Welcome To My Life...

Saturday, May 25, 2013

Bujang Masuk Dapur


Alhamdulillah, hari ni bujang-bujang idaman masuk dapur selepas sekian lama 'bermanja' dengan buku. Cuti seminggu ni memberikan sedikit ruang bernafas. Maka anak-anak teruna pilihan dara membuat keputusan untuk berkongsi duit dan memasak. Yelah kan, hari-hari beli pun bosan jugak. 

Diketuai Chef Syahid yang pandai memasak dan layak menjadi suami mithali, kitorang bekerjasama bagai Wonderpets menyelamatkan haiwan dalam bahaya. Yeah! Syahid yang beli semua barang-barang. Dia kan lebih arif. Chef lah katakan...

Kami yang lain ni ikut arahan saja. Kupas bawang, tumbuk cili, siang ikan bilis (:p), goreng itu, dan goreng ini. Resepi semua hasil kreativiti Syahid. Malas nak cerita panjang-panjang. Meh tengok hasilnya.


Oh, air ni memang tak la buat sendiri. Fanta Oren. Dibeli oleh Aizat a.k.a Pokjat, budak Terengganu merangkap jiran sebelah. 


Ayam goreng pun ada. Yummy!


Sayur campur yang mungkin dibelasah secara random dengan aneka sayur yang dibeli oleh mamat Syahid tu. Siap campur telur lagi!


Ini je yang mampu. Bujang kan.. Masak nasik pun malas. Beli je kat kedai mamak. Mudah lagi tidak susah.


Tu diaaa.. Sardin pulak dah... Macam-macam lauk. Syahid siapkan makanan untuk enam orang. Macam sediakan makanan untuk satu kem pelarian. ^_^


Ubi kentang goreng. Memanjangkan senarai lauk untuk enam orang. Hanya untuk makan tengah hari. Memang lazat!


Cuba teka apa ni... memang tak nampak macam telur dadar. Biasalah. Bukan masak guna kuali kan (:D). Inilah hasilnya. Telur dadar padang jarak padang tekukur.


Semuanya sekali dalam satu talam. Yeah, makan berjemaah. Memang nikmat sungguh persaudaraan sebegini. Selepas bekerjasama memasak, makan pun kongsi. 

Apabila bujang masuk dapur... meleleh air liur! ^_^


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif