Sebagaimana kegagalan adalah satu ujian, begitu juga dengan kejayaan.
Itulah status FB aku yang menggambarkan apa yang aku rasakan ketika ini. Aku mendapat keputusan yang aku impikan dalam peperiksaan akhir semester lepas. Walaupun situasi semakin sukar, keputusan aku semakin meningkat. Alhamdulillah, rezeki Ilahi.
14/15 mata. Hanya dalam mimpi aku rasa aku dapat mencapainya. Maka kini aku hidup dalam mimpikah? Kerna aku telah berjaya. Dan kejayaan biasanya menjadi racun buat kita yang tak sedar dan terpedaya. Kejayaan ini bisa melenakan aku.
Namun kini aku sedar. Perjalanan aku masih belum berakhir. Kejayaan sem lepas harus aku jadikan sebagai batu loncatan untuk aku percaya bahawasanya aku bisa melakukannya. Apa yang mustahil hanya bagi manusia, tidak bagi Pencipta.
Aku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Yang Maha Esa. Tanpa izin dari-Nya, tak mungkin aku mampu menggapai bintang. Dengan izin Allah sajalah aku dapat memiliki keputusan idaman aku. Ya, aku boleh bangga kerna tidak ramai berjaya melakukannya. Perlukah aku?
Aku jadi takut. Takut aku lalai. Takut aku berpuas hati. Aku takut aku mula ambil mudah kerna aku telah mencapai kejayaan. Mintak simpang malaikat 44. Ketika ini aku masih berpijak di bumi nyata. 2 Januari 2013. Kelas pertama untuk sem baru. Aku perlu bermula, aku mesti memulakannya.
Aku perlu lebih tekun. Aku tidak boleh berhenti. Ujian percubaan hanya tinggal dua bulan dari sekarang dan peperiksaan sebenar berbaki empat bulan lagi. Aku mesti berlari. Garisan penamat kian jelas. Mahukah aku membiarkan impian aku terlepas? Tidak.
Dengan keputusan yang cantik, aku mahu yakin dan terus mara untuk menggempur mata sempurna. Mohon doa-doakan.
p sepak s : Go Nazif go..
No comments:
Post a Comment