Welcome To My Life...

Monday, March 20, 2017

Terbuka Switzerland 2017: Milik China

Assalamualaikum.

Tiga daripada lima acara final adalah pertemuan sesama pemain China. Dan armada China mengutip empat kejuaraan.

MS: Lin Dan (China) v Shi Yuqi (China) 21-12 21-11
MD: Chai Biao/Hong Wei (China) v Liu Cheng/Zhang Nan (China) 13-21 21-16 21-15
WS: Chen Xiaoxin (China) v Chen Yufei (China) 21-19 21-14
WD: Chen Qingchen/Jia Yifan (China) v Gabriela Stoeva/Stefani Stoeva (Bulgaria) 21-16 21-15
XD: Dechapol Puavaranukroh/Sapsiree Taerattanachai (Thailand) v Praveen Jordan/Debby Susanto (Indonesia) 21-18 21-15

Shi Yuqi mengalami kekalahan kedua berturut-turut di pentas final selepas kecundang merebut kejuaraan All England. Lin Dan menjadi legenda kedua menewaskan pemain muda ini selepas Lee Chong Wei. Tiada apa yang harus dimalukan kerana Shi Yuqi mempunyai banyak masa untuk mengejar pencapaian hebat Lin Dan. Kini Lin Dan di ranking ketujuh dunia, satu di atas Shi Yuqi di ranking kelapan.

Pertarungan Chai/Biao (ke-6 dunia) dan Liu/Zhang (ranking ke-35) berakhir dengan kemenangan kepada pasangan China dengan ranking dunia lebih baik dalam pertarungan sengit tiga set. Satu lagi pertarungan sesama pemain muda China akhirnya dimenangi oleh Chen Xiaoxin (ranking ke-64 dunia) menewaskan Chen Yufei (ranking ke-14) yang tua setahun daripadanya.

Satu lagi wakil China di final turut menjuarai acara beregu wanita. Beregu nombor lima dunia, Chen dan Jia nyata terlalu kuat untuk diatasi pasangan Bulgaria di ranking ke-13. Chen Qingchen, ratu baru beregu China, dan pasangannnya menang mudah.

Satu-satunya wakil Indonesia (ranking ke-8) di pentas final diharapkan dapat membawa pulang kejuaraan beregu campuran. Malangnya, harapan tunggal mereka itu kecundang di tangan pasangan Thailand (ranking ke-11). Kejayaan beregu Thailand ini menguatkan keyakinan mereka untuk memenangi pingat emas Sukan SEA di Kuala Lumpur tahun ini.



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif