Monday, June 13, 2011

Rest In Peace


Assalamualaikum.. alahai.. aku rasa macam tak kena hari nie.. semua nie mesti sebab malam tadi..... yalah kan.. sesuatu yang hidup bersama aku selama nie dah terkubur.. daripada tiada menjadi ada.. maka sudah masanya daripada ada menjadi tiada kembali.. kerana sudah tersurat yang bermula pasti akan berakhir.. itulah janji Ilahi.. apa sebenarnya yang aku sedihkan? Adakah katak Cik Suha Simple dah kembali ke rahmatullah? Oh, tidak sama sekali! Haha.. saja layan perasaan.. sebenarnya aku sedikit terkesan dengan pengakhiran edisi Akademi Fantasia malam tadi.. dengan tamatnya konsert akhir AF9, maka berakhirlah sudah AF terakhir..

Haha.. mesti korang hairan bin pelik dengan aku.. benda macam nie pun nak sedihkan? Cuba korang bayangkan kucing korang mati.. haaa.. macam itulah aku rasakan saat nie bila sesuatu yang hidup bersama aku selama sembilan tahun telah berakhir.. susah sebenarnya nak hadapi sesuatu yang telah sebati dengan kita.. aku rasa Oprah Winfrey pun rasa benda yang sama lepas dia tamatkan episod terakhir rancangan bual bicara dia yang dah berdekad lamanya menjadi rutin hidupnya.. sebab nie lar jugak Sir Alex Ferguson tak nak berhenti jadi pengurus kelab bola sepak, Manchester United.. sebab dia pasti tak dapat bangun pagi dengan tenang bila memikirkan dia tidak lagi menguruskan antara kelab bola sepak termasyhur di muka bumi..

Sebenarnya aku tak lar sedih pun.. haha.. :) benda2 hiburan apa lar nak disedihkan.. entah2 lepas nie ada pulak rancangan hampir serupa.. gimik Astro saja nie.. haha.. tapi ada lar sikit rasa tak kena.. sebab aku membesar bersama Akademi Fantasia.. kalau budak baru lahir masa AF1, sekarang dah berusia 9 tahun.. dah tahu nak berkasih sayang.. hehe.. aku pulak masa AF1 baru 9 tahun.. sekarang dah jadi remaja lepasan SPM.. aihhh.. banyak kenangan yang aku ingat.. aku layan dari musim pertama sampai kelima.. lepas tu tak layan sampai lar musim kesembilan nie aku layan balik.. jadi aku nak abadikan nama-nama yang menjadi juara program realiti TV nie dalam blog picisan aku..

AF1 - Vince
AF2 - Zahid
AF3 - Mawi
AF4 - Faizal
AF5 - Mila
AF6 - Stacy
AF7 - Hafiz
AF8 - Shahir
AF9 - HAZAMA

Ahaaa.. sekalung tahniah kepada juara-juara termasuk dua orang srikandi yang memecah dominasi pelajar lelaki.. tahniah Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Hafiz dan Shahir kerana telah menjadi juara dan mencetus fenomena setiap musim.. sudah tentu jutaan tahniah diucapkan kepada juara Akademi Fantasia yang terakhir yang baru dinobatkan malam tadi, HAZAMA.. nampak tak cara tulisan nama dia ditebalkan lain sikit.. bukan lar sebab aku nie kipas-susah-mati Hazama.. hehe.. cuma nak tonjolkan dia sebagai juara yang terbaru dan terakhir.. selepas gagal menyertai AF4 dan dimasukkan semula dalam Operasi Gugur AF9, Hazama memang boleh dikatakan sangat bertuah.. inilah rezeki namanya...

Kepada pihak Astro, rancangan Imam Muda tu dah bagus.. Akademi Al-Quran pun dah ada.. Mari Mengaji pun best jugak.. apa kata buat Suara Bilal pulak? Atau Akademi Aznil? Haha.. boleh jual tu... tapi jangan pentingkan duit dan hiburan saja.. kalau belia tonggak masa depan nie disogok dengan hedonisme, rosak masa depan Malaysia.. sekian dulu.. majulah belia untuk negara... wassalam..

Selamat tinggal Akademi Fantasia.. rest in peace...














p/s : Bersemadilah dengan aman...

23 comments:

zureen said...

lepas ni gerenti ada lagi.. tp dah tuka nama dah.. hoho

Arpiiz said...

ala, rancangan lain kan banyak..hehe

Nur Hawa Mohd Zin said...

awe akan rasa macam tu kalu maharaja lawak habis :)

suha said...

waaaaaaaaaaaaa xmo katak mati!!!!

erk emosi lak..haha ngade,dahla bace smbil minum air..skit lagi nk tersembur air mmbaca lawak xmenawan tu..jaat!!hehe af pon dh hilang serinya,baik la die stop..meriah af dh xcam dulu,rindu af yg dulu (^_^)

bunbun said...

huhu layan eh AF ni?


bunbun takde astro TSK TSK

hana sudradjat said...

akademi aznil?apakah itu?train hos tv kah? menarik. :) lebih menarik dr nyanyian2 ni.hehehe

M Fizan said...

@zureen hoho..mungkin lar..gimik jer kan :D

@Arpiiz hehe..memang lar..saja nak layan perasaan..hehe

@Nur Hawa Mohd Zin hehe..maharaja lawak baru semusim awa..tak lar terasa sangat kesannya :D

M Fizan said...

@suha
katak tak mati lar akak.............

hehe..itu gurauan semata..memang itulah faktor AF dibubarkan..kalau teruskan, tak ada orang nak mengundi dah kot..hehe ^_^

@bunbun lama dah tak layan.. AF9 nie baru layan balik lar bunbun..sob2

@hana sudradjat yups2..good idea kan ..hehe :)

miss lady said...

harapkan rancangan2 realiti yang lebih islamik. :)

M Fizan said...

@miss ladyyer, betul2..Suara Bilal pun okey kan? huhuhu

EyChA said...

best pulak asenye HAZAMA yg menang af terakhir ni,,

hana nabihah said...

banyak lagi show lain >.<

Bella Bell said...

akhirnya.. tu la yang last sekali.. huu~~

Azroy Kassim said...

ape tu? haha

apik pehe said...

tak..dia tengah kumpul juara2..pastu dipertanding kan pulak macam maharaja lawak tu..hehehe

WuMing said...

Lepass ni ikut WuMing layan Showdown laa pulaa

chemay said...

peminat af kew?
chemay lepas af3.
tak pernah tengok dah af nie

M Fizan said...

@EyChA haha..no komen..sepatutnya dia tak bertanding kali nie..dah rezeki dia..:)

@hana nabihah huhu...saya membesar dengan show AF nie >.<

@Bella Bell huhu..yeah~ no more akademi berfantasi~ :D

@Azroy Kassim haha..apa yg apa bro? ^_^

M Fizan said...

@apik pehe hehehe..rasanya macam tu lar..nama program tak dapat diagak...haha

@WuMing haha..showdown?? macam menarik jer WuMing.....

@chemay hehe..sama lar..lepas AF4 dah malas nak layan..tapi AF9 nie ada aura Aznil..hoho

shopping2u said...

sy mmg xtgk AF dri dulu,skang ni bru tgk sbb kwn dok tgk.. artis pn sy x berapa nk knal muehehehe...

siti kektus said...

tak pernah tengok af, sbb uma takde asrto, hehehe ;)

M Fizan said...

@shopping2u hehehe..tak tengok pun takpe..jangan sesat macam saya..banyak sangat dibuai hiburan..huhu

M Fizan said...

@siti kektus hehe..tak payah tengok pun sebenarnya...kalau ada masa senggang dan dah tak ada kerja lain, layan jer....hehe

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif