Welcome To My Life...

Sunday, June 12, 2011

Kemenangan Yang Dirancang?


Assalamualaikum.. nak buat entri bola sikit.. tapi wanita pun boleh baca.. sebab dengarnya semalam seluruh Malaysia menumpukan perhatian kepada perlawanan akhir ini.. tak kira Mak Limah, Mak Jemah, Zamri Rockers, Mail Lambung, Usop Wilcha, Tok Piah, Nek Senah dan jugak Abu serta Minah.. jadi tak ada sebab perempuan tak perlu baca entri ini.. hehe..

Tahniah kepada pasukan bola sepak Terengganu
yg memenangi Piala FA 2011 dengan menumbangkan musuh pantai timur, Kelantan, 2-1.. kecoh jugak beberapa hari lepas apabila dikatakan Terengganu telah 'membeli' final kali ini.. dan pastinya orang-orang yg terlalu obses dengan konspirasi akan mengiyakan kebenarannya selepas Kelantan tewas dengan cara yg sedikit meragukan semalam.. Kelantan mendahului menerusi jaringan berkelas dunia daripada Nurul Azwan Roya dengan sungkitan menarik dengan kaki kiri melepasi penjaga gol.. dan penyokong Kelantan sedang bersiap sedia untuk berpesta ketika Daudsu Jamaluddin menanduk bola ke gawang sendiri.. Nordin Alias menjaringkan gol dalam masa tambahan untuk menjadi wira kemenangan Terennganu..

Yang menjadi persoalan adalah jaringan Daudsu pada minit terakhir permainan sebenar.. gol sendiri itu dikatakan bernilai RM50 ribu.. secara konspirasinya, gol itu boleh dipertikaikan.. tetapi, secara realistiknya, gol itu akan tetap dijaringkan jika Daudsu tidak menanduk bola kerana di belakangnya pemain Terengganu telah menanti.. dan kalau kemenangan ini dirancang, sudah tentu plot permainan masa tambahan yg dramatik sangat menarik untuk dijadikan 'drama'.. haha.. sukar untuk mengiyakan kebenaran khabar angin tersebut.. jika ada bukti, sila kemukakan.. jangan cakap kosong dengan menabur fitnah semata-mata.. kosnpirasi atau kebetulan?

YOU READ , YOU DECIDE !















p/s : Tak percaya khabar di angin lalu...

15 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

rezeki tganu..

kotak bulat said...

err.. tak tgk bola semlm.. trus femes daudsu tu.. :)

suha said...

publisit murahan je tu kot..nak lariskan tiket (^_^)

lilypelangi said...

jgn percayai rumours tak btul tu . adat la permainan kalah menang nie .
orang yg ta puas aty dgn kekalahan kelantan memang ske buat cerita . HAHA

zuhanismohamed said...

xkan lah dirancang pulak..macam xpercaya je..isk

Unknown said...

hehe..takper2..dah kalah tu kalah laa..nak betolkan balik pon takder guna dah..huhu..yang pentingnyer..klate pon hebak doh male..cumo takdok naseb..hehe..
ader dua piala lagi untuk direbut..terus bagi sokongan

kindergartenlibrary said...

terengganu berusaha tu. .
:)

M Fizan said...

@sugar2 kapas strawberry btol2..dah rezeki :)

@kotak bulat hehe..femes satu malaysia ;)

@suha agaknya lar kak suha ^_^

Daddylicious said...

5 saat punya hal...daudsu...merana ...

M Fizan said...

@lilypelangi haha..maybe lar..mesti cerita nie timbul sebab kes pemain N9 rasuah aritu..huhu..rumours nak publisiti murahan jer kot..

@zuhanismohamed hehe..terpulang..setiap orang ada pendirian :)

@apik pehe huhu..yelar kan apik..yg berlalu tak berulang..huhu..kalau tak sengit, tak sampai masa tambahan..betul tak apik? hehe
teruskan sokongan kita :)

M Fizan said...

@nelly hehe..yer..they deserve :)

@Bigdaddyz emm..kesian daudsu..mesti kena tuduh macam2..huhu

ct kektus said...

rezeki dorang, tu yg menang, ;)

scya lollita said...

rezeki diorg . xpelah .

M Fizan said...

@siti kektus huhu..tak dapat dinafikan :)

@Scya Lollita betul2..dah rezeki, cara apa diorang menang, diorang tetap menang :D

Unknown said...

btol

kite y tentukan

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif