Welcome To My Life...

Saturday, July 23, 2011

Hari Minggu Sangat Best

Assalamualaikum.. alhamdulillah..akhirnya hari minggu tiba lagi.. haha..korang pun tahu kenapa kan? Penat gila belajar.. hehe.. seronok lar bila dapat cuti dua hari.. haha.. dulu aku tak faham apa yang best sangat dapat cuti hujung minggu? Sebagai pelajar sekolah, tak lar terasa kepenatan bersekolah lima hari seminggu.. tapi bila dah jejakkan kaki ke universiti nie, baru aku terasa erti PENAT.. sebenarnya tak ada erti rehat sebagai pelajar universiti.. kena pandai2 lar uruskan masa.. rehat tetap rehat kan.. huhu.. assignment tak siap lagi nie..ulang kaji pun belum buat.. esok lar gamaknya.. macam nie baru orang Melayu tipikal kan.. suka bertangguh.. hoho..

Tak tahu apa nak buat untuk habiskan masa senggang nie.. malas rasanya nak pegang buku.. haha.. goyang kaki jer lar kan.. petang nie jer dah ada jadual.. nak tengok Malaysia lawan Singapura untuk kelayakan Piala Dunia 2014.. siaran langsung di Astro Arena.. bagus2.. aku tak dapat ramalkan apa yang akan berlaku petang nie sebab prestasi Malaysia tak dapat dibaca.. kena belasah dengan Arsenal 4-0 dan Liverpool 6-3.. Pilihan Malaysia (skuad Olimpik dan pemain senior) pun boleh kalah tipis 1-0 kepada Chelsea.. Datuk Rajagobal, apa yang anda boleh lakukan? Malaysia 3-1 Singapura..

Di kesempatan yang ada nie, aku nak ucapkan selamat hari lahir kepada seorang rakan yang aku panggil sahabat.. sanah helwa Alif Haikal bin Rosli..semoga panjang usia dan dimurahkan rezeki.. moga bertemu jodoh yang terbaik.. semoga bahagia selamanya.. :)
















p/s : Bosan, bosan, bosan....

2 comments:

Nikmat & Kehidupan said...

hari yg paling best hari minggu, hari yg paling tak best hari isnin.. hehe.. betul tak? :P

M Fizan said...

@munirah hehe..tepat sekali..sokong sejuta peratus :D

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif