Welcome To My Life...

Tuesday, May 17, 2011

Camat Arie Chekgu

[entri panjang..nak baca? teruskan..tak berminat? sila klik pangkah di menu bar..terima kasih..^^]

Assalamualaikum..wahahhh..apa motif aku update entri tengah2 malam nie? Actually baru segar..sebab penat sepanjang hari..pegi sekolah balik [not for study ^^] sambut Hari Guru..i have so much fun today..it is enjoyable 2011 Sintokian Teacher's Day..jadi dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim [harapnya tak terlambat], aku mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu cikgi di Malaysia amnya dan di SMK Bandar Baru Sintok khasnya..

Dengan rasa tak mahu klisenya, aku telah buat tajuk entri ala budak2 gitu supaya tak sama dengan budak matang lain...hehe..aku rasa ramai yg letak sajak Sasterawan Negara, A. Samad Said dalam entri hari guru diorang..jadi aku dengan semangat inginkan kelainan telah meletakkan gambar lilin sebagai ganti...


Maaf sebab terpaksa berlaku klise juga.."guru umpama lilin yang membakar diri menerangi orang lain"..motifnya aku letak lilin warna-warni-warnu nie sebab jasa guru tu terlalu pelbagai..bukan setakat mendidik saja..guru mengajar kita erti kehidupan, kesabaran, keazaman, kesungguhan..i heart u , teachers~

[okey, boleh skip perenggan apresiasi bawah nie dan scroll down lagi..hehe]


Terima kasih bebanyak yer guru2 yg pernah mengajar aku dari darjah satu sampai tingkatan lima [tak pernah masuk tadika]..thanks so much Cikgu Yong, Teacher Lim, Sir Sunny Ooi, Cikgu Asmawi, Cikgu Hasmaliza, Cikgu Aziz, Cikgu Rashdah, Cikgu Alawiyah dan Cikgu Suzana masa sekolah muda..dan thanks a lot Cikgu Rohaya, Cikgu Rahmah, Cikgu Suryany, Cikgu Syeidi, Cikgu Suzana, Ustazah Sobiroh, Ustazah Rosliza, Teacher Anis, Teacher Noraini, Teacher Norhayati, Cikgu Aznuzul, Cikgu Khadijah, Cikgu Roslan, Cikgu Diana, Cikgu Norazila, Cikgu Rohana masa sekolah tua sikit..hehe..maaf kepada cikgu yg terlepas ingatan..bukan saya lupa..saya junjung budi cikgu ke hujung nyawa saya....

Jasa cikgu semua tak mungkin dapat saya balas..kerana cikgu semualah, hari ini saya menjadi pelajar yg berjaya di peringkat sekolah dan insyaAllah dengan izin Tuhan, akan menjadi manusia yg berguna kepada agama, bangsa dan negara..kalau bukan kerana cikgu, tak mungkin saya akan ke Ireland dua tahun lagi..tanpa cikgu, siapalah saya......

Akhir kalam, Selamat Hari Guru 2011..
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara..
Terimalah lagu khas sempena hari guru nie..buat semua guru Malaysia...:)














p/s : Sangat menghargai semua warga pendidik....




No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif