Welcome To My Life...

Monday, March 5, 2012

Buka Tutup


Assalamualaikum..

Tadi masa aku nak ambik contoh minit mesyuarat daripada rakan sekelas aku, Cik L, aku tertarik dengan wallpaper yang ada di laptop beliau.. benar, gambar di atas.. gambar yang terus meragut perhatian aku seperti kambing meragut rumput..

Aku terus tertanya-tanya.. apakah maksudnya dua baris ayat ringkas di atas? Aku terus mengGoogle (maaf atas bahasa yang hancur).. rupanya gambar di atas adalah pendokong satu entri tentang dialog antara dua wanita.. seorang menutup aurat dan seorang lagi tidak; berbangga mendedahkan auratnya..

Wanita Muslimah dalam gambar di atas lar yang menjadi idaman.. yang tegar dengan pendirian.. yang tetap dengan iman.. yang tegas dengan pegangan.. aurat itu perlu dipertahankan.. walau apa pun yang ditawarkan..

Wanita yang berkata seperti di atas lar yang aku cari.. "makin kau buka, makin ku tutup rapi".. biar rakannya bangga mendedahkan maruah diri.. dia teguh mencari redha Ilahi.. kerna azab-Nya tak dapat dihindari..










p peluk s : Suka gambar tu...


2 comments:

cik lala said...

yg tertutup itu lg indah...
auratnya hya pd yg mahram...

M Fizan said...

@cik L.A.L.A seperti kita mencari gula-gula yang berbungkus ^_^

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif