welcome To My Life...

Tuesday, March 27, 2012

Kita Tentukan



Assalamualaikum..
Salam sejahtera..

There is only one thing that makes a dream impossible to achieve: the fear of failure.

Sila angguk laju-laju. Memang benar dan tak dapat dinafikan. Kita bermimpi. Kita ingin mencapai sesuatu. Kita begitu bersemangat. Menuju satu cita. Matlamat setinggi angkasa. Berkobar-kobar jiwa membara. Tapi tiba-tiba....

Kita terbayang kegagalan. Perkataan "GAGAL" bermain-main di fikiran. Beban malu menghimpit perasaan. Kita takut dengan bayangan. Serta-merta lenyap impian. Lantaran takut dengan hasutan syaitan.

Siapa yang lebih berkuasa? Kita atau Yang Maha Esa? Kita hanya perlu berusaha. Mengorak langkah untuk berjaya. Tawakal selepas mencuba. Redha saja apa jua takdir-Nya.

Masa lalu sudah ditinggalkan. Masa depan?










p peluk s : Kita tentukan....



Saturday, March 24, 2012

Bila Bosan Bertakhta


Assalamualaikum..
Salam sejahtera Lelaki Dari Marikh hulurkan.. :)

Bila bosan-bosan, kita pergi jalan-jalan. Malam atau siang, kita dah tak pandang. Biar apa pun menghalang, asalkan hati senang.



I-City. Kali pertama aku sampai selepas dua semester di Shah Alam. ^_^
Seronpk jugak tengok pokok warna-warni.


Dua orang rakan sekelas. Adib dan Syahid. Patutnya ada sorang lagi.
Tapi Azri tak nak ikut.

Pengajarannya, biar apa pun berlaku kerana pengalaman adalah guru.
Errr.... aku merapu di situ.









p peluk s : Saturday night movie....

Wednesday, March 21, 2012

Tak Dengar Cakap



Assalamualaikum..
Salam sejahtera semuanya..

Aku mulakan dengan satu petikan kata-kata.
"Some humans would do anything to see if it was possible to do it. If you put a large switch in some cave somewhere, with a sign on it saying 'End-of-the-World Switch. 'PLEASE DO NOT TOUCH', the paint wouldn't even have time to dry."
-Terry Pratchett, Thief of Time-

Betul tak apa yang Terry cakap? Maksudnya, manusia ni ada satu perangai. Bukan semua, tapi sebahagian daripada kita. Satu sikap yang sememangnya tak baik tapi seringkali dilakukan. Sikap tu adalah tak dengar cakap. Perangai buruk suka menentang arahan. Ingkar.

Pernah kan korang nampak papan tanda "dilarang memijak rumput". Haaa, ada lar orang dengan bangganya akan terus memijak rumput sebaik saja nampak papan tanda tersebut. Bukan korang yang baca lar, orang lain. Saja suka-suka. Rasa bahagia dapat melanggar arahan.

Apa sebab diorang macam tu? Sebabnya adalah diorang nak tengok apa akan terjadi kalau buat benda yang dilarang. Sebab tu lar ada orang yang suka langgar peraturan. Dia nak tengok boleh tak orang tangkap dia. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya gedebuk ke tanah jua kan. ^_^

Kepada korang yang suka mencuba apa yang orang tak bagi buat tu, insaf lar ya. Ada lar sebab orang larang. Renung-renungkan. Selamat beramal. Wassalam. :)











p palang s : Tahniah pelajar cemerlang SPM..

WW #31 : Everywhere


Tuesday, March 20, 2012

Cinta Seorang Wanita



Assalamualaikum..

Aku menjelajah internet mencari madah-madah indah tadi. Aku terjumpa ni. Petikan kata-kata Bob Marley. Aku pun tak pasti sahih tak sumber asal ni. Sori lar dalam bahasa omputeh. Harap korang faham. Kalau tak, cari kamus. ^_^

Pesanan untuk lelaki. Mencari tips bagaimana memikat seorang wanita? Sila baca laju-laju. Kaum hawa pun boleh baca. Cer tengok betul tak apa yang Bob Marley cakap.

You may not be her first, her last, or her only.
She loved before she may love again.
But if she loves you now, what else matters?
She's not perfect - you aren't either,
and the two of you may never be perfect together,
but if she can make you laugh, cause you to think twice,
and admit to being human and making mistakes,
hold onto her and give her the most you can.
She may not be thinking about you every second of the day,
but she will give you a part of her that she knows you can break - her heart.
So don't hurt her, don't change her,
don't analyze and don't expect more than she can give.
Smile when she makes you happy,
let her know when she makes you mad,
and miss her when she's not there."

Kaum hawa, betul ke kata-kata ni menggambarkan korang atau penipuan semata-mata? Haha. Yang pasti aku suka. Renung-renungkan.









p palang s : Sibuknya hidup ni..

Monday, March 19, 2012

Aku Masih Ingat



Assalamualaikum..

Aku masih ingat. Setahun yang lalu. Sehari sebelum mengambil keputusan SPM. Debaran menggoncang jiwa raga. Baring pun mata tak nak terpejam. Resah ya amat. Rasa nak berlari ke masa silam kanak-kanak. Ceria dan riang. Tiada kerisauan.

Pagi itu. Aku bangun dengan kebimbangan yang dahsyat. Masa depan yang menjadi tanda tanya. Harapan umi dan ayah yang terpikul di bahu. Berat. Rasa seksa kaki melangkah ke gedung ilmu.

Sebaik mendapat slip keputusan, syukur kupanjatkan ke hadrat Ilahi. Tiada gantinya nikmat yang Kau kurniakan. Segala usaha berbalas. Hari ini aku menuju cita demi negara, bangsa dan agama.

Para juniorku sekalian, aku pernah merasai situasi korang. Kepada Allah jua kita berserah dan bertawakal. Apa jua keputusan yang korang dapat, itulah hasil usaha korang.

Semoga berjaya semua graduan SPM 2011 seMalaysia terutama adik-adikku di SMK Bandar Baru Sintok. ^_^

Kepada senior-senior lain, mari kita doakan diorang..











p peluk s : Masihkah kau ingat?

Imagine You Are Them



Assalamualaikum...

Tahniah diucapkan kepada kumpulan Shiro yang telah menjuarai Raja Lawak musim keenam. Pada awalnya aku penonton neutral. Tetapi akhirnya aku tidak dapat mengelak daripada menjadi peminat diorang. Ketika para peserta lain berhempas pulas cuba menghiburkan penonton, diorang berjaya menggeletek hati penonton secara konsisten. Begitu juga naib juara iaitu kumpulan Zero, barisan adik-beradik dari Kudat, Sabah. Diorang sememangnya layak berada di kedudukan teratas.


Shiro dalam gambar pertama adalah anjing Shin Chan. Ini kumpulan Shiro, juara Raja Lawak 6 yang sebenarnya. Nak buat macam mana, aku Google search mula-mula dapat gambar anjing Shin Chan. Hewhew ^_^

Okey, entri ni diterbitkan lewat bukan semata-mata untuk mengucapkan tahniah kepada juara dan naib juara. Tetapi untuk mengkritik sikap orang kita. Ya, orang kita yang sesuki jantung dan limpa menempelak para peserta yang tersingkir lebih awal kerana tidak lucu.

Di manakah letaknya sifat empati kita? Cuba kita letakkan diri kita dalam 'kasut' diorang. Cuba bayangkan kita dalam situasi diorang sebelum kita begitu mudah mengata. Bukan mudah untuk membuat orang lain ketawa. Malah lebih sukar membuat semua orang ketawa. Berpeluh sampai banjir satu Malaysia pun belum tentu boleh.

Seorang pelawak juga tak mampu menghiburkan semua golongan. Mungkin ada. Mungkin satu dalam sejuta. Permata yang sukar dicari ganti. Aku suka gandingan Johan dan Zizan yang begitu mantap. Jika kita masih bernafas ketika zaman pelawak-pelawak hebat muncul, hargailah peluang itu.

Bukan mudah mencari idea untuk berlawak. Itu yang kita perlu faham. Hargai usaha diorang. Bukan memaksa diri untuk ketawa. Tapi janganlah begitu mudah mencerca. Sekurang-kurangnya diorang mencuba.

Persembahan Shiro untuk tugasan pertama minggu akhir sangat-sangat mencuit hati aku. Korang boleh lar cari di Youtube untuk menonton buat kali pertama atau menonton semula. Selamat berhibur! ^_^












p palang s : Imagine we are them...


Sunday, March 18, 2012

Uji Kelajuan Menaip



Assalamualaikum...
Salam sejahtera buat para pembaca..
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.. :)

Haa.. Nampak kan gambar di atas? Itu adalah hasil ujian aku. Bukan berniat nak riak. Tapi mencabar korang semua untuk mengatasi Lelaki Dari Marikh. Hewhew. Aku mula-mula cuba ni tiga hari lepas. Memang tak sabar-sabar nak tahu kepantasan aku menaip selaku seorang blogger tegar. Challenge accepted.

Dan aku konsisten menaip pada kelajuan 60-70 perkataan dalam seminit. Rekod peribadi aku adalah 74 perkataan per minit. Aku memerlukan antara 87-94 saat untuk menaip 500 karakter yang diperlukan untuk melengkapkan ujian itu. Masa terpantas yang pernah aku dapat ialah 85 saat. Fuhh, aku memang tak dapat pergi lebih laju. Korang ada bran?? ^_^

Korang perlu tiru sebijik-sebijik perenggan yang dia bagi tanpa sedikit pun kesilapan. Kalau silap dia akan bagi amaran "ERROR - use the Backspace key". Noktah, koma, huruf besar, ejaan semua kena sempurna.

Practices make perfect. Jadi cuba lar untuk menaip sepantas mungkin. Kalau tak puas hati, cuba dan cuba lagi. Itulah rahsia kejayaan. Nak cuba, klik gambar di atas atau KLIK SINI..

Selamat mencuba! ^_^









p peluk s : Nak laju lagi...

Saturday, March 17, 2012

Inilah Masanya



Assalamualaikum..

Dalam entri ni, aku telah menyoal soalan dalam gambar di atas. Ada sorang jer bagi jawapan yang betul. Tahniah kepada Cik Jue. Hebat juga ya. Nak hadiah apa? Nanti Lelaki Dari Marikh beli di Kedai RM2! ^_^

Okey, Lelaki Dari Marikh bagi korang peluang nak fikir dulu buat kesekian kalinya. Kalau yang pertama kali tengok soalan ni, cepat memerah otak dan keringat untuk mencari jawapan. Jeng jeng jeng...... inilah masanya......


10


9


8


7


6


5


4


3


2


1


Jawapan untuk soalan berwarna biru tu adalah dua (2). Mudah saja. Cer korang kira jumlah lubang (hole) pada setiap digit sebelum tanda equal to (=). Maksudnya, kalau digit 7111, tiada langsung lubang pada nombor-nombor tersebut. Tapi pada 6666, ada empat lubang. Satu pada setiap digit. Haaa, senang jer kan. ^_^

"Sometimes the questions are complicated and the answers are simple."

Remember that! Korang cer tanya adik-beradik atau kawan-kawan korang.
Have fun! =)











p peluk s : Masa untuk kembali...


Friday, March 16, 2012

Amah Oh Amah


Assalamualaikum..

Lebih sedekad lalu

Tiga belas tahun dulu, aku baru berusia enam tahun. Ketika ini penderaan orang gaji masih di peringkat awal. Sudah mula timbul bibit-bibit kekejaman manusia terhadap makhluk sebangsa. Nilai kemanusiaan mula terhakis seiring peredaran zaman menuju era milenium. Arus modenisasi membadai kehidupan manusia dan menghanyutkan mereka yang mudah terleka.

Aku masih ingat kisah itu. Amah jiranku melarikan diri ke rumahku kerana tidak tahan didera. Aku yang masih kecil mula memahami satu hakikat. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Amah ketika itu sering ditindas dan dizalimi majikan. Mereka sering melarikan diri kerana tidak tahan didera siang dan malam.

Masa beredar

Semakin ramai amah melarikan diri. Bukan saja kerana didera. Tidak didera pun mereka lesap. Bersama harta benda majikan. Malah ada kes anak majikan turut hilang bersama. Realiti yang membuatkan aku menggelengkan kepala dalam proses menuju kedewasaan.

Lebih sedekad kemudian

Hari ini 16 Mac 2012. Terpampang di muka depan akhbar Kosmo. Amah dilayan seperti tuan. Menerima gaji minimum sebulan RM 700. Untuk SATU KERJA SAHAJA! Mengapa aku tekankan perkataan itu? Dulu amah diseksa melakukan semua kerja. Jaga anak majikan, basuh baju, kemas rumah, memasak, dan semua jenis kerja berat. Gaji pula rendah. Kini realiti sudah berubah. Amah digaji hanya untuk satu kerja. Jika memasak, tidak perlu mengemas rumah.

Bermakna seorang majikan perlu menggaji beberapa orang amah jika terlalu malas. Malah amah hanya kerja pada waktu pejabat. Malam tidak boleh diganggu dalam sesetengah kes. Mereka cuti pada hujung minggu. Jika begini, aku juga ingin bekerja sebagai amah. Mudah dan senang. ^_^

Akan datang

Mungkinkah amah akan menerima gaji permulaan setinggi pensyarah berpendidikan tinggi? Siapa tahu? Jika dunia ketika ini sudah boleh dikatakan gila, bagaimana dengan masa depannya? Renung-renungkan...










p palang s : Tak masuk akal..

Thursday, March 15, 2012

Thousand Years


Assalamualaikum..

Hari yang istimewa untuk Lelaki Dari Marikh.. :)

1000 days after we first talked to each other
Along this path we endured agonizing test
That tried to separate us apart
We passed millions of hard problem
That always broke our heart
And we went through many wonderful moments
Worthy all the pain we felt
Together

Yes, it just thousand days
Not thousand or even ten years
But the Sun rose 1000 times
And the moon appeared in thousand nights

They don't feel so they don't know
We, that went through everything
Triumph and disaster
Sweet, spicy, sour and bitter
Happiness and sadness
Togetherness and loneliness
We listen to each other
We know better

Even distance separate us away
Far from forever I will stay
Not because I promise it my girl
But because my love is eternal
I want the best for your future
Happy 1000th day of knowing-each-other

Sengaja aku tulis dalam bahasa omputeh.. supaya tak dilabel jiwang.. haha.. kalau nak kutuk lebih baik korang tekan pangkah jer okey?? Kalau korang rasa baru korang tau.. jadi kepada yang tak faham, sila geleng kepala dan beristighfar.. sekian, wassalam.. :)









p peluk s : Colors and promises..


Wednesday, March 14, 2012

Tuesday, March 13, 2012

Mengaku Saja

Assalamualaikum..

Salam sejahtera buat para pembaca yang dikasihi.
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam. :)


Seringkali ayat-ayat dalam gambar di atas menjadi falsafah kita. Mungkin tidak sesuai untuk dikatakan semua orang berperangai sebegini. Tetapi majoriti dalam kalangan kita akan berdalih untuk menafikan kebenaran. Mengelak untuk mengakui kesalahan. Kita lupa tiga jari menuding ke arah diri sendiri apabila kita menuding satu jari kepada orang lain.


"Saya tak buat! Ali yang buat!"

"Bukan salah saya. Dia yang kacau saya dulu."
"Dia yang buat, der. Aku tengok je."

And the list goes on...... Kita cenderung untuk tidak mengaku salah dan menafikan kesalahan kita dengan bermati-matian. Malah lebih teruk lagi kita membuat tuduhan balas. This is sick, people! Ludicrous!! Insane! Apakah kita belum cukup matang untuk menyedari kekhilafan yang kita lakukan dan mengakuinya?

Bukan sukar untuk mengakui kelemahan kita. Tiada siapa yang sempurna. Kita semua insan biasa.


Sometimes we have to keep quiet,
accept that we do wrong,
not because we give up,
but because we are ADULTS.

Aku rasa semuanya jelas menerusi petikan kata-kata di atas. Ada ketika senyap itu lebih baik. Usah menafikan kesilapan kita yang terang dan nyata. Bukan kerna kita menyerah, tetapi kerana kita cukup matang dan dewasa.

Sedikit santapan rohani untuk dihadam kita semua. Berpesan untuk diri sendiri jua. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah yang Maha Esa. Yang lemah itu kekhilafan diri ini, hamba-Nya yang lemah singgah mencari bekalan di dunia fana.










p tumbuk s : Gaya penulisan baru.. ^_^

Monday, March 12, 2012

Mari Uji Minda


Assalamualaikum..

Korang rasa nak uji minda? Korang rasa IQ korang lagi tinggi dari Albert Einstein? Mari kita main satu permainan.. aku tak tahu korang pernah tengok tak kuiz ni.. kepada yang pernah bermain tu, senyum lar.. ^_^ kepada yang belum pernah main, sila perhatikan betul-betul nombor-nombor di bawah ni dan selesaikan soalan terakhir.. ayuh kita mulakan!!

8809 = 6
7111 = 0
2172 = 0
6666 = 4
1111 = 0
7662 = 2
9313 = 1
2222 = 0
8193 = 3
8096 = 5
9881 = 5
5555 = 0
6855 = 3

Soalannya :
2581 = ????

Jika anda bijak laksana, apakah jawapannya?
^_^









p cium s : Selamat mencuba!!


Jangan Mengalah



Assalamualaikum..

Seperti yang kita semua telah ketahui, wira badminton kebanggaan dan kesayangan kita semua, Datuk Lee Chong Wei gagal melengkapkan hatrik menjuarai All England malam tadi.. Lee Chong Wei terpaksa akur akan kehebatan bintang handalan China dan juga musuh ketatnya, Lin Dan.. aku sentiasa mengatakan Lin Dan dan Lee Chong Wei merupakan dua pemain badminton terbaik dunia ketika ini, jauh di hadapan para pesaing mereka.. Lee Chong Wei satu kelas di atas peloton yang cuba mengejar.. dan Lin Dan - Raja Badminton Dunia - berada di satu tahap yang lebih tinggi..

Namun begitu, malam tadi Datuk LCW tidak tewas dalam erti kata yang sebenar.. walaupun Lin Dan menang set pertama 21-19 dan sedang mendahului 6-2 dalam set kedua, pastinya 'Tembok Besar China' itu kecewa apabila gagal membuktikan dia lebih baik dalam final yang dinanti-nantikan tersebut.. Datuk LCW mengangkat bendera putih dalam keadaan beliau tidak berada pada kecergasan terbaik..

Kecederaan bahu yang menghantuinya dilupakan untuk tidak mengecewakan para peminat setia di gelanggang yang menantikan aksinya.. beliau mempamerkan aksi melawan kejar-mengejar sebelum akur melepaskan set pertama.. akhirnya beliau terpaksa menyerah setelah kesakitannya memaksa beliau menyerahkan kejuaraan itu kepada Lin Dan yang juga terkejut.. beliau merelakan Lin Dan menjadi pemain pertama dalam sejarah memenangi All England lima kali (2004,2006,2007,2009,2012) dalam era Terbuka..

Aku masih ingat komen pengulas, "Enough is enough.." Datuk LCW sedar tiada guna menambah kecederaannya dengan pingat emas Sukan Olimpik menjadi sasaran utama.. beliau tidak mengaku kalah dengan sengaja sepertimana komentar dilemparkan, "The injury must be severe.. Lee Chong Wei will never give up easily." Kita kenal harimau legenda kita yang gagah berjuang.. pantang mundur.. tapi ini bukan harinya beliau berdegil..

It's okay Datuk Lee Chong Wei..
You are still national hero and Malaysia number one
..









p palang s : Redha...

Sweet Dream

Entri bola.. jangan klik pangkah.. tak berminat, sila TEKAN NI..

Assalamualaikum..

Sementara menanti perlawanan akhir All England antara Lee Chong Wei vs Lin Dan yang akan bermula sebentar lagi, aku nak sebarkan kegembiraan aku ke seantero dunia.. haha.. tadi ada dua perlawanan Liga Perdana Inggeris berlangsung melibatkan dua kelab dari bandar Manchester yang sedang menguasai carta liga..

Keputusan kedua-dua perlawanan hari ini mungkin mengubah destinasi trofi liga.. tahniah kepada Manchester United.. mereka kembali bertakhta di puncak liga.. City pula tewas untuk kehilangan posisi nombor satu dan kini mengekori United dengan satu mata..

Manchester United 2-0 West Bromwich Albion
Swansea City 1-0 Manchester City

Kedua-dua tuan rumah menang.. malang buat para penyokong Manchester City, pasukan mereka tumbang di gelanggang lawan selepas dibenam jaringan pemain gantian, Luke Moore pada minit ke-83.. supersub yang tidak dikawal menanduk kencang melepasi Joe Hart..

Aku sampai ke peringkat menulis entri ni kerana hari ni aku betul-betul puas hati dengan aksi Manchester United, pasukan kegemaran aku.. walaupun aku penyokong tegar dan fanatik, aku tak dapat menafikan walau dengan apa hujah sekalipun, United beraksi buruk dalam beberapa perlawanan terakhir sebelum ni.. dan syukurlah United masih mampu menamatkan perlawanan selaku pemenang kecuali perlawanan terakhir di mana United tewas 2-3 kepada Athletic Bilbao di gelanggang sendiri..

West Brom beraksi hebat sejak akhir-akhir ini.. tapi sebentar tadi United terlalu gagah untuk ditandingi.. baru hari ni aku dapat melihat Manchester United seperti mana mereka selayaknya beraksi.. sebelum ni, aku selaku peminat setia sangat kecewa dengan aksi longlai mereka.. tidak lagi malam ini.. aksi yang memukau, permainan sepasukan yang lancar dan serangan bertali-arus.. INI BARU BETUL-BETUL MANCHESTER UNITED!!

Secara kasar, jumlah percubaan 20-7 memihak kepada United.. dan aku rasa 2-0 tidak menggambarkan situasi sebenar permainan di mana United dengan mudah boleh menang 10-0 jika Javier Hernandez dan Danny Welbeck lebih bernasib baik.. malang sekali, hari ini bukan milik mereka berdua.. Welbeck mengulangi nasib buruk Fernando Torres (Chelsea) apabila terlepas peluang sedangkan pintu gol ternganga luas.. Chicharito (Hernandez) pula kurang bernasib baik.. deretan peluang keemasan dipersiakan termasuk satu rembatan terkena tiang dan satu lagi sepakan melambung tinggi dari jarak enam ela..

Boleh dikatakan semua pemain beraksi cemerlang.. Jones-Evans-Ferdinand-Evra membina satu rangkaian pertahanan kental dan mantap.. de Gea begitu tenang di antara dua tiang.. jarang diuji tetapi apabila diperlukan, dua aksi menyelamat berkualiti dihasilkan.. Welbeck-Scholes-Carrick-Young menjadi satu unit tengah yang berkesan.. Welbeck mengejutkan apabila mengambil posisi Nani di sayap kanan.. begitu efektif walaupun dia lebih bergerak di serata padang meninggalkan Jones berlari naik dan turun di sebelah kanan..

Rooney-Hernandez membentuk gandingan yang begitu mengancam musim lepas.. hari ni juga mereka sangat serasi.. Rooney menjaringkan kedua-dua gol.. gol pertama dia menyempurnakan percubaan Hernandez yang sedang menuju ke dakapan penjaga gol lawan, Ben Foster.. gol kedua pula menerusi sepakan penalti.. Chicharito berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaringkan gol tetapi tuah tidak menyebelahinya..

Selepas kedudukan selesa 2-0, Ferguson merehatkan tonggak utama untuk bersedia menghadapi perlawanan Liga Europa di Sepanyol pada Jumaat ini.. Paul Scholes dikeluarkan dan digantikan pemain berpotensi besar, Paul Pogba.. dan kemudian Danny Welbeck digantikan seorang lagi pemain muda, Tom Cleverley.. Cleverley kembali semula selepas tercedera baru-baru ini.. kecederaan susulan selepas berehat panjang.. Cleverley-Pogba membentuk gandingan centre-midfield yang aku tunggu-tunggu.. :)

Keseluruhannya, inilah pasukan United sebenar apabila mereka beraksi pada keupayaan dan kualiti mereka.. masalah mereka adalah prestasi yang tidak konsisten.. aku harap permainan seperti malam ini berkekalan.. perlawanan seterusnya menentang Athletic Bilbao sangat penting untuk terus bertahan dalam Liga Europa.. United perlu menjaringkan minimum dua gol untuk mara..

Lee Chong Wei next!!!










p peluk s : Cantik bintang malam ni...


Sunday, March 11, 2012

Hargailah


Assalamualaikum..

Susah sangat ke kita ni nak menghargai sesuatu? Memang betul.. lumrah manusia.. tak reti menghargai apa yang ada.. hanya reti menghargai apa yang PERNAH ada selepas kehilangan.. sesal kemudian tak berguna lagi..

Bukan susah mana pun kan nak menghargai seseorang.. jangan biarkan penghargaan itu terpendam di dalam hati.. nyatakan penghargaan kita.. walaupun sekadar ucapan terima kasih, itu sudah cukup bermakna untuk orang yang berusaha berkorban untuk membuat kita bahagia.. lalu mengapa kita terlalu ego untuk menyatakan penghargaan?

Dalam surah Yasin, Allah telah berfirman yang mafhumnya berbunyi "lalu mengapa mereka tidak bersyukur?".. seseorang atau sesuatu yang betul-betul bermakna biasanya hanya sekali seumur hidup.. nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita.. kita haruslah bersyukur dengan rahmat Ilahi..

Ucapkan alhamdulillah.. nyatakaan perhargaan..
"Terima kasih", sukarkah untuk dilafazkan?











p palang s : Renungkan..

Friday, March 9, 2012

Ukhuwah Fillah


Assalamualaikum..

Sebaik saja kelas tamat petang semalam, aku dan semua rakan-rakan sekelas 12M5 untuk semester ni dan semester lepas bergerak secara berjemaah ke Seksyen 18, Shah Alam untuk outing kelas.. tak ada apa-apa sebab tertentu pun.. saja kitorang semua nak berlibur sebelum cuti pertengahan semester bermula hari ni..

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.. walaupun rancangan hanya dimaklumkan pada waktu pagi, pada waktu petangnya hampir semua dapat dikumpulkan.. walaupun warga lelaki tinggal nun jauh di Seksyen 6 dan tempat yang dituju kitorang ni adalah kawasan kediaman pelajar perempuan, semua berkorban demi menyokong rancangan sesama saudara manusia biarpun berlainan bangsa, agama dan warna kulit..

Alam menjadi saksi.. KFC melihat bukti betapa rapatnya kami semua dalam jalinan persaudaraan di dunia pinjaman Ilahi ni.. biar kita berbeza.. tapi kita sama.. kita semua hamba-Nya.. demi satu hubungan.. hablun minannas.. ukhuwah fillah..













p peluk s : Akhirnya cuti tiba jua...


Wednesday, March 7, 2012

Monday, March 5, 2012

Kembali Ke Syurga


Assalamualaikum..

Tengok tu.. ringkas.. maklumat jelas kan.. nombor-nombor jer.. harap-harap korang semua yang baca faham lar yer.. tak sabar dah nie.. empat hari jer lagi.. 96 jam yang menyakitkan.. rindu pada syurga.. alhamdulillah, akhirnya tiba jua masa kembali ke syurga..

Kalau di seberang laut nanti, memang bertahun lar tak balik.. nie baru sebulan di INTEC.. dah tak sabar-sabar.. tiket bas dah beli.. tunggu masa jer.. kelas habis pukul 12 tengah hari.. hasrat di hati nak balik secepat mungkin.. tapi ada percubaan IELTS petang tu.. jadi terpaksa lar menangguhkan hajat..

Aku rindu pada mereka.. umi, ayah, Acip, Atip, Akib.. wait for me.. i'll be home.. cukup lar entri ringkas untuk makluman semua.. masa untuk tenangkan fikiran yang serabut dan stres dengan kesibukan hidup seorang pelajar.. tapi nampaknya banyak nak kena ulang kaji.. demi Allah.. demi masa depan dan keredhaan umi dan ayah, aku akan istiqamah dalam perjuangan ini.. insya-Allah..










p sepak s : Can't wait!!

Bulan Ini Dalam Sejarah


Assalamualaikum..

Apakah pentingnya bulan Mac dalam sejarah Islam? Jika sebelum ini aku tak pernah tahu akan hal penting ini, maka hari ini aku tahu, dan aku mahu semua tahu... maka di sini aku mencoret untuk menyampaikan secebis ilmu..

Aku blogwalking tadi sementara menunggu kelas Kimia dan Biologi petang ini setelah kelas Statistik dibatalkan.. aku singgah di blog rakan sekolej kediaman dengan aku.. dan aku tertarik dengan satu entri tentang kepentingan bulan Mac dalam lembaran sejarah Islam.. rujuk SINI..

Tepuk dada dan tanya iman kita.. tahukah kita bila tarikhnya pemerintahan khalifah Islam terakhir ditumbangkan? Bilakah zaman khilafah digantikan dengan pemerintahan sekular di Turki, pusat pentadbiran terakhir Khalifah Usmaniah? Kenalkah kita dengan manusia laknatullah dalam gambar di atas yang jasadnya tak diterima bumi?

Kalau korang semua tak tahu, WAJIB korang semua baca entri yang aku promote tu.. bukan sebab dia rakan sebilik kawan sekelas aku.. bukan kerana dia kawan aku.. tapi kerana ilmu yang disampaikannya sangat penting untuk diketahui.. WAJIB kita mempelajarinya.. layakkah kita mengaku umat Islam sedangkan kita tidak mempedulikan nasib saudara kita di bumi berdarah Palestin? Wajarkah kita mengaku cintakan Islam apabila kita tidak kisah tentang detik kejatuhan pemerintahan khilafah?

3 Mac 1924.. itulah saat khalifah Usmaniah terakhir diusir keluar dari bumi Turki oleh pemerintah tempatan sekular laknatullah yang zalim.. dan manusia itulah yang dimaksudkan dalam gambar di atas.. Mustafa Kamal Ataturk yang kini mayatnya hanya dapat diawet setelah bumi tidak mahu menerima seorang iblis bertopengkan manusia yang memerintahkan azan dilaungkan dalam bahasa Turki dan pelbagai jenis tindakan lagi yang membuatkan kita beristighfar panjang termasuk mengharamkan pemakaian hijab..

Oleh itu, jika benar kita cinta akan agama Allah ini, marilah tambah ilmu di dada kita.. selemah-lemah iman adalah membenci dengan hati.. bencilah sahabat-sahabat iblis yang meruntuhkan pemerintahan khilafah.. mari kita rapatkan saf menuju satu perjuangan yang suci.. mengembalikan pemerintahan Islam di dunia pinjaman yang fana ini.. Allahuakbar!











p peluk s : Usah terleka lagi...


Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif