Welcome To My Life...

Tuesday, January 15, 2013

Listen To Me


"Listen, listen, listen."

Ayat ni menjadi femes sehari dua ni sebab adanya penjaga zoo haiwan bercerita tentang hak asasi manusia. Malangnya, bercakap soal asasi, dia lupa peraturan utama; 'hak bersuara'. Kalau tak faham, boleh rujuk video di bawah ni.


Aku sangat malu kejadian ni berlaku di Dewan MAS, UUM. Universiti yang sangat dekat dengan kawasan perumahan aku. Dan institusi pendidikan tempat umi aku mengajar. Apa yang berlaku? Sorang pompuan yang berlagak terlalu hebat menghina sorang pelajar hanya kerana dia adalah orang SWIM. Perenang?

Dia buat program, syok sendiri, dan bantai seorang wanita di tengah-tengah orang yang sehaluan dengan dia. Ni namanya belasah beramai-ramai. Sangat tak adil. Mujurlah srikandi berbangsa India itu sangat berani berdiri di tengah ribuan pelajar yang ditarik hidung mereka, dan bersuara untuk rakyat Malaysia.

Ini hadiah untuk pemegang ijazah yang sangat bangga diri, riak, angkuh, sombong, takbur dengan tahap pendidikannya. Tak ke mana lah ijazah tu. Mari berhibur.


Nah. ni satu lagi. Untuk orang yang tak tau malu walaupun sedar diri dia tak menjadi wanita Islam yang menutup aurat untuk menjaga nama baik agama.


Bahagian yang paling menyakitkan hati aku adalah apabila dia kata dia memberikan penghormatan kepada srikandi Bawani. Hakikatnya, dia mencelah ketika saudari Bawani sedang berhujah dan memalukan saudari Bawani di depan penyokongnya. Dia menghina hak asasi seorang manusia. Dia tak layak bercakap soal hak asasi.

Dia langsung tak menunjukkan rasa hormat kepada saudari Bawani, dan dia tak layak dihormati. Aku tak respek langsung dengan ijazah yang dia ada. Tiada rasa hormat kepada orang sebegini. Mencemarkan maruah manusia.

Tahniah kepada saudari Bawani. Keberanian anda pasti menjadi inspirasi kepada muda-mudi yang lain untuk bangkit dan bersuara. Tiada gentar. Kerana kebebasan bersuara (freedom of speech) adalah HAK ASASI MANUSIA SEJAGAT. Titik.












p sepak s : Siapa berani bantah??

4 comments:

vendoline said...

owhh isu ni la yang ade org suruh edy lukis kat blog.huhuhu

M Fizan said...

@Edy Fee lukis la edy. mesti gempak :)

Nik said...

kita ada hak untuk bersuara cuma jgn la sampai tak ada rasa hormat pada org lain kan.

terlalu riak dan angkuh pompuan itu. harap jd pengajaran buat dia.

M Fizan said...

@nik ros ya, kebebasan bersuara adalah hak asasi manusia :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif