Monday, March 5, 2012

Berbasa-Basi



Assalamualaikum..

Bukan lar pelik sangat bila kita baru angkat beg untuk pulang, tiba-tiba ada hamba Allah bertanya, "tak balik lagi?".. rasa di hati seperti nak menjawab, "eh, saya dah balik lama dah.. datang semula.. ni nak balik pulak." (tangan di bahu, mata ke atas)

Malah tak lar pelik bin ajaib bila kita sedang duduk berseorangan, dan ada seorang kawan datang menyapa, "sorang je awak?".. harusnya tidaklah ditendang dengan chopping kick.. maka hasrat jiwa ingin menjawab "tak lar.. bertiga.. tak nampak kawan-kawan saya?" dipendam saja di dalam hati..

Tak juga menghairankan bila kita sedang khusyuk menelaah, si polan bin si polan lalu di sebelah lalu menyoal dengan selamba kucingnya, "buat apa tu?".. dengan sabarnya kita nak menjawab "makan nasik lar." dengan senyuman yang dibuat-buat..

Semua itu sudah menjadi kelaziman.. kadang-kadang menguji kesabaran jugak.. adat orang Melayu kan.. majoriti orang akan mengiktiraf itu sebagai soalan bodoh dan tak patut ditanya oleh golongan manusia yang memiliki IQ normal.. tetapi aku mengira itu satu adat bangsa kita yang tak perlulah dihina.. itu lar cara berbasa-basi.. sekadar menegur untuk mengeratkan silaturrahim.. dah tak ada idea nak cakap apa, main sebut jer apa soalan yang boleh ditanya..

Biasalah tu.. budi bahasa tu indah kan.. ingat, cara berfikir tu penting.. kalau kita kira soalan bodoh tu cara berbudi bahasa, tak ada masalah kan? ^_^











p peluk s : Tepuk dada tanya iman... :)


4 comments:

fiQ'Ra said...

yup, itu lah lumrah manusia sebenarnya.. hehe jgn heran la.. asalkan org itu tak buat yg pelik2 kat kita kan..layan jee :D

M Fizan said...

@fiQ'Ra memang layankan walaupun kadang-kadang rasa teruji kesabaran.. haha

Anyyss Shuhaimi said...

betul juga.
disebabkan ada golongan sedemikian,gua selalu tanya soalan yang takde kaitan langsung dengan apa yang mereka buat.
amik kau! XD

M Fizan said...

@Anyyss Shuhaimi haha.. kesian golongan itu..

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif