Welcome To My Life...

Friday, July 29, 2011

Harapan Yang Musnah


Assalamualaikum.. bismillahirrahmanirrahim.. seperti yang kita semua telah ketahui, harapan Harimau Malaya untuk layak ke Piala Dunia 2014 di Brazil berkecai selepas pasukan negara terkulai di tangan Singapura malam tadi.. walaupun Malaysia terikat 1-1, namun Malaysia terpaksa akur tewas 4-6 melalui agregat selepas tumbang 3-5 di Singapura tempoh hari.. Malaysia memulakan perlawanan dengan garang dengan disaksikan 90,000 penyokong yang memberi sorakan padu : "Malaysia!! Malaysia!!" Aku yang menyaksikan perlawanan bersama hampir 30 orang yang bersesak di bilik TV Blok 2 Kolej Cendana juga bersemangat.. semua ingin menyaksikan kesudahan perlawanan kedua secara timbal balas selepas dimalukan di seberang tambak..

Namun selepas bermula garang, Harimau mula diasak Singapura yang lebih mendominasi.. sebagai akibat, tonggak di barisan pertahanan, Aidil Zafuan terpaksa dikeluarkan setelah beraksi hanya 20 minit kerana tercedera.. Singapura menggempur kubu Malaysia menerusi serangan balas pantas ketika Malaysia berhempas pulas cuba memecahkan benteng pelawat yang dikepalai Daniel Bennett untuk memadam defisit dua gol.. Safee Sali menceriakan kem Malaysia selepas rehat apabila merembat kencang lorongan S. Kunanlan untuk menggamatkan Stadium Nasional Bukit Jalil.. kitorang yang kat bilik TV melompat keriangan.. haha.. tapi malangnya selang 13 minit kemudian, Shi Jiayi mematikan kerancakan serangan Malaysia yang hanya memerlukan satu gol untuk layak dengan peraturan jaringan di tempat lawan.. berbaki 10 minit untuk memburu 2 gol, Malaysia terpaksa akur untuk menanti empat tahun lagi..

Para pemain Singapura memang sangat mengecewakan.. mereka lar aktor2 terbaik di Asia Tenggara.. bermain dengan taktik kotor.. sengaja melengah-lengahkan permainan.. dicuit sedikit, rebah berguling.. pengadil berhempas pulas untuk mengawal perangai pelik budak2 Singa.. diorang seboleh mungkin cuba untuk membuang seberapa banyak masa yang ada.. dalam 90 minit permainan, aku rasa hampir 20 minit terbuang hanya kerana pemain Singapura berlakon mengerang kesakitan selepas dikasari.. tetapi itu hanya sebentar cuma.. tak sampai lima minit, diorang dah kembali ligat.. penipuan yang hina.. tetapi itu bukan lar alasan.. pemain Malaysia tidak boleh mencari alasan jika mahu mengatasi gergasi2 Asia seperti Jepun dan Korea Selatan suatu hari yang indah nanti..

Kecewa memang kecewa.. tapi yang berlalu tetap berlalu.. dan bagi aku, tidak ada apa yang perlu ditangiskan.. kita telah berusaha sedaya upaya.. mungkin Tuhan belum mengizinkan kita untuk mara.. memang mudah untuk aku bercakap begini.. tapi selepas membaca buku tentang Sultan Muhammad al-Fateh yang membuka Konstantinopel, suka untuk aku ingatkan bahawa 11 kali percubaan dilakukan pemimpin Islam sebelumnya telah gagal sebelum kejayaan Sultan Muhammad al-Fateh.. jadi kegagalan2 kita bukan bererti kita tidak akan berjaya, tetapi kita boleh berjaya dengan usaha yang berterusan.. bagaimana caranya? Akan aku bongkarkan dalam entri yang akan datang.. wassalam...













p/s : Masih lagi kecewa....

No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif