Sunday, May 15, 2011

Maharaja Lawak Minggu 7

Salam berblog...patutnya nak update nie semalam..tapi banyak sangat tajuk nak buat entri..akhirnya semua tak jadi entri...hehe..nak update jugak lar..nanti bersawang pulak blog nie..okey2..tak nak cakap banyak..jom terjah aksi para peserta Maharaja Lawak Minggu Ke-7 nie..dengan tema komedi senyap @ silent comedy..

Haaa..nie dia SEPAH..selalunya sangat konsisten lawak diorang bila guna dialog.."boleh ke diorang buat lawak senyap?"..pasti ramai yg tertanya2..meminjam komen abang Mamat Khalid, diorang memang brilliant..lawak klasik Melayu pasal bomoh..:)


Ini pulak peserta yg paling ingin disingkirkan oleh para penonton dari minggu ke minggu..AMIR..hehe..akhirnya dia tersingkir minggu nie..kalau korang tengok persembahan dia, korang akan setuju dengan orang ramai..aksi lawak yg diulang-ulang minggu nie..aku tertanya-tanya waktu yg sesuai aku nak gelak..haha..

Nie kumpulan yg terkenal dengan lawak double-meaning..BALAS..aku tak ada masalah dengan lawak nie..asalkan boleh buat aku gelak guling2..hehe..lawak diorang minggu nie boleh dipuji..tapi ending part kena baiki sikit..sebab lawak senyap nie susah orang nak paham kalau tak buat betul2 jelas kan...


Giliran ke-4, JAMBU..one of my favourite..bukan pilihan ramai..tapi still ada peminat yg tersendiri..silent comedy nie lauk diorang lar sebab tiap2 minggu mimik muka diorang boleh buat orang gelak sampai sesak nafas..haha..jadi tak diragui kemampuan diorang buat lawak senyap..orang di Peru dan Togo pun boleh gelak tengok lawak diorang..lets enjoy..


NABIL..peserta solo yg biasanya memukau..tapi minggu nie tak berapa menjadi..alasannya, tak sihat..jadi boleh dimaafkan..semua yg dia buat minggu nie serba tak kena..tapi memandangkan minggu lepas persembahan dia terbaik..ada sebab untuk dia bagi alasan kesihatan sebagai faktor penghalang..keep it up!!


Peserta pilihan...JOZAN..satu perkataan untuk menggambarkan persembahan diorang - "menghiburkan"..kalau minggu lepas prestasi diorang nie menurun sikit..tapi minggu nie buat lawak bertaraf antarabangsa..persembahan magik yg boleh menggelakkan penonton di seluruh pelosok dunia..lawak diorang tak senyap memandangkan ada muzik latar..dapat pujian daripada juri..cer tengok~ cer tengok~ :)


Bila tengok MAN minggu nie..aku keliru aku gelakkan dia ataupun lawak dia..hehe..good try..cuba buat lawak orang Melayu perang zaman Jepun..Mamat Khalid cap sebagai lawak budak sekolah..hehe..tapi bagi aku, not that bad..sebagai juara Raja Lawak 5, Man meningkat minggu lepas..tapi aku tak tahu apa yg tak kena minggu nie..berusaha lagi!


Korang dah tengok kan..korang boleh nilai sendiri prestasi diorang..kalau nak bandingkan dengan minggu lepas, tengok SINI..tapi ada satu yg tak menyenangkan penonton..ada pulak undian masuk..caranya hantar ML MASUK ke *****..apahal Astro nie? Dah tak ada idea lain ke? Cukup lar dengan Akademi Fantasia..ramai yg memang tak setuju..begitu juga dengan cara penyingkiran minggu ke-7 nie..peserta singkirkan peserta..mungkinkah terdapat pakatan dan konspirasi? Kalau nak buat kelainan, bukan begini caranya~














p/s : Maharaja Lawak ada kelas tersendiri..lawak bermutu..

4 comments:

yana halim said...

akak suke Jambu. Kelakar betul.... :)

M Fizan said...

@yana halim yer.,tiap2 mggu diorg masukkn elemen silent comedy..mmg lauk diorang lar.. :)

apik pehe said...

suka sangat dengan sepah..hehe..tiap2 minggu layan silalitamplom

M Fizan said...

@apik pehe hehe, sme jgk..sepah mmg konsisten..x prnh lgsg mngecewakan :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif