Welcome To My Life...

Wednesday, February 29, 2012

Happy Moment


Tarikh : 28 Februari 2012

Tempat : Sunway Pyramid

Assalamualaikum..

Dua hari lepas aku dan separuh lagi budak-budak kelas 12M5 bergerak ke Sunway Pyramid untuk melepaskan tekanan belajar yang begitu menghimpit sanubari.. hahaha.. ayat macam parah jer.. jadi untuk menghiburkan hati yang duka dan mengubat jiwa yang terluka, kitorang bergerak ke sana sebaik saja kelas tamat pada pukul 12 tengah hari.. seramai 22 orang terlibat..

Mula-mula aku tak nak main kerana tiket masuk agak mahal.. RM 23 termasuk sarung tangan.. aku lepak di KFC bersama sorang rakan aku.. tapi apabila melihat semuanya masuk untuk mencuba luncur ais, maka aku merasa teringin untuk mencuba sesuatu yang belum pernah aku lakukan.. walaupun sehingga ke akhir permainan aku tak dapat cara yang betul, tapi aku menikmati pengalaman pertama tersebut.. semua gambar nie cukup untuk menceriakan kegembiraan kitorang semua.. check it out..


Memang best kalau pandai main.. dua jam terasa sekejap jer.. bagi aku dua jam tu lama lar.. beberapa kali keluar masuk.. keluar untuk merehatkan kaki yang sakit.. kasut yang pertama sekali aku dapat ketat sangat.. padahal dah ukur kaki masa nak bagi kasut luncur.. setelah mencuba untuk bertahan (aku fikir kasut memang sengaja diberikan ketat sikit), aku akhirnya mengalah dan ke kaunter untuk menukar kasut dengan saiz yang lebih sesuai untuk memuatkan kaki aku..

Kak Nas memang pro.. muslimah sejati yang meluncur tanpa henti.. tak keluar langsung.. meluncur laju walaupun kali pertama menyentuh ais.. yang pakar dalam tu memang membuatkan aku jeles lar.. berlari dengan laju di sebelah aku yang bertatih sebab takut jatuh.. LOL.. tak patut lar...


Lepas penat meluncur, kami semua solat asar dan kemudian berdiskusi lama untuk memilih destinasi menjamu selera.. akhirnya mereka makan Hainanese Chicken Rice beramai-ramai.. mahal kot.. RM 15++.. aku dan Syahid bergerak ke KFC (sekali lagi) untuk makan malam.. KFC, KFC, KFC.. hewhew.. hangus duit aku.. hari tu saja RM 50++ lebur..+_+





New Facebook profile pic



Kenangan hari tu memang indah.. gambar-gambar ni semua kitorang beli secara kongsi gelap.. eh, kongsi beramai-ramai lar.. RM100 dalam satu CD, dapat semua gambar yang ditangkap oleh jurufoto.. happy moment.. yang tak ikut tu jangan menangis yer.. kitorang dah ajak.. nanti nak pergi lagi.. skating? Cek tak mau dah.......










p cium s : Nanak skating lagi.....

WW #28 : Once Every Four Years


29 Februari 2012


Assalamualaikum...

Baru lima kali.. yer, baru lima kali dalam hidup aku menjengah tarikh 29 Februari.. alhamdulillah, masih dipanjangkan usia untuk menemui tarikh ini sekali lagi.. tarikh yang menghilang empat tahun lamanya dan hanya muncul selang empat tahun.. sinonim dengan tahun penganjuran temasya Sukan Olimpik..

Jika seseorang itu lahir tanggal 29 Februari, maka hari lahirnya hanya boleh disambut selang empat tahun.. jika berusia empat tahun, bagaikan baru setahun.. jika usianya lapan tahun, baru dua tahun sebenarnya.. jika umur meningkat 16 tahun, empat kali saja boleh menyambut hari lahir pada tarikh yang sebenar.. malang atau istimewa? You decide.. ^_^

29 Februari 2012.. could it be a day to remember or a day to forget? Adakah akan menjadi satu hari yang akan dikenang sampai bila-bila atau satu hari yang tidak mahu diingati buat selamanya.. baru pukul 9.45 pagi.. masih panjang lagi perjalanan hari ini.. Allah saja yang tahu apakah ketentuan aku hari nie.. harap-harap semuanya baik dan lancar..

Kepada sesiapa yang menyambut hari lahir pada hari ni, Lelaki Dari Marikh mengucapkan selamat hari lahir yang ke-xx (jangan lupa bahagi empat yer).. hehe.. bergembiralah sepuas-puasnya hari nie kerana hari lahir anda akan tiba empat tahun lagi dan anda belum tentu akan menemui tarikh ini lagi.. sekian dulu entri merapu sementara menunggu kelas Biologi bermula.. wassalam..










p peluk s : 29 Februari..

Monday, February 27, 2012

Sanah Helwa Ayah


Assalamualaikum..

Ever since my life began,
I realized that "You're the man!"
I saw your wisdom, your courage too,
And I learned I could rely on you.


Your tolerant nature was really great;
Nevertheless, you'd not hesitate
To let me know when I'd been bad;
It must have been hard, but that's being a dad.


You're strong and smart and filled with love--
A gift to me from up above,
So here's a greeting from your biggest fan:
Happy Birthday, Dad, 'cause "You're the man!"

Semalam hari lahir ayah tercinta aku, Md Fared Wakimin.. tapi aku tak ada talian internet di kolej kediaman aku.. jadi terlambat lar nak ucapkan selamat hari lahir.. tapi ingatan tetap tak padam.. tepat 12 malam, SMS kukirim tanda ingatan.. itu sajalah yang mampu aku lakukan dari kejauhan.. semua ahli keluarga aku dapat meraikan di Changlun, Kedah.. kakak aku pulang dari UiTM Arau.. tapi aku tersesat jauh di Shah Alam.. sob sob..

Nak bagi hadiah kena tunggu aku balik 10 Mac nanti lar.. buat kesempatan yang ada ni, aku cuma boleh hadiahkan puisi di atas.. walaupun bukan karya aku sendiri, tapi cukup sempurna untuk menyampaikan apa yang ingin aku beritahu.. Ajib sayang ayah.. Happy 46th Birthday my beloved dad...










p palang s : Nak balik... waaa.......

Wednesday, February 22, 2012

Lose Them



Assalamualaikum..

Ada benarnya madah dalam gambar di atas.. lebih baik kita mengaku kalah dalam pertengkaran daripada kita kehilangan seseorang yang penting dalam hidup kita.. cuba bayangkan situasi ni.. kita bertengkar tentang sesuatu perkara yang sememangnya kita tahu kita betul.. benar, dari satu sudut, kita harus tegas dengan pendirian kita.. kita harus berpegang teguh dengan prinsip hidup kita.. tetapi dari satu sudut yang lain, kalah pertengkaran tidak terlalu teruk jika dibandingkan kita kehilangan rakan..

Sudah menjadi lumrah.. kita tak boleh memuaskan hati semua orang.. dan rambut sama hitam, hati lain-lain.. apabila ego bertemu ego, sukar untuk mencari jalan penyelesaian walaupun masalahnya begitu kecil.. akhirnya kedua-duanya bermasam muka.. risiko untuk kehilangan seseorang itu begitu tinggi.. orang yang dulunya rapat dengan kita mula 'jauh'.. menjadi orang asing yang tak lagi kita kenali..

Maka rendahkanlah ego kita.. rendahkan sedikit.. tiada apa yang dirugikan jika kita mengalah.. kita cuma kalah pertengkaran.. dan itu lebih baik daripada kehilangan seorang rakan.. semuanya terletak kepada kita.. anda mampu mengubahnya.. tepuk dada tanya selera.. kita yang menentukan pilihan yang kita ambil.. mengalah atau kehilangan..

You choose!










p palang s : Unwell..


Tuesday, February 21, 2012

Pray For Them


Assalamualaikum..

Umat Islam berdepan dengan dua krisis genting pada saat dan ketika ini apabila bumi Arab bergolak lagi dan lagi.. gambar di atas adalah salah satu gambar yang menarik perhatian aku.. Syria sedang berdepan dengan krisis perang saudara yang meruncing.. pemimpin Syria yang berfahaman Syiah membunuh rakyatnya yang berfahaman Ahli Sunah.. menteri-menteri yang juga berfahaman Syiah bagaikan menghalalkan kekejaman yang di luar kotak pemikiran manusia ini..

Palestin, satu lagi negara Arab yang sedang menghadapi masalah.. penindasan oleh Israel tidak kelihatan akan berkurangan.. negara Arab tidak bersatu untuk membela kiblat pertama umat Nabi Muhammad.. sedangkan Masjidil Aqsa sudah hampir runtuh dek kerja pembinaan bawah tanah yang dilakukan rejim Zionis.. Jawatankuasa Perwakilan Kolej Cendana (JPKC), kolej tempat tinggal aku di Shah Alam nie, akan menganjurkan satu program penerangan tentang masalah di Palestin esok, 22 Februari 2012.. "Khabar Dari Al-Quds", itulah nama program yang diberi..



Let's pray for them.. mari berikan segala sokongan yang termampu.. selemah-lemah iman adalah membenci dengan hati.. jadi membenci kekejaman di Syria dan penindasan Yahudi di Palestin adalah satu-satunya cara kita menunjukkan kita peduli dan simpati dengan nasib saudara seagama kita di sana.. doakan kebebasan mereka.. doakan perjuangan mereka akan berjaya.. insya-Allah..

Satu hari kebenaran akan menang.. yang hak akan menewaskan yang batil.. dan apabila saat itu tiba, rugilah mereka yang bernaung di bawah paksi yang salah.. beruntunglah mereka yang berjihad menegakkan agama yang suci ini.. rapatkan saf perjuangan kita.. mari menuju satu pasukan yang teguh dan bersatu.. membebaskan Palestin dari kekejaman Israel..









p palang s : Peace for Palestinian...


Monday, February 20, 2012

Selamat Bertugas



Assalamualaikum..

Semalam berlangsung majlis yang meriah di sekolah lama aku.. SMK Bandar Baru Sintok.. pelantikan para pengawas.. pengawas sekolah, pengawas perpustakaan dan pengawas Pembimbing Rakan Sebaya.. walaupun aku tak dapat berada di Sintok kerana tersesat jauh di Shah Alam nie, aku ucapkan tahniah setinggi langit kepada junior sekalian yang telah rasmi menjadi mata-mata cikgu aka musuh-musuh samseng dan pembuli..

Ucapan tahniah yang terutama kepada adik kesayangan aku, Muhammad Naqif yang juga penolong ketua pengawas.. jawatan sama yang aku pegang dua tahun lebih awal.. meneruskan legasi Lelaki dari Marikh.. like brother, like brother.. :) aku bangga sangat dengan adik aku..

Buat adik-adikku yang telah dipilih oleh Allah untuk membantu cikgu, jalankanlah tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab.. bukan ringan amanah yang dipikul.. kerana pada akhirnya, nanti kita akan disoal di dalam kubur apakah yang kita lakukan apabila diberikan amanah.. tak terjawab nanti... selamat bertugas..

Enam hari lagi adalah ulang tahun kelahiran ayahanda yang tercinta.. tak dapat balik.. sedih........ rasanya buat entri khas untuk ucapkan selamat hari lahir.. itu saja yang termampu.. sob sob.. sekian dulu.. wassalam..










p palang s : Risau....


Friday, February 17, 2012

Tenang Seketika


Assalamualaikum..

Jumaat tiba lagi.. dan hidup aku tenang seketika.. dalam seminggu nie ada banyak perkara yang perlu difikirkan dan jua dirisaukan.. bermula dengan topic test Biologi dan diikuti topic test Matematik.. lab report Biologi perlu dihantar Isnin depan dan minggu depan jugak ada topic test Kimia.. jadi masih tak berhenti lagi kerisauan aku.. yang penting, hujung minggu ni aku ada masa untuk sedikit rehat..

Awal pagi tadi aku menonton perlawanan Liga Europa antara Manchester United dan Ajax Amsterdam.. seperti dijangka, United terlalu kuat untuk dihadapi oleh Ajax.. pemain yang dinanti-nantikan, Tom Cleverley, beraksi semula sejak Oktober.. dan dia membuktikan United kehilangan sesuatu semasa dia cedera.. one-touch football.. pemain yang sangat kreatif.. jaringan Ashley Young dan Javier Hernandez cukup untuk kemenangan 2-0 di tempat lawan..

Masa untuk berblog juga semakin berkurangan.. banyak lagi perkara yang perlu diberikan perhatian.. nampaknya hasrat satu entri satu hari perlu diketepikan buat seketika.. demi masa depan yang lebih penting.. selepas semua urusan topic test selesai, aku akan ada masa semula untuk berblog.. tapi buat masa ini, memang tumpuan penuh perlu diberikan kepada pelajaran.. sangat mendukacitakan..









p palang s : I miss rest time.....

Tuesday, February 14, 2012

Maaf, Aku Tak Berminat



Assalamualaikum..

Aku sampai jer pagi tadi rakan sekelas aku dah ucap Selamat Hari Kekasih kat aku dan kawan-kawan yang lain.. aku takde pulak rasa nak tampar beliau.. haha.. sebab dia lelaki.. sebab nama dia Dev.. dan sebab dia berbangsa India, beragama Hindu.. jadi tak ada masalah lar dia nak sambut Hari Kekasih.. haha.. salah sorang rakan sekelas yang berbangsa Cina pun turut dapat hadiah daripada seseorang..

Tapi aku tengok diorang tak ada lar pulak melebih-lebih.. yang aku tahu yang terkinja-kinja dan terlebih semangat dengan kehadiran Hari Kekasih ni budak-budak muda berbangsa Melayu.. anak-anak moden yang couple dah menjadi budaya.. aku tak tahu lar apa nak jadi kepada bangsa yang semakin melayu ni.. entah kat hotel murah mana mereka menyambut Hari Kekasih..

Tak perlu lar ada Hari Kekasih yang spesifik.. kalau sayang, hari-hari pun kita boleh tunjukkan kasih sayang kita.. hari-hari adalah hari berkasih sayang.. tak payah meraikan sangatlah.. kepada yang Islam tu mesti dah tahu sebab pengharamannya.. maaf lar, aku tak berminat.. iman masih teguh di dada..

Lebih kurang sejam lagi, aku ada topic test untuk subjek Biologi.. tapi hati masih resah.. si jantung hati ada bengkak di leher.. doktor kata masalah kelenjar.. berkaitan lymph nodes dia risau sangat.. aku pun lagi risau.. harap dia sembuh secepat mungkin.. kesian bila dia sedih.. tumpuan dia yang nak ambik SPM pun terganggu.. be strong dear..











p peluk s : Sayang selamanya...

Sunday, February 12, 2012

Suarez dan Perkauman



Assalamualaikum..

Malam tadi, seluruh dunia bola sepak dikejutkan dengan insiden Luis Suarez tidak mahu menerima salam yang dihulurkan Patrice Evra.. itu memulakan pertembungan hangat antara dua kelab paling berjaya dalam sejarah Liga Perdana Inggeris, Manchester United vs Liverpool yang berlangsung di Theatre of Dreams, Old Trafford.. media seluruh dunia sememangnya menumpukan sepenuh perhatian kepada perlawanan ini berikutan permusuhan Suarez dan Evra..

Sebelum perlawanan ini, Suarez telah digantung lapan perlawanan selepas menghina warna kulit Evra dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung pada 15 Oktober.. beberapa orang penyokong Liverpool menunjukkan kegilaan diorang apabila masih memberikan sokongan padu kepada Suarez walaupun telah terbukti dia bersalah.. FA Inggeris sendiri menghukum Suarez selepas mendapati dia sememangnya menghina Evra dalam perlawanan tersebut..

Aku gembira pasukan kegemaran aku menang 2-1 hasil dua jaringan Wayne Rooney.. tetapi insiden di awal perlawanan itu sangat mengecewakan.. Suarez menunjukkan sikap tidak profesional apabila enggan bersalaman dengan Evra.. jika diorang bersalaman, segala cerita akan tamat.. tetapi Suarez memilih untuk menjadikan cerita perkauman ini terus berlanjutan..

Kata Alex Ferguson selepas perlawanan : "Dia (Suarez) memalukan Liverpool - pemain itu tidak patut dibenarkan bermain untuk Liverpool lagi. Dengan sejarah yang dimiliki kelab, dan dia melakukan itu.... dalam situasi seperti sekarang, dia boleh mencetuskan rusuhan."

Tindakan Suarez terhadap Evra dibalas rakan sepasukan Evra iaitu Rio Ferdinand yang turut enggan bersalaman dengan Suarez.. Ferdinand menjelaskan tindakannya : "Selepas melihat apa yang saya lihat, saya memutuskan untuk tidak bersalam dengannya. Dia tidak layak dihormati yang dia perlukan dalam situasi ini dan sedar dia telah melakukan kesilapan dan meminta maaf. Saya hilang segala rasa hormat padanya selepas itu."

Bagi aku, tindakan Suarez sangat tidak profesional.. walau apa sekalipun yang berlaku di luar padang tidak seharusnya dibawa ke dalam padang.. Evra menunjukkan profesionalisme dengan memilih untuk berjabat tangan walaupun dia yang menjadi mangsa penghinaan.. Suarez, anda tidak layak bermain bola sepak..









p palang s : Macam-macam hal!

Saturday, February 11, 2012

Hujung Minggu


Assalamualaikum..

Akhirnya hujung minggu tiba lagi.. haha.. rasa macam malas nak update dua tiga hari lepas.. sibuk dengan macam-macam hal.. minggu depan ada topic test untuk subjek Biologi dan Matematik.. nak siapkan pembentangan tentang negeri Kedah untuk projek subjek Bahasa Inggeris.. susah jugak nak jadi doktor.. hmmm.. mana ada benda yang senang dalam hidup kan..

Dua tiga hari yang memenatkan bagi aku.. kelmarin (Khamis) ada mesyuarat agung tahunan Organisasi Bahas INTEC.. penyerahan jawatan daripada pengerusi sebelumnya kepada pengerusi baru.. aku dapat jadi setiausaha.. arrgghhh.. banyak kerja nak kena buat.. well, aku tak ada niat nak menyerah.. aku sukakan cabaran.. and i will take this as a fresh challenge.. aku akan cuba buat yang terbaik untuk persatuan..

Semalam pulak lepas solat Jumaat ada forum tentang gay dan lesbian yang mempersoalkan hak asasi yang golongan ini perjuangkan.. semua pelajar yang mengambil CTIS20 (Islamic Studies) dan CTES20 (Ethics Studies) terlibat.. aku dah nampak masalah apabila persoalan gay dan lesbian dibicarakan dari sudut pandang Islam.. sebenarnya ada jemputan untuk wakil agama lain.. tapi diorang tarik diri di saat akhir.. semasa sesi soalan dan jawapan, seorang pelajar Cina mewakili perspektif rakan-rakannya dari agama lain seperti Buddha dan Hindu.. memang tragik..

Malam pulak aku ke Restoran Nelayan di Kuala Lumpur.. makan malam khas untuk ahli jawatankuasa pertandingan Bahas Kepimpinan Terbuka INTEC semester lepas.. memang terbaik lar.. bas tiba agak lewat.. sampai pun dah tinggal sejam sebelum restoran ditutup.. tapi puas hati lar.. dengan laparnya makan kali terakhir waktu tengah hari, aku melantak makan steamboat dan nasi minyak.. sangat mengenyangkan..

Malam ni? Perlawanan tumpuan Liga Perdana Inggeris.. Manchester United vs Liverpool di Old Trafford.. gelanggang keramat Red Devils.. dah tentu aku sokong Syaitan Merah, pasukan kegemaran aku.. Manchester United diperkuatkan kehadiran semula Tom Cleverley yang baru pulih daripada kecederaan.. perlawanan dijangka menarik.. watch out The Kops' fans.. ^_^











p palang s : Tak sabar...

Wednesday, February 8, 2012

Tuesday, February 7, 2012

Nice Song

Assalamualaikum...

Semalam aku baru dengar single yang Yuna keluarkan bulan lepas.. tajuknya "Biar Mimpi Sampai Ke Bintang".. eh, bukan.. tu telemovie lakonan Randi Pengelola dan Elpira Lui.. tajuknya adalah "Terukir di Bintang".. semalam masa aku online fb, aku terlihat kawan baik aku update status dengan satu baris lirik yang cukup menarik di mata aku.. apa liriknya? Rahsia... terus aku tanya Pak Cik Google.. dan aku pun layanlah lagu dendangan Yuna ni.. thanks bro Rasyad yang memperkenalkan lagu ni secara tak sengaja...




Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang
tak mungkin hilang cintaku padamu

Haaaa.. lirik berwarna merah tu lar yang kawan baik aku gunakan untuk update status dia.. single ni keluar bulan lepas.. korang tak boleh salahkan aku kerana tak up-to-date.. aku ni kan pelajar medik yang terkenal dengan buku di tangan.. ececeh.. bukan aku lar.. tu pelajar medik lain.. tapi aku lebih kurang sama.. kelas sampai petang.. malam belajar dan tidur.. tak sempat dengar radio.. +_+

Apa pun, tahniah buat Yuna yang sekali lagi menghasilkan single yang begitu 'menangkap' (catchy).. aku dengar sekali terus jatuh hati.. macam lagu-lagu Yuna sebelum ni pun semua aku layan.. terbaik dari ladang.. Cinta Sempurna, Dan Sebenarnya, Penakut.. dan sekarang Terukir di Bintang.. kepada yang belum pernah dengar, sila layan laju-laju.. keep it up Yunalis!!










p sayang s : Sokongan dari Marikh..

Monday, February 6, 2012

Kekuasaan Allah

Assalamualaikum.. salam sejahtera..


Subhanallah.. Maha Suci Allah.. Allahuakbar.. Allah Maha Besar.. aku insaf melihat kekuasaan Allah selepas melihat gambar ini.. satu gambar yang menunjukkan hanya secebis daripada kesemua ciptaan Allah SWT yang ada di dalam alam semesta yang teramat luas ini.. gambar yang membuatkan aku rasa kerdil selaku hamba-Nya yang lemah..

Sehebat mana manusia pencipta telefon dan talian internet yang menghubungkan jarak yang jauh.. sehebat mana manusia pencipta jambatan merentasi laut dan bangunan tinggi mencakar langit.. sehebat mana manusia pencipta roket menjelajah angkasa.. tiada bandingannya dengan Allah yang Maha Agung yang mencipta bulan dan bintang tergantung di langit tanpa tali, berbilion manusia dengan cap jari yang berbeza antara satu sama lain, dan pertemuan air masin dan air tawar di muara sungai yang tidak bercampur kedua-duanya..



Gambar di atas menunjukkan sekecil-kecil ciptaan Allah yang diketahui manusia, antaranya Quantum Foam.. korang boleh gerakkan benda dalam bulatan coklat dalam gambar di atas untuk melihat ciptaan yang semakin besar sehinggalah hujungnya korang akan melihat gambar di bawah ni..


Setakat ni sajalah ciptaan Allah yang dapat dikaji manusia biasa yang jika dicampur ilmu seluruh umat manusia dan dibandingkan dengan ilmu Allah, hanya bagaikan setitis air di lautan yang luas.. gambar di atas menunjukkan alam semesta yang dapat diperhati sedangkan jangkaan keluasan alam semesta yang sebenar tersangat luas dan tidak dapat dibayangkan betapa luasnya alam semesta yang dicipta Allah yang Maha Agung..

Terima kasih Cary Huang dengan animasinya yang sangat menarik.. dengan ini umat Islam dapat melihat kekuasaan Pencipta kita, Allah yang Maha Esa.. Allahuakbar! Sebarkanlah gambar ini.. moga kita dapat menginsafkan hati yang semakin jauh dari-Nya.. insya-Allah, dengan Yang Maha Tinggi pemberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya..










p peluk s : Takjub..

Impian Olimpik Berkecai



Assalamualaikum..

Hari yang suram buat bola sepak Malaysia.. sekali lagi impian menjejakkan kaki ke Sukan Olimpik musnah dan hancur berkecai.. buat kesekian kalinya kita kekurangan kesungguhan dan tumpuan untuk memungut mata.. ini bukan kali pertama kelekaan pemain mengecewakan harapan seluruh rakyat Malaysia..

Ketinggalan menerusi penyudah tenang Muhammad al-Alawi pada minit ke-24, semangat juang Malaysia wajar dipuji apabila berusaha keras untuk kembali bersaing.. walaupun penguasaan bola pada awalnya milik Bahrain, Malaysia bangkit untuk mengatur gerak.. usaha demi usaha berhasil apabila Hazwan Bakri menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-84.. sayangnya Malaysia gagal bertahan untuk memungut sekurang-kurangnya satu mata apabila Husen al-Farhan meledak gol kemenangan Bahrain pada minit ke-88..

Kekecewaan aku sedikit terubat melihat kebangkitan kelab kegemaran aku, Manchester United, yang bangkit daripada ketinggalan 3-0 untuk seri dalam perlawanan dramatik dengan Chelsea di Stamford Bridge.. kebangkitan epik.. aku tidak melihat Manchester United akan kalah malam tadi malah aku mengharapkan kemenangan.. sayangnya gol kemenangan tidak kunjung tiba sehingga wisel penamat..

Walaupun penyokong The Blues tersenyum lebar apabila gol sendiri Jonny Evans dituruti dengan jaringan Juan Mata dan David Luiz meletakkan mereka dalam kedudukan selesa dan selamat, tetapi mereka lupa sejarah Manchester United yang terkenal dengan kebangkitan semula.. bermula dengan dua sepakan penalti Wayne Rooney yang disempurnakan dengan tenang.. akhirnya hantaran lintang Ryan Giggs menemui penyerang rendah, Javier Hernandez, yang melonjak begitu tinggi bagai ada spring di kakinya untuk menanduk gol penyamaan.. satu mata yang begitu berharga..

Bahrain 2-1 MALAYSIA..
Chelsea 3-3 MANCHESTER UNITED..

Malam yang menyedihkan dan juga menggembirakan..










p palang s : Majulah bola sepak untuk negara..


Sunday, February 5, 2012

In Dilemma



Assalamualaikum...

Adoiyai.. dilema aku macam ni.. dilema... dilema... kena pilih antara dua.. serba salah aku jadinya.. pilih yang satu, salah.. pilih yang lagi satu pun salah.. ahaaa.. kali ni bukan soal cinta ya.. Lelaki Dari Marikh bukan doktor cinta semata-mata.. kali ni dilema lagi.. tapi pasal siaran langsung perlawanan bola sepak..

Malam ni ada perlawanan Kelayakan Sukan Olimpik 2012 Zon Asia antara Malaysia vs Bahrain.. Harimau Malaya tu.. pasukan negaraku tercinta.. jam 11.15 malam.. sudah pasti ini perlawanan yang aku nanti-nantikan selaku warganegara Malaysia yang patriotik..

Tapi malam ni jugak ada perlawanan tumpuan Liga Perdana Inggeris musim 2011/2012 antara Manchester United dan Chelsea di Stamford Bridge.. Red Devils tu... pasukan kegemaran aku.. siaran langsung jam 12 malam.. jadi aku dalam dilema sekarang ni..

Nak tengok Malaysia ke Manchester United? Aku mana-mana okey jer... ikut budak-budak dalam bilik TV malam ni lar... aku rasa diorang nak tengok Malaysia.. rasa jer lar... mungkin jugak diorang nak tengok big game.. anything will do.. Malaysia Boleh!!










p palang s : Ahad yang memenatkan...


Friday, February 3, 2012

Mereka Terhebat




Assalamualaikum...

Ini adalah senarai 100 pemain terbaik dunia yang disenaraikan Pele satu ketika dulu.. buat yang pernah mengetahuinya, apa salahnya melihat semula senarai yang disusun mengikut abjad.. kepada yang tidak pernah mengetahui tentang senarai ini, inilah nama-nama pemain seluruh dunia yang diiktiraf sebagai 100 pemain terbaik sepanjang zaman oleh Raja Bola Sepak..

Nama yang berwarna merah tu adalah nama-nama yang aku tak pernah dengar.. bermakna mereka adalah pemain di era sebelum kelahiran aku.. tetapi ada juga pemain-pemain dari zaman sebelum 90-an yang aku kenal.. yang lain sama ada aku tahu mengenai pemain tersebut atau aku pernah mendengar nama mereka sepintas lalu..

Misalnya, David Beckham dan Daniel Pasarella.. aku membesar semasa zaman kegemilangan David Beckham.. jadi aku tahu benar perihal dirinya.. tetapi Daniel Pasarella pula berada di zaman emasnya sebelum kelahiran aku lagi.. tapi aku pernah dengar kisah tentangnya..

THE TOP 100

1. Alan Shearer England

2. Alessandro Del Piero Itali

3. Alesandro Nesta Itali

4. Alfredo Di Stefano Argentina & Sepanyol

5. Andriy Shevchenko Ukraine

6. Bobby Charlton England

7. Cafu Brazil

8. Carlos Alberto Brazil

9. Carlos Valderamma Colombia

10. Christian Vieri Itali

11. Clarence Seedorf Belanda

12. Daniel Passarella Argentina

13. David Beckham England

14. David Trezeguet Perancis

15. Davor Suker Croatia

16. Dennis Bergkamp Belanda

17. Didier Deschamps Perancis

18. Diego Maradona Argentina

19. Dino Zoff Itali

20. Edgar Davids Belanda

21. El Hadji Diouf Senegal

22. Emilio Butragueno Sepanyol

23. Emre Belozoglu Turki

24. Enzo Francescoli Uruguay

25. Eric Cantona Perancis

26. Eusebio Portugal

27. Falcao Brazil

28. Ferenc Puskas Hungary

29. Francesco Totti Itali

30. Franco Baresi Itali

31. Frank Rijkaard Belanda

32. Franz Beckenbauer Jerman

33. Gabriel Batistuta Argentina

34. Gary Lineker England

35. George Best Ireland Utara

36. George Weah Liberia

37. Gerd Muller Jerman

38. Gheorge Hagi Romania

39. Giancinto Facchetti Itali

40. Gianluca Buffon Itali

41. Gianni Rivera Itali

42. Gordon Banks England

43. Hernan Crespo Argentina

44. Marc Vivien Foe Cameroon

45. Hong Myung Bo Korea Selatan

46. Hristo Stoichkov Bulgaria

47. Hugo Sanchez Mexico

48. Javier Zanetti Argentina

49. Jay-Jay Okocha Nigeria

50. Jean-Pierre Papin Perancis

51. Jean-Marie Pfaff Belgium

52. Jens Ceulemens Belgium

53. Johan Neeskens Belanda

54. Johann Cruyff Belanda

55. Juan Sebastian Veron Argentina

56. Jurgen Klinsmann Jerman

57. Karl-Heinz Rummenigge Jerman Barat

58. Kenny Dalglish Scotland

59. Kevin Keegan England

60. Laudrup bersaudara, Michael and Brian Denmark

61. Lilian Thuram Perancis

62. Lothar Matthaus Jerman

63. Luis Enrique Sepanyol

64. Luis Figo Portugal

65. Marcel Desailly Perancis

66. Marco Van Basten Belanda

67. Mario Kempes Argentina

68. Michael Ballack Jerman

69. Michael Owen England

70. Michel Platini Perancis

71. Oliver Kahn Jerman

72. Paolo Rossi Itali

73. Paolo Maldini Itali

74. Patrick Kluivert Belanda

75. Patrick Vieira Perancis

76. Paul Breitner Jerman

77. Pavel Nedved Republik Czech

78. Peter Schmeichel Denmark

79. Robert Pires Perancis

80. Raul Sepanyol

81. Resenbrink Van de Kerkhof Belgium

82. Rivaldo Brazil

83. Roberto Baggio Itali

84. Roberto Carlos Brazil

85. Roger Milla Cameroon

86. Romario Brazil

87. Ronaldinho Brazil

88. Ronaldo Brazil

89. Roy Keane Republik Ireland

90. Rui Costa Portugal

91. Rustu Recber Turki

92. Ruud Gullit Belanda

93. Ruud Van Nistelrooy Belanda

94. Sepp Maier Jerman Barat

95. Socrates Brazil

96. Teofilo Cubillas Peru

97. Thierry Henry Perancis

98. Zblgniew Boniek Poland

99. Zico Brazil

100. Zinedine Zidane France

Inilah bintang-bintang yang menyinari bola sepak dunia ketika mereka beraksi.. Raja Bola Sepak sendiri mengiktiraf mereka.. sudah tentu ketika pengumuman ini dilakukan Pele, belum menyerlah lagi jagoan yang menguasai dunia ketika ini.. Lionel Messi, Xavi Hernandez, Christiano Ronaldo, Wayne Rooney dan Robin van Persie.. salah seorang pasti dapat melepasi Top 100 Pele..






p palang s : Semua hebat...

TF #19 : Cara Berfikir



Assalamualaikum..

Seringkali kita menghadapi masalah untuk berfikir secara positif.. kita kerap berfikir secara negatif dan akhirnya menghadapi masalah dalam sesuatu perkara.. sebenarnya apa yang kita fikirkan bergantung kepada bagaimana cara kita berfikir.. jika betul caranya, maka hidup ini akan menjadi lebih 'mudah'...

Aku bagi tiga contoh yang mudah.. pertama, saat hampir tiba untuk ujian atau pembentangan.. sukar untuk mendapatkan keyakinan diri jika kita hanya risau dan resah dengan segala kemungkinan yang buruk.. dulu aku begitu.. akhirnya dalam pembentangan, kerisauan aku terserlah sehingga segalanya serba tak kena.. kita perlu berfikir secara positif..

Baru-baru ini, aku ada percubaan bercakap untuk IELTS dan pembentangan dalam subjek Biologi.. aku mengubah cara aku berfikir.. aku berfikir yang baik-baik dan semuanya akan lancar.. alhamdulillah, aku mendapat keyakinan dan prestasi aku dalam kedua-dua situasi lebih baik berbanding sebelum ini..

Kedua, bagaimana untuk mendapatkan minat untuk belajar atau mudah memahami apa yang diajar? Sekali lagi ia bergantung kepada cara kita berfikir.. sebelum ni aku susah mendapatkan fokus dalam kelas seperti zaman sekolah.. itu membuatkan aku sukar memahami ilmu baru yang diajarkan.. sekarang aku dapat faham dengan lebih baik.. yang penting adalah mendapatkan minat.. aku menumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang diajarkan dan mengosongkan fikiran daripada perkara lain buat seketika..

Kita harus berfikir yang belajar itu perkara yang menyeronokkan.. kata seorang pujangga, "tiada kerja dalam dunia jika kita menikmati semua perkara".. maksudnya, kita tidak akan rasa terpaksa jika kita menikmati apa yang kita lakukan seperti juga kita melakukan apa yang kita suka.. kita tidak akan merasa berat dan terpaksa..

Contoh ketiga adalah dalam percintaan.. kita tidak harus berfikir yang kita perlu mengecewakan orang lain apabila dikecewakan.. kita perlu berfikir yang kegagalan itu berpunca daripada kesilapan kita sendiri.. jika kita mahu pasangan yang setia, kita sendiri mesti setia.. jika kita mengimpikan pasangan yang memahami, maka kita juga mesti memahami.. jika kita mahu pasangan yang baik, maka baikilah diri kita dulu.. sekiranya kita mahu orang lain baik dengan kita, kita juga wajib menjadi seorang yang baik.. itulah cara berfikir yang betul..

Semua orang ada pandangan masing-masing.. tetapi kejayaan dalam hidup ini memang bergantung kepada cara kita berfikir.. sama ada kita ingin maju atau terus ketinggalan.. kita harus berusaha untuk terus ke depan.. aku harap mesej yang aku cuba sampaikan korang dapat faham.. wallahualam..










p palang s : Tak reti nak huraikan..


Wednesday, February 1, 2012

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif