Welcome To My Life...

Wednesday, May 8, 2013

Cuak...


Yeay, peperiksaan akhir A-Level telah bermula dengan rasminya jam 9 pagi tadi. Dan alhamdulillah, kertas pertama telah berakhir. Kertas praktikal Kimia untuk tahun pertama (AS) iaitu Unit 3B.

Okey lar, tak terlalu susah. Memang aku tak berapa beratkan sangat kertas praktikal ni. Bukan sebab aku terer. Tak. Bukan sebab kertas ni mudah. Tapi kertas ni masih dalam kategori 'boleh jawab' tanpa perlu menyakitkan kepala dengan ulang kaji yang melampau.

Kertas-kertas killer yakni yang berat, semuanya bulan depan. InsyaAllah bulan ni sedikit tenang. Tapi persediaan perlu dilakukan walaupun terlalu banyak masa lapang antara kertas. Risau hilang momentum. Masa lapang boleh jadi kelebihan. Dan boleh juga jadi pembunuh, jika tidak dimanfaatkan dengan sewajarnya.

InsyaAllah, aku ada jadual yang akan aku cuba patuhi dengan disiplin. Tak ulang kaji 24 jam. Kualiti lebih penting dari kuantiti. Empat jam sehari pun dah cukup kalau aku tak lagha dengan FB (yang ketika ini, aku masih gagal elak). Aku cuba yang terbaik untuk dapatkan masa ulang kaji yang berkualiti.

Kertas pertama dah selesai.

Esok sepatutnya tak ada kertas. Kertas seterusnya akan berlangsung lima hari lagi. Tapi esok juga hari penting. Kenapa?

Esok, keputusan interviu untuk masuk ke universiti akan diumumkan. Cuak... risau jugak. Aku nak sangat masuk IMU. 

Moga Allah permudahkan. Tawakal kepada Allah. 

InsyaAllah, esok senyuman akan terukir.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif