Welcome To My Life...

Friday, February 3, 2012

TF #19 : Cara Berfikir



Assalamualaikum..

Seringkali kita menghadapi masalah untuk berfikir secara positif.. kita kerap berfikir secara negatif dan akhirnya menghadapi masalah dalam sesuatu perkara.. sebenarnya apa yang kita fikirkan bergantung kepada bagaimana cara kita berfikir.. jika betul caranya, maka hidup ini akan menjadi lebih 'mudah'...

Aku bagi tiga contoh yang mudah.. pertama, saat hampir tiba untuk ujian atau pembentangan.. sukar untuk mendapatkan keyakinan diri jika kita hanya risau dan resah dengan segala kemungkinan yang buruk.. dulu aku begitu.. akhirnya dalam pembentangan, kerisauan aku terserlah sehingga segalanya serba tak kena.. kita perlu berfikir secara positif..

Baru-baru ini, aku ada percubaan bercakap untuk IELTS dan pembentangan dalam subjek Biologi.. aku mengubah cara aku berfikir.. aku berfikir yang baik-baik dan semuanya akan lancar.. alhamdulillah, aku mendapat keyakinan dan prestasi aku dalam kedua-dua situasi lebih baik berbanding sebelum ini..

Kedua, bagaimana untuk mendapatkan minat untuk belajar atau mudah memahami apa yang diajar? Sekali lagi ia bergantung kepada cara kita berfikir.. sebelum ni aku susah mendapatkan fokus dalam kelas seperti zaman sekolah.. itu membuatkan aku sukar memahami ilmu baru yang diajarkan.. sekarang aku dapat faham dengan lebih baik.. yang penting adalah mendapatkan minat.. aku menumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang diajarkan dan mengosongkan fikiran daripada perkara lain buat seketika..

Kita harus berfikir yang belajar itu perkara yang menyeronokkan.. kata seorang pujangga, "tiada kerja dalam dunia jika kita menikmati semua perkara".. maksudnya, kita tidak akan rasa terpaksa jika kita menikmati apa yang kita lakukan seperti juga kita melakukan apa yang kita suka.. kita tidak akan merasa berat dan terpaksa..

Contoh ketiga adalah dalam percintaan.. kita tidak harus berfikir yang kita perlu mengecewakan orang lain apabila dikecewakan.. kita perlu berfikir yang kegagalan itu berpunca daripada kesilapan kita sendiri.. jika kita mahu pasangan yang setia, kita sendiri mesti setia.. jika kita mengimpikan pasangan yang memahami, maka kita juga mesti memahami.. jika kita mahu pasangan yang baik, maka baikilah diri kita dulu.. sekiranya kita mahu orang lain baik dengan kita, kita juga wajib menjadi seorang yang baik.. itulah cara berfikir yang betul..

Semua orang ada pandangan masing-masing.. tetapi kejayaan dalam hidup ini memang bergantung kepada cara kita berfikir.. sama ada kita ingin maju atau terus ketinggalan.. kita harus berusaha untuk terus ke depan.. aku harap mesej yang aku cuba sampaikan korang dapat faham.. wallahualam..










p palang s : Tak reti nak huraikan..


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif