Welcome To My Life...

Saturday, May 18, 2013

Realistik


Kawan FB aku pagi tadi 340 orang. Sekarang selepas pembasmian tinggal 223 orang. Jumlah tu selepas beberapa kali tapisan dan akan ada peringkat seterusnya. Kebanyakannya kaum hawa. Aku dah malas nak terlibat. 

Selalu sangat memberi, jarang menerima. Setulus hati pun tahu terluka. 

Aku rasa aku perlu berhenti. Bukan kerana aku tak bersungguh. Tapi aku juga tak terdesak. Kalau cuba sedaya upaya pun, tanpa izin Allah takkan berjaya. Apabila Allah telah menentukan, tiada istilah kebetulan. Kita akan digerakkan menuju takdir.

Walaupun kita tak nak berhenti. Macam mana nak berhenti bila kita dah berusaha terlalu lama? Bukan sikit masa dan tenaga yang dikorbankan. Tapi orang tak hargai pun. Tak pernah nak cuba lihat dengan mata hati. Ego sangat. Macam berdosa sangat ada perasaan.

Kadang-kadang kita TERpaksa berhenti. Ya, kita boleh terus optimistik. Berfikiran positif dan terus mencuba. Tapi kita juga mesti realistik. Benda yang bukan milik kita, takkan jadi milik kita. Makanan depan mulut pun boleh jatuh. 

Sudahlah, aku lelah. Serahkan semuanya pada Allah. Bukan tak ada usaha, cuma tak bisa melawan takdir-Nya. 

Kini aku kian senang berada dalam majlis ilmu, terutama kuliah maghrib. Selepas penat seharian mencari ilmu dunia, perlu ada masa untuk mencari bekalan ke negeri yang abadi bersama sahabat-sahabat yang begitu utuh di jalan perjuangan menegakkan agama Allah. Mereka sahabat yang bercita-citakan impian para penghuni syurga.

InsyaAllah, aku mempersiapkan diri untuk baitul muslim. Dan menjadi seorang lelaki yang lebih baik untuk keluarga, bangsa, agama, dan negara.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif