Welcome To My Life...

Monday, May 13, 2013

Sifu Sastera


Petang ni peperiksaan kertas C1 subjek Matematik. Kertas unit ni tak perlu guna kalkulator. InsyaAllah okey. Esok yang merisaukan sikit. Praktikal Biologi Unit 8. 

Malam tadi terbaca puisi terbaru Sasterawan Negara, A. Samad Said. Memang woww! Aku cuba sedaya buat puisi tapi bahasa aku memang tak tercapai penggunaan bahasa beliau.

Tajuknya, 'PERKOSA ANGKA'.

Satu, dua, tiga, empat~
silap mata penuh kagum.
Dewan gelap undi loncat
jika kurang, sindir kaum.

Mudah kira mudah kenang:
lima, enam, tujuh, lapan.
Jika sungguh ingin menang
jangan patuh cara sopan.

Lima dekad makin tahu
matematik cara baru.
Amal frauda paling jitu~
ya, ibu segala tipu!

Memang mantap. Dalam tiga rangkap, dengan bahasa yang nampak mudah, tapi disusun begitu berseni. Ya, seni menyusun perkataan itu sehingga untaian madah kelihatan begitu indah. Bukan sebarang orang dapat mengatur perkataan dengan sangat cantik. 

Sungguh aku kagum dengan kekemasan aturan bahasanya. Aku ingin menjadi seperti dia. Aku ada satu kisah. Ceritera 'Langit dan Laut' yang aku dapat ilham semasa berada di Teluk Sengat, Johor. Langit dan laut ada kisah yang indah jika kita melihat. ^_^


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif