Monday, May 23, 2011

FC 6 : Hikayat Dongeng Purba

Assalamualaikum..aku akan meneruskan siri final countdown aku lagi..kepada yg belum tahu, aku sedang menyediakan kisah2 sensasi menjelang final Liga Juara-Juara Eropah awal pagi 29 Mei ini..tinggal 6 hari lagi...banyak kisah sensasi dapat disaksikan dalam saingan musim ini..kejutan demi kejutan berlaku..sekarang aku akan sambung dengan FC 6..tentang satu pasukan yg beraksi buat pertama kali tetapi seperti pasukan yg telah biasa bermain dalam kejohanan berprestij ini...

Ini kisah dongeng...

TOTTENHAM HOTSPURS
Saingan musim ini menyaksikan Spurs menyertai kejohanan Liga Juara-Juara Eropah buat julung-julung kalinya..dan ibarat kisah fantasi dalam mimpi terindah yg mampu mereka idamkan, Tottenham Hotspurs telah membuat penampilan debut yg sensasi..Spurs mencipta hikayat dongeng purba tersendiri apabila mereka melangkah gagah ke peringkat suku akhir dalam penampilan pertama di pentas tertinggi Eropah..adunan semangat sepasukan, keazaman, dan pemain berkualiti membawa mereka mara bergaya..

Nama yg paling menyinar sudah tentulah Gareth Bale yg dijulang antara sayap kiri terbaik di dunia walaupun hanya untuk seketika..namanya meniti di bibir para peminat Spurs dan pemerhati bola sepak di seluruh dunia..pemain muda ini dipuja dan dipuji..malang sekali Spurs tidak dapat mengulangi kisah ini musim depan kerana mereka tidak dapat melayakkan diri..kisah hebat musim ini telah menjadi sejarah..tetapi bagi para peminat Spurs, memori ini akan abadi selamanya dalam sanubari mereka...inilah hikayat dongeng purbakala versi Tottenham Hotspurs....

Nantikan kisah sensasi berikutnya dalam entri akan datang !


Entri sebelum - FC 7 : Budak Pendek Yang Ajaib..














p/s : Nak penamat bahagia macam kisah dongeng...


5 comments:

suha said...

hahaha sebok pon sempat lagi hapdate psl bola die neh (^_^)

M Fizan said...

@suhahaha ..busy ttap busy..update ttap update jgk~

Eza Zularyeza said...

datang mendoakan terus maju..hehe..

suha said...

bagus2..ni cik suha tggu awk update lg neh (^_^)

M Fizan said...

@Eza Zularyeza tenkiu eza..hehe

@suha tggu jgn x tggu..jap2 nk update neh :D

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif