Assalamualaikum..
Play ugly and still win..
Jika ada satu kelab bola sepak dalam dunia ini yang akan tetap menang walaupun bermain dengan sangat buruk, kelab itu adalah kelab kesayangan aku Manchester United.. meskipun tak lar sentiasa menang apabila bermain begitu teruk, United tetap memiliki lembaran sejarah unggul di bawah pimpinan Sir Alex Ferguson untuk memungut mata maksimum pada hari yang bukan milik mereka..
"We rode our luck." Komen Sir Alex Ferguson pasca perlawanan di ManUtd.com itu menceritakan segala-galanya.. tiada siapa dapat menafikan aksi United pada babak pertama semalam sangat longlai dan tidak langsung menggambarkan keputusan di akhir perlawanan.. namun aksi babak kedua lebih kemas dan kembali menguasai perlawanan untuk mengimbangi penguasaan bola yang dimiliki Spurs pada babak pertama..
Tottenham Hotspurs 1-3 Manchester United.. aku tak kisah lar apa pun orang nak kata.. memang! Memang United cuma bertuah semalam.. bertuah apabila semua pemain melakukan kesilapan.. terpaksa mengejar bola sepanjang babak pertama dan mendahului 1-0 sebaik tamat separuh masa.. terima kasih kepada tandukan kencang Wayne Rooney hasil sepakan sudut Ashley Young.. Young sendiri menjaringkan dua gol pada babak kedua termasuk satu jaringan menarik yang wajar diingati..
At the end of the day, those three points that all counted.. orang tak akan ingat statistik perlawanan.. satu ketika Spurs menguasai 70% bola dalam separuh masa pertama.. Adebayor menjaringkan gol sebelum Rooney tetapi dibatalkan kerana ofsaid.. kita akan lupa semua itu.. yang akan dikenang dalam sejarah adalah keputusan akhir selepas 90 minit permainan.. walaupun kelihatan tidak layak, United telah menang dengan selesa.. glory glory Red Devils!
Barcelona menumbangkan Sporting Gijon 3-1.. Real Madrid membelasah Espanyol 5-0.. Chelsea tewas kepada West Brom 0-1 dan Andre Villas Boas dipecut secara mengejut.. minggu yang penuh warna-warni.. Mancini pasti tertekan melihat kemenangan United.. siapakah yang akan menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini? 11 perlawanan saja yang masih tinggal.. dan perlawanan penentuan pastinya di Stadium Etihad pada April nanti.. sekian dulu.. wassalam..
p palang s : Berdebar....
No comments:
Post a Comment