Welcome To My Life...

Sunday, February 2, 2014

Mujahadah

Assalamualaikum.

Hai bakal para penghuni syurga sekalian. ^_^

Kita semua tahu, nak berubah tu memang senang. Dalam sekelip mata, pendosa nombor satu dunia boleh jadi ustaz. Allah memberikan hidayah kepada sesiapa saja yang dikehendaki-Nya. Tapi nak istiqamah dengan hijrah tu yang susah.

Bila seseorang nak berhenti merokok, mulalah kawan-kawan yang merokok berjemaah dulu hulur sebatang dua. Menggigil badan nak tolak. Kenapa begitu? Kenapa harus ada ujian saat mahu berubah?

Renungkanlah firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut, ayat ke-29 yang bermaksud:
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"

Ada dua cerita yang ingin aku kongsikan. Ada sorang mamat ni yang bernama Abu tergerak hati untuk solat berjemaah. Ketika dalam perjalanan ke surau, hujan turun. Abu tak membawa payung. Baru saja Abu ingin berhijrah. Allah sudah menduganya.

Kisah kedua. Aku diajukan soalan dalam satu program: "mengapa mereka yang terawal memeluk Islam selepas dakwah Rasulullah diuji dengan begitu dahsyat sekali?"

Jika Allah berkehendak tiada tentangan untuk mereka, tiada masalah bagi Allah. Sesungguhnya Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Perkasa. Tapi takdir Allah mereka diseksa dan diboikot oleh kafir musyrikin. Aku juga tertanya-tanya.

Jawab penceramah tersebut: Allah ingin menguji keimanan mereka. Adakah mereka yang awal memeluk Islam ini ikhlas kerana Allah atau sengaja mengikut Nabi Muhammad SAW. 

Begitulah sedikit sebanyak kisah yang aku dapat olah. Mujahadah itu pahit. Istiqamah itu tak mudah. Kerna syurga Allah tak murah. 

Wallahualam.



Changloon
1620
02/02/2014 


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif