Welcome To My Life...

Monday, February 6, 2012

Impian Olimpik Berkecai



Assalamualaikum..

Hari yang suram buat bola sepak Malaysia.. sekali lagi impian menjejakkan kaki ke Sukan Olimpik musnah dan hancur berkecai.. buat kesekian kalinya kita kekurangan kesungguhan dan tumpuan untuk memungut mata.. ini bukan kali pertama kelekaan pemain mengecewakan harapan seluruh rakyat Malaysia..

Ketinggalan menerusi penyudah tenang Muhammad al-Alawi pada minit ke-24, semangat juang Malaysia wajar dipuji apabila berusaha keras untuk kembali bersaing.. walaupun penguasaan bola pada awalnya milik Bahrain, Malaysia bangkit untuk mengatur gerak.. usaha demi usaha berhasil apabila Hazwan Bakri menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-84.. sayangnya Malaysia gagal bertahan untuk memungut sekurang-kurangnya satu mata apabila Husen al-Farhan meledak gol kemenangan Bahrain pada minit ke-88..

Kekecewaan aku sedikit terubat melihat kebangkitan kelab kegemaran aku, Manchester United, yang bangkit daripada ketinggalan 3-0 untuk seri dalam perlawanan dramatik dengan Chelsea di Stamford Bridge.. kebangkitan epik.. aku tidak melihat Manchester United akan kalah malam tadi malah aku mengharapkan kemenangan.. sayangnya gol kemenangan tidak kunjung tiba sehingga wisel penamat..

Walaupun penyokong The Blues tersenyum lebar apabila gol sendiri Jonny Evans dituruti dengan jaringan Juan Mata dan David Luiz meletakkan mereka dalam kedudukan selesa dan selamat, tetapi mereka lupa sejarah Manchester United yang terkenal dengan kebangkitan semula.. bermula dengan dua sepakan penalti Wayne Rooney yang disempurnakan dengan tenang.. akhirnya hantaran lintang Ryan Giggs menemui penyerang rendah, Javier Hernandez, yang melonjak begitu tinggi bagai ada spring di kakinya untuk menanduk gol penyamaan.. satu mata yang begitu berharga..

Bahrain 2-1 MALAYSIA..
Chelsea 3-3 MANCHESTER UNITED..

Malam yang menyedihkan dan juga menggembirakan..










p palang s : Majulah bola sepak untuk negara..


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif