Monday, March 19, 2012

Aku Masih Ingat



Assalamualaikum..

Aku masih ingat. Setahun yang lalu. Sehari sebelum mengambil keputusan SPM. Debaran menggoncang jiwa raga. Baring pun mata tak nak terpejam. Resah ya amat. Rasa nak berlari ke masa silam kanak-kanak. Ceria dan riang. Tiada kerisauan.

Pagi itu. Aku bangun dengan kebimbangan yang dahsyat. Masa depan yang menjadi tanda tanya. Harapan umi dan ayah yang terpikul di bahu. Berat. Rasa seksa kaki melangkah ke gedung ilmu.

Sebaik mendapat slip keputusan, syukur kupanjatkan ke hadrat Ilahi. Tiada gantinya nikmat yang Kau kurniakan. Segala usaha berbalas. Hari ini aku menuju cita demi negara, bangsa dan agama.

Para juniorku sekalian, aku pernah merasai situasi korang. Kepada Allah jua kita berserah dan bertawakal. Apa jua keputusan yang korang dapat, itulah hasil usaha korang.

Semoga berjaya semua graduan SPM 2011 seMalaysia terutama adik-adikku di SMK Bandar Baru Sintok. ^_^

Kepada senior-senior lain, mari kita doakan diorang..











p peluk s : Masihkah kau ingat?

3 comments:

Hanie Dew said...

ingat jugak aku masa nak ambik result SPM. tak bole tidu mlm sebelumnya. aku sendiri tak bole terima kalau keputusan aku teruk. hahaha.. men-stresskan sendiri.

good luck untuk adik adik yg ambik result SPM tahun ni. semoga dalam apa ue bidang yg diceburi.

AL AZRUL said...

ye, tringat jgk time ambik result dlu... excited+takut.. ha3

M Fizan said...

@Hanie Dew haha.. tu lar pasal.. harapan tinggi, takut kecewa pun membara lar..

@AL AZRUL haha..excited dalam cuak..

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif