Assalamualaikum..
Yang berlalu telah berlalu.. tiada guna lagi untuk dikesalkan.. sekarang mari kita pandang ke depan.. di mana salahnya? apa silapnya? Berbekalkan gelaran juara Sukan SEA 2009 dan Piala AFF Suzuki 2010, kita memulakan perlawanan timbal balas pertama di Singapura dengan reputasi gah selaku penguasa Asia Tenggara.. tapi Harimau dibenam 5-3 oleh sang Singa.. pulang ke tanah air, berjuang meneutralkan defisit dua gol di hadapan 90,000 penyokong di gelanggang keramat, Stadium Nasional Bukit Jalil, kita sekadar mampu seri 1-1 sahaja dan tumbang 4-6 secara agregat.. ya, benar.. Singapura ditunjangi pendatang asing.. Singapura berpura-pura di tanah kita.. tapi itu tidak boleh dijadikan alasan..
Bermimpi untuk mengatasi gergasi bola sepak Asia seperti Jepun dan Korea Selatan pada suatu hari nanti bermakna skuad Malaysia haruslah memiliki faktor X dan bukan sekadar mengharapkan tuah yang datang bergolek.. merumuskan permainan pasukan negara semalam, situasinya amat mengecewakan.. barisan pertahanan negara yang dihormati semasa Piala AFF Suzuki hilang kekebalannya.. sebaik tonggak utama (Aidil Zafuan) dikeluarkan malam tadi, barisan belakang hilang kepimpinan.. Muslim Ahmad dan Fadhli Shas sememangnya masih muda tetapi mereka bukan baru digandingkan bersama.. Mahalli Jasuli dan Asraruddin Putra memberikan aksi yang boleh dipuji..
Di barisan tengah, kita hilang figura pemimpin jeneral dan perancang utama, Safiq Rahim yang dibuang padang dalam perlawanan pertama.. penggantinya, Ismail Faruqi tidak mampu menggalas bebanan bermain di sisi pemain berpengalaman, Amar Rohidan.. kedua-dua pemain sayap, S. Kunanlan dan Amirulhadi Zainal pula mempamerkan aksi yang memuaskan dalam menggempur kubu lawan.. malang sekali buat S. Kunanlan, dia gagal menyudahkan lorongan kemas Safee Sali pada awal babak pertama.. jika dia berjaya, situasinya mungkin berbeza hari ini.. yang suram pasti ceria...
Di barisan hadapan, Safee Sali gagal mencipta kombinasi yang hebat bersama Abdul Hadi Yahya sepertimana gandingannya bersama Norshahrul Idlan Talaha menggerunkan rantau Asia Tenggara.. tetapi kualiti penyudah Safee terus terbukti dengan rembatan kencangnya menggegar jaring selepas menerima lorongan baik daripada S. Kunanlan.. dan penghargaan istimewa harus kita berikan kepada penjaga gol dan Man of The Match, Khairul Fahmi Che Mat yang begitu tangkas mengawal gawang skuad negara.. asakan demi asakan ditangkis.. beberapa kali dia berjaya melepasi situasi satu-lawan-satu.. beberapa aksi menyelamatnya membuat kita terpegun.. malangnya, Khairul Fahmi sedikit terlewat menghalang Shi Jiayi meledak gol penyamaan..
Konklusi yang dapat dibuat daripada kedua-dua perlawanan timbal balas, terdapat beberapa faktor kekalahan Malaysia :
1) Singapura dibarisi pemain import
2) Taktik kotor (lakonan) pemain Singapura
3) Barisan pertahanan terlalu lalai
4) Kesilapan percaturan di Singapura
5) Ketiadaan tonggak
6) Tiada perancang kreatif
Rajagobal pasti menyesali tindakannya mengetepikan Khairul Fahmi untuk Sharbinee menjaga gawang di Singapura.. hasilnya, Sharbinee dibolosi lima gol 'lembik'.. mungkin kita tidak tewas sebegitu teruk jika Khairul Fahmi beraksi pada perlawanan pertama.. MUNGKIN.. begitu juga kesalahan meletakkan Ismail Faruqi yang tidak berpengalaman dalam perlawanan sebegini besar.. ini bukan medan mencari pengalaman.. ini kelayakan Piala Dunia.. sorry to say Coach Rajagobal.. you have made many wrong decisions as a great coach.. seharusnya K. Gurusamy diberikan peluang daripada awal kerana dia lebih berpengalaman..
Kehilangan Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan dan Safiq Rahim begitu dirasai skuad Malaysia malam tadi untuk memadam defisit dua gol.. namun, sebarang alasan haruslah diketepikan.. skuad negara perlu bangkit semula... kita pernah melakukannya.. kita juara Asia Tenggara.. ayuh bangkit semula! Belajar lar daripada kesilapan.. :)
p/s : Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya...
6 comments:
kalau nk dikatakan memang byk kekurangan kita waktu tu ..
kita tak dpt nk menyediakan skuad yg terbaik utk lwn singapore tu ..
atas sbb injured, kad merah . dan ade yg pg skuad olimpik ..
mmg plakon y hebat
heh, semalam permainan x agresif sangt. tp cube la lain kali huhu
@alif haris yup2..yg injured pulak star..mmg unlucky sungguh :(
@cik pha plakon yg sgt hebat!!
@cik sakdi huhu..next 4 years :(
semoga pemain Malaysia bertambah maju lepas ni.. :D
@SweetLikeWhat insyaAllah..amin ya rabbal alaminn..
Post a Comment